Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Jul 25, 2011
Gabungan Dan Sampah
Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat yang sentiasa ternanti-nanti maklumat terkini dari saya...
Pada minggu ini banyak kejadian yang berlaku pada perniagaan Pasar Malam saya yang bercampur aduk, suka dan duka. Namun segalanya telah dapat saya tangani secara baik dan segalanya selesai dengan cara elok...saya terlebih dahulu memohon dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah di atas makbul doa yang saya pohonkan sebelum ini.
Pada tarikh 22hb Julai (Jumaat) merupakan tarikh hari lahir saya dan juga merupakan tarikh penting dalam menentukan tapak lokasi berniaga di Bazaar Ramadan pada tahun ini di Bazaar Ramadan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai.
Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah kerana cabutan undi saya tahun ini memihak kepada saya dan saya mendapat lokasi di hadapan melalui Pintu masuk ke-2 ke Bazaar Ramadan dan insyallah pasti jualan laris tahun ini ...aminnnnn
Dan kejadian kedua pula berkaitan Lokasi sampah dan tapak sampah di lokasi Pasar Malam Mengkuang, Penanti. Pada 17hb Julai (ahad) saya rasa amat terkejut apabila sebuah tapak meletak sampah telah di dirikan betul-betul di atas tapak perniagaan saya dan pastilah timbul rasa ketidakpuasan hati saya terhadap apa yang berlaku tanpa berbincang dengan saya dan juga penganjur. Pada malam hari tersebut wakil penganjur telah datang dan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah ini dan mereka berjanji akan cuba selesai kan sebelum minggu berikutnya.
Namun sehingga pada tarikh 24 Julai belum ada sebarang tindakan diambil, dan pada hari itu juga penuh dengan sampah sarap di tapak perniagaan saya. Hati mana yang tak panas dan seolah-olah cuba menyekat periuk nasi saya..namun atas berkat kesabaran saya memohon pada Allah agar sesuatu berlaku, pada malam sebelumnya selepas solat Isyak terlintas di fikiran saya untuk menghubungi Yang Berhormat Ustaz Man ( Adun Permatang Pauh )..cuba memohon bantuan beliau menyelesaikan masalah saya memandangkan YB juga merupakan seorang " Regular Customer " .Esoknya saya terus talipon YB ..syukur alhamdulillah tidak sia-sia usaha saya dan keprihatinan YB memanjangkan perkara ini kepada ADO dan seterusnya ADO telah memanjangkan kepada Penghulu Suraidi yang bertanggungjawab dalam pentdbiran Mengkuang...dan atas kerjasama semua maka pada malam tadi jugalah semua wakil-wakil telah turun padang ketempat tapak perniagaan Pasar Malam Mengkuang.
Jutaan terima kasih saya kepada YB Man, Setiausaha YM Mansor ( Nama beliau sya kurang pasti), Penghulu Suraidi, JKKK Pasar malam, dan teramat jutaan terima kasih kepada Puan Zarina ( Pengarah bahagian pelupusan Sampah MPSP ) diatas kesanggupan semua yang sanggup turun padang pada malam hari menyelesaikan masalah perniaga kerdil seperti saya...
Dan janji yang saya perolehi adalah mereka akan mengadakan Mesyuarat pada minggu ini dan akan cuba mengalihkan tapak sampah di tempat perniagaan saya serta akan terus mencari lokasi baru bagi pembuangan sampah di lokasi Pasar Malam Mengkuang..
Semoga ikatan akrab sebegini dan setiap permasalah yang timbul akan dapat di selesaikan dengan cara yang elok dan permuafakatan..insyaallah...Aminnnnnnn
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM/BAZAAR RAMADAN ANDA DENGAN SEGERA./.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment