nuffnang1

.:)

Jan 31, 2013

Mentor Kekayaan ??? Adakah Benar ???

Topik yang hangat dan panas ini akan saya kupas dalam sehari dua lagi ...adakah benar apa yang di perkatakan oleh mentor-mentor yang menjalankan kursus atau seminar motivasi bagaimana menjadi kaya dan raya.

Adakah anda yakin yang mentor anda seorang yang kaya raya ATAU BELIAU KAYA DENGAN MENGAMBIL YURAN PENYERTAAN SAHAJA.....

Nantikan kupasan saya berhubung isu ini?????

Ok baik hari ini saya akan kupaskan dari sudut pengalaman serta apa yang pernah saya ikuti dan pengamatan saya sendiri tentang kisah-kisah menjadi seorang yang berjaya. kalau tak setuju dengan pendapat saya maka tidak mengapa, sebab setiap orang berhak mengeluarkan pendapat sendiri asalkan tidak memudarat atau menganiaya orang lain serta tidak melanggar undang-undang yang sedia ada.

Setiap manusia inginkan kekayaan termasuk saya, anda dan orang lain yakni sesiapa sahaja insan yang normal akan mengimpikan menjadi kaya dan raya....sehinggakan ada yang tidak menurut landasan yang betul malah ramai yang ingin mengikut pintu belakang . Malahan ada yang mudah terpengaruh dari cerita-cerita dan kursus-kursus yang di anjurkan ...

Perkara ini bukanya baru berlaku malah sudah lama berlaku sejak saya mula mengenali dunia on9 lagi pada tahun 2007 dimana terdapat banyak buku dan kursus-kursus yang di anjurkan untuk menjadikan sesorang itu samada kaya atau mampu mempunyai rangkaian perniagaan yang hebat termasuk menjadi pemorex (forex) yang hebat. Namun disini ingin kita kupaskan sejauh mana kebenaranya tentang hakikat ini.

Ramai peniaga pasar malam yang mudah terpengaruh dan ada yang melahirkan pendapat kepada kawan-kawan, sampai bila aku nak jadi peniaga pasar malam. Namun pernahkan orang yang mengeluarkan pendapat itu menyelidik kenapa soalan itu terpancar atau terkeluar dari mulut beliau. Cuba kaji dah berapa lama anda berniaga di pasar malam dan bagaimana dengan perniagaan anda sekarang, kalau baru setahun dua berniaga anda tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu kerana sebagai orang lama saya telah menyaksikan ramai peniaga pasar malam yang telah berjaya dan mampu meraih pendapatan yang cukup lumayan. Tidak salah mencuba sesuatu yang baru tetapi kaedah atau pendekatan yang kita gunakan adalah yang amat penting kerana selagi minda kita dalam kepompong maka akan terkepomponglah diri kita tak kira apa sahaja perniagaan yang kita jalankan.

Menulis buku menceritakan kejayaan sesorang terlalu mudah , hanya perlu mencari bahan dan di terjemahkan semula berbentuk ebook atau buku sahaja selepas itu jual ...maka dengan mudahnya mendapat hasil kutipan yang mencecah ribuan, ratusan malah jutaaan ringgit . Tetapi pernahkah penulis melihat atau mengambil berat pembeli yang telah menghabiskan wang yang begitu banyak untuk menjadi seseorang yang hebat. Akhirnya impian mereka tinggal impian dan mereka tetap yang sama seperti dulu dan lebih malang lagi apabila telah banyak wang di habiskan kerana mengejar penceramah yang di kata hebat itu. Ungkapan ini saya petik dari kata-kata seorang penanam sayur yang tinggal di Cameron Highland yang berjaya mengusahakan tanaman sayur yang cukup luas.

Bagi penilaian saya terlalu sedikit yang menjadi jutawan dan kebanyakan mereka mewarisi perniagaan dari keluarga samada yang kecil atau besar, atau mereka datangnya dari keluarga yang mempunyai modal dan aset yang banyak maka dengan senang mereka mampu membina perniagaan yang terpaksa mengeluarkan modal yang agak tinggi . Semuanya modal modal modaal modal....dan saya yakin kalau anda mempunyai tabungan sebanyak RM500 Ribu pastinya anda telah mula menceburi perniagaan lain.

Namun apa yang ingin saya ingatkan adalah perniagaan pasar malam yang anda usahakan sekarang ini sudah cukup baik , apa yang anda perlu adalah teruskan usaha dan berusaha agar perniagaan anda terus tampak kemajuan dan anda sendiri boleh berehat dari terpaksa keluar sendiri berniaga dengan membawa van atau lori sendiri...gunakan pekerja untuk melakukan segalanya untuk anda.....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI




Jan 25, 2013

Panduan Cuti Umum 2013


Cuti umum disenaraikan mengikut bulan bagi sepanjang tahun 2013 di bawah.

Januari 2013

¦1 Januari   – Selasa – Cuti Menyambut Tahun Baru – Semua negeri terlibat Johor , Kedah , Kelantan , Perlis , Terengganu .
¦14 Januari  - Isnin –  Hari keputeraan yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan – Negeri Sembilan sahaja.
¦20 Januari –  Ahad  - Hari keputeraan Sultan Kedah  - Negeri Kedah sahaja.
¦24 Januari – Khamis   – Maulidur rasul - semua negeri terlibat.
¦27 Januari – Ahad – Thaipusam – Kuala Lumpur , Putrajaya , Negeri Sembilan , Johor , Perak , Pulau Pinang & Selangor.

Febuari 2013

¦10 Febuari – Ahad – Tahun Baru Cina – Semua negeri terlibat.
¦11 Febuari – Isnin – Tahun Baru Cina Hari Ke – 2 – Semua negeri terlibat kecuali kelantan dan terengganu.

Mac 2013

¦4 Mac – Isnin – Hari Ulangtahun Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.
¦29 Mac – Jumaat –  Good Friday – Sabah & Sarawak sahaja .

April 2013

¦15 April – Isnin – Hari pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya bersejarah  - Melaka sahaja.
¦19 April – Jumaat – Hari Keputeraan Sultan Perak- Perak sahaja terlibat.
¦26 April – Jumaat – Hari Keputeraan Sulatan Terengganu – Terengganu sahaja terlibat.

Mei 2013

¦ 1 Mei- Rabu – Hari Pekerja – Semua negeri terlibat.
¦7 Mei – Selasa – Hari Hol Pahang – Pahang sahaja.
¦17 Mei Jumaat – Hari Keputeraan Raja Perlis – perlis sahaja.
¦24 Mei – Jumaat – Hari Wesak – Semua negeri terlibat.
¦30 & 31 Mei –  Khamis & Jumaat – Pesta Keamaatan Sabah – Sabah & Labuan sahaja.

Jun 2013

¦1 Jun – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong – Semua negeri terlibat.
¦1 & 2 Jun – Sabtu & Ahad – Hari Gawai Sarawak – Sarawak.
¦6 Jun – Khamis – Israk Mikraj  - Kedah , Negeri Sembilan & Perlis Sahaja.


Julai 2013

¦7 Julai – Ahad – Georgetown  World Heritage City Day – Pulau Pinang Sahaja.
¦10 Julai – Rabu –  ***  Awal Ramadhan – Johor , Kedah & Melaka sahaja.
¦13 Julai – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
¦26 Julai – Jumaat – Nuzul Al-Quran – Kelantan , Pahang , Perak , Perlis , Peneng , Selangor & Terengganu.

Ogos 2013

¦8 & 9 Ogos – Khamis & Jumaat – *** Hari Raya Puasa – Semua negeri.
¦31 Ogos – Sabtu – Hari Kemerdekaan – Semua Negeri

September 2013

¦7 September – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di Pertua Sarawak – Sarawak.
¦16 September – Isnin – Hari Malaysia – Semua Negeri.

Oktober 2013

¦5 Oktober – Sabtu – Ulangtahun Yang Di- Petua Negeri Sabah – Sabah sahaja.
¦12 Oktoer – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di – Pertua Negeri Melaka – Melaka.
¦15 Oktober – Selasa – ***Hari Raya Haji / Hari Raya Qurban  - Semua Negeri.
¦16 Oktober – Rabu - ***Hari Raya Haji 2 / Hari Raya Qurban  2 –  Kedah , Kelantan , Perlis & Terengganu
¦24 Oktober – Khamis – Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang.

November 2013

¦2 November – Sabtu – Deepavali – Semua negeri kecuali Sarawak & Labuan
¦5 November – Selasa – Awal Muharam ( Maal Hijrah ) –  Semua Negeri.
¦11 & 12 November – Isnin & Selasa – Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan.
¦22 November – Jumaat – Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor.

Disember 2013

¦9 Disember –  Isnin – Hari Hol Almarhum Sultan Johor – Johor .
¦11 Disember – Rabu – Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor.
¦25 Disember – Rabu – Hari Krismas – Semua Negeri.
( ***  Tertakluk kepada perubahan.)

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM KHAS UNTUK ANDA DISINI

Jan 24, 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434 Hijrah





Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434 Hijrah buat semua peminat blog dan juga rakan-rakan seperjuangan dalam perniagaan Pasar Malam. Semoga junjungan besar nabi Muhammad SAW menjadi contoh terbaik buat kita semua.

Hayati dan ikuti akhlak mulia Rasullulah sebanyak banyak yang termampu dan jauhi larangannya .


                                                  مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad



صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya



Jan 18, 2013

Berani Dalam Bijak Dengan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua . Rasanya ramai tersenyum simpul bukan sahaja di kalangan peniaga Pasar Malam tetapi seluruh Warga Malaysia , almaklumlah baru sahaja menerima bantuan persekolah sebanyak RM100 bagi setiap orang murid. Kalau ada anak seramai 5 ke 6 orang pasti lumayan namun seharusnya wang tersebut di gunakan sepenuhnya bagi menampung persekolahan anak-anak.

Baiklah tajuk entry kita pada malam ini agak samar-samar apa yang di maksudkan Berani dalam bijak. Menjalankan perniagaan bukan perkara yang mudah atau enteng walaupun dengan menggunakan modal yang sedikit kerana setiap ruang harus di ambil kira jika tidak mahu mengundang padah kerana akibatnya adalah gulung tikar.

Apa yang perlu kita fokuskan didalam perniagaan pasar malam ini. Apa perkara yang perlu kita titik beratkan dan bagaimana untuk kita mencari kepincangan di dalam perniagaan pasar malam kita. Mengapa keuntungan yang kita dambakan tidak pernah tercapai dan kita sentiasa gagal mencapai objektif setiap kali detik 10 malam tiba. Kenapa saya katakan detik 10 malam..... kerana setiap pasar malam kebiasaanya akan berakhir pada jam 10 malam justeru itu kutipan wang gagal mencapai targetnya.

Tidak mungkin kita akan mendapat keuntungan setiap hari RM300 bersih dan mungkin juga ada antara kawan-kawan yang mampu mendapat RM500 atau lebih dari itu setiap malam dengan kutipan bersih. Tetapi adakah keadaan itu stabil " maintain", mustahil bukan!!!!.

Faktor keberanian memainkan peranan penting di sini dan keberanian inilah yang kita mahukan pada diri setiap individu peniaga pasar malam dengan jati diri yang tinggi, istilah berani bukan maksud saya menerjah sesuatu dengan membuta tuli atau tanpa usul periksa. Berani dengan bijak dalam membuat segala percaturan dan pengiraan dari pelbagai aspek dan sudut. Melakukan setiap pekerjaan kita dengan ilmu yang tinggi tapi bukanya saya bermaksud perlu ada Ijazah atau Diploma. Ilmu boleh dituntut di mana sahaja siang, malam, pagi atau petang ...yang pentingya kita mahu dan ada keazamannya.

Berfikirlah secara rasional......

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA...

Jan 17, 2013

Jadual Bayaran Gaji Dan Pencen Kakitangan Awam 2013

Berikut di bawah adalah tarikh pembayaran Gaji untuk Kakitangan Awam 2013..







TARIKH BAYARAN PENCEN 2013

 
BULAN
 
TARIKH BAYARAN
Januari
21 Januari
Februari
21 Februari
Mac
21 Mac
April
19 April
Mei
21 Mei
Jun
 21 Jun
Julai
19 Julai
Ogos
 21 Ogos
September
20 September
Oktober
9 Oktober
November
 21 November
Disember
18 Disember



DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DENGAN SEGERA DISINI 


Jan 14, 2013

Wang Sumbangan Sembahyang Jenazah - Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat hendaknya di waktu dan saat indah tatkala cuaca yang sentiasa terang benderang untuk anda menjana pendapatan di dalam perniagaan pasar malam anda.

Hari ini posting saya sedikit berbeza dan tidak menyentuh langsung berkaitan pasar malam kerana saya rasa perkara ini wajar di ketengahkan sebagai panduan untuk setiap umat Islam di Malaysia dan sekiranya saya salah mohon di perbetulkan untuk kebaikan semua kerana saya bukanlah seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi didalam bidang agama namun sedikit sebanyak yang saya ketahui elok saya suarakan di dalam blog ini.

Sebelum itu ingin saya sedekahkan Al-Fatihah kepada sepupu saya Allahyarham Yuslee b. Yusoff yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi dan di kebumikan di tanah perkuburan Islam Jelutong, Pulau Pinang. Semoga seluruh keluarga , sahabat handai dan taulan meredai akan pemergian Allahyarham.

Apa yang menarik perhatian saya semasa acara menyembangyangkan mayat pada petang tadi selepas solat Asar adalah tiada lagi saya nampak pemberian sampul yang berisi wang yang di berikan kepada jemaah yang menunaikan solat jenazah tersebut. Perkara ini pernah saya terfikirkan suatu ketika dahulu kenapa mesti adanya wang ( yang kebanyakkan di sebut sedekah tetapi dah menjadi satu kemestian )yang akan di berikan kepada setiap jemaah.

Adakah perkara ini wajib atau pun sekadar amalan masyarakat melayu kita? Mungkin anda yang mengetahui nya boleh sama-sama berkongsi di sini.

Disebabkan saya ingin tahu kerana saya rasa inilah kali pertama saya lihat tiada pemberian sampul wang selepas solat jenazah berlaku di kawasan saya tak kira Seberang Perai atau Pulau Pinang. Saya pun bertanya kepada Ibu saya kenapa tiada pemberian sampul tersebut, maka ibu saya menjawab " Sekarang ni, ramai yang telah mempunyai pengetahuan dalam Agama jadi mereka mulai sedar kewajipan tersebut kerana pemberian wang hanyalah adat atau dah menjadi kebiasaan. ".

Saya juga rasa bersyukur diatas kejadian tersebut dan saya harap di lain-lain tempat sekitar Malaysia tidak lagi berlaku perkara memberi wang kepada Jemaah , lebih-lebih lagi di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Diharap semua yang melakukan solat jenazah adalah ikhlas dan buka kerana wang.

Saya mohon maaf andainya ada tutur bicara saya ini mengguris perasaan mana-mana pihak.

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DI IKUTI , DAPATKAN DISINI http://www.wangpasarmalam.com

BANNER - Kepentingan Perniagaan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Agak lama juga saya tidak berpeluang update posting terbaru akibat kekangan kesibukkan yang memanjang kebelakangan ini. Memandangkan cuti semester baru sahaja tamat so saya baru punyai sedikit kelapangan untuk meninjau segala blog kepunyaan saya.




Tajuk entry pada kali ini sudah lama saya pendam untuk menghuraikan akan kepentingannya di dalam perniagaan pasar malam anda. Mungkin ramai juga yang tidak menyedari betapa pentingnya kain rentang (banner) yang mempamerkan jenis perniagaan anda . Kain rentang ini jugalah bakal mempromosikan produk anda lantaran terus meledakkan perniagaan anda.

Sedar atau tidak, anda mungkin tidak di kenali walaupun sudah sekian lama anda berniaga di pasar malam . Maksud saya bukan orang tidak kenal anda tetapi jenis perniagaan anda , barangkali terdapat pelbagai jenis jualan yang serupa dengan anda sebagai contoh bihunsup, ada pelbagai bihunsup dari pelbagai orang dan negeri. Maka dengan itu anda harus mempromosikan produk anda dengan menggunakan satu jenama, dan jenama itu anda tuliskan pada kain rentang ( Banner ) dengan nama dan jenama yang anda rasa terbaik.


Bagi memilih jenama atau " Branding" itu terpulang kepada anda sendiri samada untuk menggabungkan nama anda atau isteri, nama keluarga, nama anak atau nama yang mempunyai sejarah atau nilai-nilai yang amat berharga bagi anda. Anda boleh memilih yang terbaik sekali seperti contoh saya gunakan jenama " AREE BIHUNSUP EX-SERVICE" memandangkan saya adalah seorang pesara tentera. Jenama ini telah pun saya fikirkan 14 tahun yang lalu semasa saya masih lagi berkhidmat di dalam Angkatan Tentera kerana pada masa itu saya memerlukan satu nama yang akan membuatkan orang menggingati saya sebagai seorang penjual bihunsup serta tidak melupai yang saya juga seorang pesara tentera.

Anda juga boleh melakukan seperti mana yang saya lakukan untuk meningkatkan jualan pasar malam anda, sebagai contoh anda menjual air tebu, anda boleh gunakan " AIR TEBU BAGAN" atau anda menjual popia anda boleh gunakan " KAMAL POPIA SEMPOI". Dengan itu pembeli akan sentiasa mengingati anda setiap kali bila mereka ingin ke pasar malam. Anda boleh praktikan mulai sekarang dan anda boleh lihat sendiri bagaimana akan meningkatnya jualan anda dalam masa yang singkat.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DI SINI DENGAN SEGERA  

Jan 4, 2013

Bertuahnya Pasar Malam Seberang Perai/Pulau Pinang

Salam dan selamat sejahtera, berita TV 1 melapurkan banjir yang melanda Pantai Timur yakni Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menjejaskan peniaga-peniaga Keropok Lekor termasuklah peniaga-peniaga kecil yang menjalankan perniagaan berupa " Open Stall " atau lebih tepat lagi yang menggunakan kaki Payung.

Ini akibat hujan yang berlarutan sehingga menyebabkan banjir di mana segala aktiviti perniagaan tidak dapat di jalankan . Betapa hebatnya ujian dan cabaran yang getir terpaksa di harungi oleh sahabat-sahabat kita di Pantai Timur dan mereka terpaksa berehat kerana terpaksa . Mana mungkin menjalankan perniagaan di kawasan banjir begitu juga di tapak-tapak pasar malam yang penuh dengan air, cuba kita bayangkan bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan seharian apatah lagi sesi persekolah baru sahaja bermula . Dan ini menuntut mereka terpaksa menggunakan wang yang banyak bagi persekolahan anak-anak.

Oleh itu kita peniaga pasar malam yang berada di Seberang Perai dan Pulau Pinang sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang ini, walaupun hujan masih turun sekejap-sekejap di beberapa kawasan namun kita masih lagi mampu menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa.  Mungkin jualan sedikit kurang tetapi kita masih lagi mampu menjana keuntungan bagi membiayai perbelanjaan persekolahan anak-anak berbanding kawan-kawan di Pantai Timur.

Kita sepatutnya berusaha dan terus berusaha melonjakkan lagi perniagaan kita dan sentiasa tingkatkan tabungan bagi kegunaan di masa sukar . Saya teringat kata-kata Pak Ngah Laksa yang memang sudah terkenal dengan Laksa Berasnya . Beliau pernah menasihatkan saya agar sentiasa beringat semasa senang sebab dalam setahun 3 ke 4 bulan pasti kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan bagi menampung modal perniagaan apabila cuaca dengan hujan setiap hari. Kata-kata nasihat beliau telah terbukti kini, apabila tahun lepas iaitu tahun 2012, bermula selepas Hari raya Puasa sekitar Ogos sehingga Disember 2012 hujan sentiasa sahaja turun tidak menentu memaksa peniaga-peniaga Pasar malam seperti saya mengeluarkan modal dari tabungan. Inilah yang di katakan nasihat orang lama harus kita ambil ikhtibar dan disimpan sebagai panduan dan pedoman.

Apa yang mampu saya katakan kepada sahabat-sahabat di Pantai Timur adalah bersabar banyak-banyak dan sentiasa memohon kepada Allah agar keadaan pulih seperti sediakala.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN DAN TIP MUDAH BAGI ANDA MEMULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM

Jan 2, 2013

Skim Cepat Kaya Pasar Malam


Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat dan selamat tahun baru 2013 yang mudah-mudahah bertambah rezeki dan barakah didalam perniagaan anda tetapi bukan dengan Skim Cepat Kaya.

Kebelakangan ini saya amat teruja dengan kawan-kawan yang berniaga di pasar malam kerana semakin ramai yang telah mulai mengenali dunia online jika berbanding pada sekitar tahun 2008 dan sebelumnya. Rasanya peniaga golongan muda yang semakin ramai mengaplikasikan penggunaan internet sekarang ini sehingga ada di kalangan mereka telah tertipu dengan pelbagai skim yang terdapat di internet.

Saya tidak nafikan perkara ini pasti berlaku kerana setiap orang baru yang mula mengenali dunia online ini akan teruja dengan sesuatu perkara baru yang mereka temui walaupun perkara tersebut tidak benar . Mereka akan mudah terpedaya kerana mereka masih cetek dan dangkal dengan ilmu didunia online. Mungkin ramai antara kawan-kawan yang berniaga di pasar malam baru sekarang ini menemui forum-forum yang pernah saya berdiskusi suatu masa dahulu kerana forum-forum ini saya agak aktif sekitar tahun 2008 hingga 2009 sahaja dan kemudian saya jarang lagi aktif. Ramai kawan-kawan menyatakan kepada saya yang saya telah di hentam di forum-forum ini dengan teruknya...saya hanya tersenyum sahaja sebab saya dapat mengagak mereka mungkin tidak faham konsep perbincangan di dalam forum disebabkan masih baru.



Di dalam forum pastinya ada pro dan kontra , ertinya setiap apa yang kita bicarakan tidak semua orang akan bersetuju dan tidak semua orang juga akan mengkondem. Apatah lagi pada tahun 2008 yang kebanyakan peniaga pasar malam tidak langsung ada di dunia online berbicara dan saya salah seorang pencetus idea dengan menerbitkan ebook berjudul " The Silent Pasar Malam Billionaire" untuk mengajar sesiapa yang berminat berniaga di Pasar malam. Pada masa itu ramai yang kurang yakin atau percaya yang pendapatan Pasar Malam melebihi Gaji sebulan seseorang yang mempunyai ijazah. Dan bermulalah pertikaian masing-masing menegakkan siapa yang benar. Bagi saya perkara tersebut adalah normal dan kini bila dunia internet Malaysia semakin berkembang maka tidak hairanlah kebenaran kehidupan peniaga pasar malam kini mulai terselah dan terbukti kemampuan dari segi pendapatan.

Kita lupakan sahaja tentang isu-isu di forum , dan kita balik kepada Skim Cepat Kaya di Internet. Saya ada berbicara dengan beberapa orang kawan-kawan yang juga peniaga di pasar malam tentang sistem " Click" ..masa saya dengar perkara ini kenangan saya terimbau sekitar tahun 2009 dahulu dan saya tersenyum sendiri dan di dalam hati kecil saya berkata " Ni ada yang pasti terkena ", dan sebentar tadi di Pasar Malam Taman Sri Janggus, Alma , Bukit Mertajam telah ada seorang kawan yang kerugian hampir RM5000 disebabkan pujuk rayu ejen offline yang berjaya mencairkan hati seorang sahabat ini. Namun nak buat apa, nasi dah jadi bubur maka tawakal sahaja.

Di sini saya ingin menyeru dan menasihat kepada kawan-kawan yang seangkatan sebagai Peniaga Pasar Malam, agar jangan mudah terpengaruh atau terpedaya dengan pujuk rayu samada online atau offline untuk melabur didalam skim-skim yang merapu sebegini. Fikir secara logik , tidak mudah menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha yang gigih. Tidak mungkin RM100 akan menjadi RM10.000,00 dalam masa 1 minggu. Yang akan membuatkan anda menjadi senang walaupun tidak kaya hanya BERNIAGA DI PASAR MALAM.

Dan berhati-hatilah dengan skim-skim yang ada di dunia online ini yang mungkin akan menyebabkan anda kerugian sejumlah wang yang banyak dan tidak mustahil akan menyebabkan anda gulung tikar dari berniaga di Pasar Malam.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT TERKINI MELEDAKKAN PASAR MALAM ANDA