nuffnang1

.:)

Dec 29, 2011

CyberBully VS Fitnah Maya

Salam dan selamat sejahtera..muahhhhh buat anda semua....

Pagi tadi sambil memasak sup saya menonton sebuah cerita berkenaan "Cyberbully" di rancangan cuti sekolah TV3. Mula tu tak berapa faham sangat jalan ceritanya namun lama kelamaan semakin menarik jalan cerita tu ...

Cerita berkisar remaja sekolah di salah sebuah negeri di USA yang terlalu menggunakan saluran Internet untuk berhubung sesama kawaan-kawan sehingga mencetuskan satu fenomena yang kurang sihat pada pergaulan mereka.

Kisah bermula apabila 2 orang sahabat karib mula berebut memenangi hati lelaki idaman mereka sehingga menyebabkan keakraban mereka mula menjadi renggang dan malah semakin buruk apabila kawannya mula menggunakan profile palsu dalam laman Quitter( Sebuah laman sosial seakan facebook ).

Dengan menggunakan laman sosial tersebut sahabat beliau dengan profile dan identiti palsu telah menyebarkan fitnah dengan memburukkan sahabat beliau dengan pelbagai fitnah termasuk menyatakan hanya dengan USD5 ...sahabat beliau dengan mudah boleh di tiduri di ranjang, malah tidak cukup dengan itu ...sebuah video telah di uploadkan dengan menunjukan aksi-aksi ghairah yang telah di editkan.....

Perkara ini telah menyebabkan sahabat beliau yang telah di fitnah atau pun dibuli itu bernama "Tailor" mengalami tekanan yang amat hebat serta menghadapi kemurungan terlampau sehingga malau untuk ke sekolah dan yang paling teruk adalah Tailor telah mengambik tindakkan untuk membunuh diri dengan menelan pil tidur .....namun nasib baik dapat di selamatkan sebelum Tailor dapat menelan ubat tersebut....

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa laporan tidak di buat kepada pihak berwajib....sebelum anda menjadi lebih bingung...sebenarnya pada masa tersebut di US tidak ada akta atau undang-undang yang di gubal bagi menangani jenayah Cyber pada ketika itu sehinggalah kes ini berlaku ...maka ibu Tailor telah mengambil inisiatif bagi mendapatkan proksi agar undang-undang fitnah Maya atau Cyberbully di kuatkuasakan di US.....dan rentetan dari peristiwa ini lah maka undang-undang tersebut telah berjaya di kuat kuasakan.

BERNIAGA DI PASAR MALAM LEBIH MENGUNTUNGKAN, EBOOK PANDUAN

No comments :