nuffnang1

.:)

Nov 20, 2008

Pasar Malam Nak Tutup

Salam..dan selamat sejahtera buat seluruh peminat setia yang senantiasa sabar mengikuti perkembangan dan celoteh saya di ruangan yang makin di gemari ramai kini.

Hari ni saya ada satu cerita yang cukup menarik sejak saya menceburi bidang perniagaan Pasar Malam, apa tidaknya saya jadi bidan terjun..he he he.....

Pada hari Selasa 18/11/08 lebih kurang jam 0900 pagi saya dikejutkan dengan panggilan talipon pun oleh Penganjur pasar Malam Alma, En Zakaria atau lebih mesra kami panggil Pak Ya, saya diarahkan untuk hadir sebagai wakil peniaga Pasar Malam Alma hari rabu untuk berbincang dengan pihak MPSP dan Pengarah Urusan HUAHON Development SDN BHD berhubung notis yang di keluarkan oleh MPSP berkenaan penutupan Pasar malam hari rabu, untuk makluman anda .. pasar malam di Alma ni ada dua tempat iaitu satu pada hari ahad diatas jalanraya menuju ke Bukit Minyak dan satu lagi pada hari Rabu berhadapan kedai letrik LG...Sebelum ni kami dapat berniaga kat situ dengan aman dan damai sehinggalah apabila pihak pemaju mendirikan sebuah bangunan rumah kedai 3 tingkat dan dalam erti kata lain ...kami di halau secara terhormat he he he..numpang tanah orang nak buat cam ne!!!!

Mulanya saya agak terkejut naper plak saya yang dipanggil sedangkan masih ramai lagi yang senior dan veteran jika di bandingkan ngan saya ...rupa-rupanya member yang kasi no phone saya tu dan tambahan plak tempat tinggal saya berdekatan dengan Pejabat MPSP....saya pun akur dan saya call ler semua kuncu-kuncu saya nak serbu MPSP namun setelah di maklumkan oleh Pak Ya....kita ni nak pi bincang dan bukan nak buat havoc..he he he, saya pun cancel ngan yang lain-lain tu dan saya panggil 3 orang jer iaitu saya sendiri, ucop serta Pak Long Desa sebagai wakil peniaga.

Jam 2.30 kami masuk ke Dewan Mesyuarat yang telah di sediakan oleh Pihak Majlis dan Pak Ya pun hadir sebagai wakil Penganjur serta Wakil Syarikat Huahon, soal mesyuarat ni saya tak kisah sangat dan dah biasa berdepan orang besar besar coz saya dulu pun punya jawatan yang agak tinggi dalam Jabatan Kerajaan dan sering hadir mesyuarat dengan pembesar dan VVIP ..so small matter jer he he e..Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perlesenan dan disertai oleh beberapa lagi wakil MPSP seperti Tuan Syed dan En Wahid, perjalanan mesyuarat cukup tenang tanpa ada unsur-unsur negatif, pengerusi menyoal setiap orang dari kami dan minta pendapat dan cadangan , jika tiada keputusan tercapai Pengerusi sendiri akan membuat keputusan...yang syoknya En Wahid wakil MPSP telah bertanya kepada pihak Huahon apa sebenarnya yang mereka mahu , maka pihak Huahon memberi pelbagai alasan nak turap jalan ler, nanti tak dapat OC ler..dan last last bila kena tekan baru diaorang mengaku yang dah mahu Pasar malam di buka berhampiran rumah kedai tu,,,,so tutup cerita...

Alternatifnya Pak Ya mencadangkan agar Pasar Malam di ubah ke Tapak Parking Lot 2 tingkat ...tempat dekat situ gak cuma mungkin agak tersembunyi dari pandangan umum. Apa apa boleh buat coz itu jer alternatif yang ada kalau tidak maka tiada langsung Pasar Malam hari rabu...aduhhhh sedihnya kalau kena tutup..miss dah satu hari tambahan plak sale kat situ cukup mantap dan hebat.,alhamdulillah Pengarah bersetuju tapak sementara di ubah kat situ dan penganjur diarahkan membuat permohonan segera untuk mendapat lesen penganjuran....Bravo Pak Ya...wa salute lu...memang Pak Ya hebat.

Setelah segalanya selesai, maka pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas persetujuan yang di capai dan saya sebagai wakil peniagaan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Syarikat HUAHON atas ihsan selama 2 minggu lagi membenarkan kami berniaga kat tapak lama sementara menantikan pihak penganjur menyelesaikan hal-hal berkaitan tapak baru.....kami akan berpindah ke tapak baru pada 3/12/08....

Semalam saya telah memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain dan Pak Ya juga telah mengeluarkan satu flyer pemakluman ...namun saya dah agak pastinya akan berlaku sikap tak puas hati pada segelintir peniaga....apa boleh buat saya katakan pada mereka...ini jer alternatif yang ada...dan kita kena reda atas daya usaha pihak penganjur ..boleh gak kita terus berniaga daripada langsung tak masyukkkkk....
Cukup bangga saya atas daya usaha Pak Ya ( Setiausaha JKKK Alma & Bukit Minyak ) yang telah berusaha meletakkan banner-banner pemakluman di masjid-masjid, surau-surau dan flyer kepada orang-ramai semata-mata nak majukan Pasar malam ni...so saya harap kawan-kawan peniaga tolong beri kerjasama...memang bukan senang nak puaskan hati semua orang kerana saya dah 15 tahun berniaga di pasar malam...ada bermacam ragam peniaga ni. To me the most important thing is that we still can continue our business activity...am I right!!!! he he...terpulangkah pada rakan-rakan yang lain...

Apa-apa pun moga kita sukses di tapak baru nanti, insyallah.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN DAN TIP PASAR MALAM ANDA DISINI
Post a Comment