nuffnang1

.:)

Dec 19, 2011

Bihunsup Utara



Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat..

Bihunsup Utara namanya...hehehe , kekadang saya menjadi hairan dan pelik la gak kan , kenapa harus di sebut bihunsup Utara dan tak di sebut bihunsup Selatan.

Kebiasaanya sebutan atau jenama bihunsup Utara ni hanya di guna pakai bagi mereka-mereka yang manjalankan perniagaan bihunsup diluar dari kawasan Utara bagi menerangkan kepada orang ramai yang resipi bihunsup mereka adalah jenama Utara. Macam saya cakap tadi kenapa tidak di sebut bihunsup Selatan..kalau letak Selatan , pasti dan memang confirm orang tak minat kerana bihunsup ni memang dah sinonim dengan kawasan Utara tanah air terutamanya di Pulau Pinang.




Kalau anda berada di Kuala Lumpur dan rajin berjalan mencari gerai bihunsup,,,adussss saya pasti anda akan terjumpa berpuluh-puluh gerai yang akan tertera "BIHUNSUP UTARA", tapi adakah semuanya original made dari Utara Semenanjung.

Untuk anda mendapat kepastianya, apa yang perlu anda lakukan adalah berkunjung dulu ke Utara tanah Air dan singgah di Pasar Malam yang menjual bihunsup tetapi anda jangan terkejut kerana semua jenama bihunsup yang di jual di sekitar Pulau Pinang atau pun di pasar malam di Pulau Pinang langsung tidak menggunakan jenama "BIHUNSUP UTARA" kerana sudah semestinya made dari sini dan kebiasaannya jenama yang di gunakan pakai adalah menggunakan nama pengusaha tersebut sebagai contoh " AREE BIHUNSUP EX-SERVICE".

Pastinya rasa dan keenakkan yang akan anda nikmati terlalu amat amat amat berbeza dan memang sedapppp sekali .. kalau kurang percaya sila berkunjung ke sini....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI

No comments :