nuffnang1

.:)

Dec 11, 2011

Bonos VS RM500 Rakyat Malaysia

Salam dan selamat sejahtera...semoga anda sihat sejahtera..



Pagi semalam ada seorang kawan datang ke rumah saya ajak temankan dia pergi ambil borang bantuan RM500 yang telah kerajaan war-warkan pada pembentangan bajet terkini.

Kelayakkan cukup mudah purata pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3000 atau di bawah RM3000 dan bila saya perhatikan cara susunan ayat di dalam borang tersebut pun memang cukup mudah dan memang nampak seolah-olah kerajaan memang berhasrat memberikan RM500 kepada Rakyat Malaysia yang berkelayakkan.

Tanpa perlu kan apa-apa bukti dan sekadar salinan penyata Gaji atau Pencen sahaja dan pastinya akan menerujakan setiap orang untuk mengambil peluang mudah ini samada penyokong kerajaan atau pun pembangkang kerana kalau bab duit semua itu akan di kebelakangkan dan ini adalah kenyataan yang wujud di Malaysia kini.

Apa yang ingin saya perkatakan disini adalah tentang ketelusan dan keikhlasan pemohon yang bakal memohon atau yang telah memohon, adakah mereka benar-benar telus dalam memberi maklumat yang di perlukan, saya tidak bermaksud menyibuk atau "busybody" kerana kalau di ikutkan kelayakkan adakah saya sendiri layak jika di ambil kira pendapatan tetap dari pencen bulanan sebagai pesara tentera??? setelah saya kaji baik dan buruknya serta kesan jangka panjang maka saya terpaksa lupakan hasrat mengisi borang tersebut dan saya rasa lebih baik di berikan kepada mereka yang betul-betul layak..walaupun pada segi zahirnya perniagaan pasar malam adakala naik dan turun tetapi dengan rela hati saya lupakan hasrat tu...

Sumber bayaran RM500 sudah pastinya duit dari orang ramai juga yang membayar cukai pendapatan dan sebagainya maka kita harus ingat sekiranya menipu maka kita bukan sahaja menipu kerajaan Malaysia malah yang lebih berat lagi kita telah menipu kepada jutaan rakyat Malaysia., janganlah kerana dek RM500 kita lupakan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam dan mengambil sikap " Balun jerk " yang mana kesan jangka panjang akan merugikan diri sendiri, mungkin di dunia kita terlepas namun di akhirat kita terperangkap, kalau yang main judi maka dia hanya berdosa dengan Allah tetapi yang menipu untuk dapatkan RM500 ni dia berdosa dengan orang ramai dan terpaksa merangkak kepada mereka seorang demi seorang untuk pohon maaf.

Cukup berat hukumannya di akhirat kelak, didunia juga pasti balasan akan menanti dan jangan dek kerana RM500 maka suatu hari nanti anda akan kehilangan RM5000...jadi cuba renung dan fikir-fikir secara mendalam perkara ini...insyallah anda akan di lindungi dan di berkati Allah..Amennn

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DISINI

No comments :