Jiwa Merdeka, Jiwa Pesara Tentera, Jiwa Pahlawan Tak Pernah Pudar..
*MUFLISKAH KITA HANYA RM5.50*
Petang semalam sambil santai-santai saya membonceng motosikal menyusuri Bandar dan Pinggir Bandar. Niat dihati pastinya sambutan bulan kemerdekaan penuh warna warni dengan deretan bendera kebangsaan yang gah terpacak dirumah-rumah dan premis perniagaan.
Namun jangkaan saya amat meleset sama sekali, jelas wajah saya nampak terlalu kecewa dengan apa yang saya pandang dikiri dan kanan.
Semangat seorang anggota tentera walaupun sudah bersara tetap dijiwa saya penuh semangat patriotik namun kenapa tidak dijiwa orang lain. Terlintas difikiran saya sejenak. Adakah dengan harga sekeping *Jalur Gemilang* hanya *RM5.50* akan membuatkan mereka *Muflis* atau mungkin tidak sehaluan politik menyebabkan mereka enggan menaikkan bendera negara sendiri.
Namun apa pun jawapannya saya tetap kecewa kerana ini adalah negara kita, negara Tumpahnya Darah Ku, negara yang memberi kenikmatan rezeki melimpah ruah yakni bumi bertuah *Malaysia*.
Kenapa ini harus berlaku. Dimanakah semangat sayangkan negara. Hanya mereka yang mampu menjawab segalanya.
Saya terus berlalu dengan seribu satu persoalan yang tak mampu saya jawab setelah pelbagai bantuan di terima namun hanya nilai *RM5.50* tidak mahu disumbangkan....
Berminat menjadi ahli Tone Plus..simkad buat duit, simkad bayar hutang..call/whatsapp 0134704110 Aree..
http://daftarmudahtoneplusdisini.wasap.my/
No comments :
Post a Comment