nuffnang1

.:)

Dec 7, 2011

Ukuran Tapak Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...




Mungkin ramai antara kita peniaga pasar malam yang kurang peka berkaitan tapak pasar malam yang kita duduki. Kalau dulu saiz tapak sekitar 8 X 8 atau 8 x 10 tetapi kebanyakan Pasar Malam yang baru di buka lebih panjang saiz ukuran tapak ..di antara 10 x 10.

Mungkin ramai yang kurang memberi perhatian berkenaan jumlah pemilikan tapak yang sepatutnya di pohon agar ianya memudahkan kita bergerak dan menjalankan perniagaan dengan lebih lancar. Saya pasti anda mungkin masih belum faham apa yang saya maksudkan dengan jumlah pemilikkan tapak.

Sebenarnya jumlah pemilikan tapak amat penting adalah kerana dapat menyelesakan anda sendiri. Sebagai contoh saya beri gambaran di sini.... seandainya anda hanya mempunya 1 tapak dan meja yang anda gunakan saiz panjangnya semuat tapak anda , adakah ini akan memudahkan anda bergerak ???? pastinya tidak bukan!!!! Jiran di sebelah anda juga mempunyai satu tapak seperti anda maka dia juga akan meletakkan mejanya semuat tapak. Ini bererti anda tidak dapat bergerak ....

Dan yang lebih buruk lagi adalah sikap sesetengah peniaga yang memang tidak mahu mengambil tapak yang lebih tetapi menjadi " BELANDA " ....... beliau akan menempatkan barangan jualanya pada tapak orang lain, seolah-olah tapak tersebut dia yang punya...cam mana nak buat ayat ni huhuhuhu????

Perkara sebegini selalunya mengundang kemarahan kepada yang ampunya banyak tapak...sebenarnya peniaga yang menjual makanan menggunakan kerusi dan meja di bahagian belakang akan mengambil tapak yang lebih di sebabkan mereka ingin memudahkan pelanggan keluar dan masuk menikmati makanan dengan rasa yang selesa....justeru itu kepada peniaga yang hanya mempunyai satu tapak sila fikirkan dan renungkan apa yang ingin saya sampaikan dan jangan masuk ke tapak orang lain walaupun tapak tersebut nampak kosong...fikir dan renung-renungkan....




DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DI SINI

1 comment :

Klezcar Bayan Baru said...

Tuan,
Kat mana nak cari/beli besi utk tapak meja ni?

sy baru terpikir utk memulakan bisnes psr mlm. Jika ada kesudian, emailkan sy infonya : utmp1@yahoo.com