nuffnang1

.:)

Nov 26, 2008

Pengagihan Tapak Baru Pasar Malam Alma


Salam buat semua peminat blog yang penuh dengan informasi dan terkini...he he he cam berita le pulak....perkembangan terkini perubahan tapak Pasar Malam Alma hari rabu.

Seperti yang pernah saya ceritakan pada anda dahulu yang kami akan berpindah ke tapak baru minggu hadapan iaitu bermula pada 3/12/08 (Rabu)...pihak penganjur mengarahkan setiap peniaga agar dapat datang pada hari selasa (2/12/08) bagi menentukan tapak masing-masing...bukanya apa , ini juga pastinya memudahkan urusan bila tiba hari perpindahan nanti dan saya menyeru kepada seluruh peniaga yang terlibat agar memberi kerjasama yang sewajarnya .

Segala apa yang di lakukan oleh Pak Ya dan seluruh AJK penganjur adalah bagi memudahkan peniaga-peniaga malah pihak penganjur juga telah menggantung banner pemakluman dan juga flyer-flyer untuk orang ramai dan saya selaku wakil peniaga mengucapkan jutaan terima kasih terhadap penganjur yang begitu prihatin dengan masalah kami....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Usaha Dan Tawakal Berkat Gigih Insyallah Berjaya


Nov 24, 2008

Soalan Teka Teki Terjawab

Salam, hari ni saya ada satu cerita tentang Majlis Perbandaran Seberang Perai.. bukan niat saya nak buat havoc tapi sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca semua.

Anda masih ingat tak lagi saya pernah ceritakan dulu saya ada buat banner masa bulan puasa hari tu..dan banner tu saya gantung dekat dengan traffic light hadapan masjid Bandar Perda dan selekoh hadapan TNB Bandar Perda dengan tajuk " DAPATKAN JUADAH BERBUKA PUASA ANDA DENGAN KAMI DI BAZAAR RAMADAN BANDAR PERDA >>> AREE BIHUN SUP EXT SERVICE ". Banner ni bukannya boleh gantung suka suka jer kena bagi deposit kat MPSP coz atas alasan jika owner tak buka sendiri masa tarikh luput pihak majlis akan buka dan deposit RM50 tu hilang....yang karut dan marutnya aku dah buka pada 28/9/08 dan masa tu tarikh luput adalah pada 29/9/08...

Masa aku pergi claim semula deposit adalah pada 3 hari selepas hari raya ...mereka cakap dalam sebulan aku akan terima cek..namun sehingga hari ni ..tak nampak pun batang hidung cek tu...aku apa lagi pagi tadi terus panjat tangga ...oppps aku naik lift he he pergi jumpa EN Ghazali pegawai yang bertanggungjawab tentang claim ni...yang aku hot ni pasal nama aku langsung tak ada dalam komputer MPSP....karut betul ler depa ni,,,semua urusan di print ngan komputer pelik betul la....scammm jugak MPSP ni yer.... aku diminta call depa pada hari khamis ni...takder masalah , kita tunggu dan lihat jer perkembangan nya....RM50 jer he he he....

Jumpa lagi....tapi sebelum tu DAPATKAN EBOOK PERCUMA ANDA DISINI

Nov 20, 2008

Rakan Seperjuangan VS Pekerja Setia KU

Pasar Malam Nak Tutup

Salam..dan selamat sejahtera buat seluruh peminat setia yang senantiasa sabar mengikuti perkembangan dan celoteh saya di ruangan yang makin di gemari ramai kini.

Hari ni saya ada satu cerita yang cukup menarik sejak saya menceburi bidang perniagaan Pasar Malam, apa tidaknya saya jadi bidan terjun..he he he.....

Pada hari Selasa 18/11/08 lebih kurang jam 0900 pagi saya dikejutkan dengan panggilan talipon pun oleh Penganjur pasar Malam Alma, En Zakaria atau lebih mesra kami panggil Pak Ya, saya diarahkan untuk hadir sebagai wakil peniaga Pasar Malam Alma hari rabu untuk berbincang dengan pihak MPSP dan Pengarah Urusan HUAHON Development SDN BHD berhubung notis yang di keluarkan oleh MPSP berkenaan penutupan Pasar malam hari rabu, untuk makluman anda .. pasar malam di Alma ni ada dua tempat iaitu satu pada hari ahad diatas jalanraya menuju ke Bukit Minyak dan satu lagi pada hari Rabu berhadapan kedai letrik LG...Sebelum ni kami dapat berniaga kat situ dengan aman dan damai sehinggalah apabila pihak pemaju mendirikan sebuah bangunan rumah kedai 3 tingkat dan dalam erti kata lain ...kami di halau secara terhormat he he he..numpang tanah orang nak buat cam ne!!!!

Mulanya saya agak terkejut naper plak saya yang dipanggil sedangkan masih ramai lagi yang senior dan veteran jika di bandingkan ngan saya ...rupa-rupanya member yang kasi no phone saya tu dan tambahan plak tempat tinggal saya berdekatan dengan Pejabat MPSP....saya pun akur dan saya call ler semua kuncu-kuncu saya nak serbu MPSP namun setelah di maklumkan oleh Pak Ya....kita ni nak pi bincang dan bukan nak buat havoc..he he he, saya pun cancel ngan yang lain-lain tu dan saya panggil 3 orang jer iaitu saya sendiri, ucop serta Pak Long Desa sebagai wakil peniaga.

Jam 2.30 kami masuk ke Dewan Mesyuarat yang telah di sediakan oleh Pihak Majlis dan Pak Ya pun hadir sebagai wakil Penganjur serta Wakil Syarikat Huahon, soal mesyuarat ni saya tak kisah sangat dan dah biasa berdepan orang besar besar coz saya dulu pun punya jawatan yang agak tinggi dalam Jabatan Kerajaan dan sering hadir mesyuarat dengan pembesar dan VVIP ..so small matter jer he he e..Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perlesenan dan disertai oleh beberapa lagi wakil MPSP seperti Tuan Syed dan En Wahid, perjalanan mesyuarat cukup tenang tanpa ada unsur-unsur negatif, pengerusi menyoal setiap orang dari kami dan minta pendapat dan cadangan , jika tiada keputusan tercapai Pengerusi sendiri akan membuat keputusan...yang syoknya En Wahid wakil MPSP telah bertanya kepada pihak Huahon apa sebenarnya yang mereka mahu , maka pihak Huahon memberi pelbagai alasan nak turap jalan ler, nanti tak dapat OC ler..dan last last bila kena tekan baru diaorang mengaku yang dah mahu Pasar malam di buka berhampiran rumah kedai tu,,,,so tutup cerita...

Alternatifnya Pak Ya mencadangkan agar Pasar Malam di ubah ke Tapak Parking Lot 2 tingkat ...tempat dekat situ gak cuma mungkin agak tersembunyi dari pandangan umum. Apa apa boleh buat coz itu jer alternatif yang ada kalau tidak maka tiada langsung Pasar Malam hari rabu...aduhhhh sedihnya kalau kena tutup..miss dah satu hari tambahan plak sale kat situ cukup mantap dan hebat.,alhamdulillah Pengarah bersetuju tapak sementara di ubah kat situ dan penganjur diarahkan membuat permohonan segera untuk mendapat lesen penganjuran....Bravo Pak Ya...wa salute lu...memang Pak Ya hebat.

Setelah segalanya selesai, maka pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas persetujuan yang di capai dan saya sebagai wakil peniagaan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Syarikat HUAHON atas ihsan selama 2 minggu lagi membenarkan kami berniaga kat tapak lama sementara menantikan pihak penganjur menyelesaikan hal-hal berkaitan tapak baru.....kami akan berpindah ke tapak baru pada 3/12/08....

Semalam saya telah memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain dan Pak Ya juga telah mengeluarkan satu flyer pemakluman ...namun saya dah agak pastinya akan berlaku sikap tak puas hati pada segelintir peniaga....apa boleh buat saya katakan pada mereka...ini jer alternatif yang ada...dan kita kena reda atas daya usaha pihak penganjur ..boleh gak kita terus berniaga daripada langsung tak masyukkkkk....
Cukup bangga saya atas daya usaha Pak Ya ( Setiausaha JKKK Alma & Bukit Minyak ) yang telah berusaha meletakkan banner-banner pemakluman di masjid-masjid, surau-surau dan flyer kepada orang-ramai semata-mata nak majukan Pasar malam ni...so saya harap kawan-kawan peniaga tolong beri kerjasama...memang bukan senang nak puaskan hati semua orang kerana saya dah 15 tahun berniaga di pasar malam...ada bermacam ragam peniaga ni. To me the most important thing is that we still can continue our business activity...am I right!!!! he he...terpulangkah pada rakan-rakan yang lain...

Apa-apa pun moga kita sukses di tapak baru nanti, insyallah.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN DAN TIP PASAR MALAM ANDA DISINI

Nov 16, 2008

Lesen Pasar Malam



Salam, ada orang mengatakan susahnya nak dapatkan lesen berniaga di Pasar Malam dengan PBT. Tapi itu hanya cakap cakap orang yang malas dan tak bersungguh sungguh kerana pada hakikatnya tidaklah susah namun terlalu mudah.

Jadilah seorang peniaga Pasar Malam yang sah dan bukan peniaga haram, dengan adanya lesen ini maka anda akan dapat berniaga dengan lebih aman dan tenteram tanpa gangguan dari mana-mana pihak...dapatkan panduan mudah bagaimana cara memperolehi lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan anda di sini>> LESEN MAJLIS BANDARAN ANDA

Nov 14, 2008

Pendapatan Yang Ku Perolehi

Kekangan Kemerosotan Berterusan

Salam sejahtera buat semua peminat Aree bihunsup gear box, bagaimana anda sekarang dalam situasi yang menekan dari segi harga barang yang tak mau turun turun begitu jugak kami peniaga pasar malam yang juga terasa bahangnya walaupun modal kamitak sebanyak perniagaan yang besar besar namun modal tu duit jugak kan.

Saya survey pada setiap warga pasar malam dan majoriti mengatakankan pemulihan masih lagi kabur dan terpaksa korek simpanan yang di tanam semasa ledakkan bazaar ramadan dulu. Apa boleh buat itulah pasang surutnya alam perniagaan ...petang ni saya menaip dengan tenang dan nyaman sekali..apabila saya duduk diluar rumah sambil menikmati keheningan petang dengan hujan gerimis , aduh syoknya dan fikiran saya cukup tenang sekali petang ni....mungkin anugerah Allah, pagi tadi saya pergi ke Sungai Petani , cat semula rumah 2 tingkat saya coz saya bercadang nak jual jer sebab tak jadi tinggal kat sana dan saya cadang nak beli rumah lain kat Penang ni...memang betul saya dah ada rumah kat Penang ni sebanyak 2 buah namun, rumah ketiga ni adalah untuk hari tua saya dan saya bakal menetap terus di situ pabila usia saya menjangkau ke 50an...buat masa sekarang ni belum lagi ler..

Harga yang saya tawarkan adalah RM95K tapi kalau diikutkan pasaran sekarang adalah RM130K, kelengkapannya adalah rumah teres 2 tingkat, bilik air atas dan bawah serta 3 bilik,full renovation, pintu pagar besi dan tingkap bergrill. Dari pekan Sg Petani hanya 7 minit sahaja iaitu di bandar Aman Jaya, Zon Anggerik.

Satu lagi saya nak maklumkan pada tuan tuan saya sekarang ni dah tambah perniagaan dengan membuat perniagaan pendrive Kingston 8GB hanya dengan harga RM50 tapi kalau anda pergi ke kedai harganya adalah RM70 ke RM80 dengan jenama yang sama..dan satu lagi adalah HUAWEI MODEM USB E220 dengan harga RM330, E1606 HUAWEI PUTIH RM410, DAN HITAM RM430 warranty 6 bulan, kalau anda pergi ke kedai E220 sahaja dah RM499 yang lain tu pastilah lebih lagi, justeru itu dapatkan dengan saya dan kalau berminat boleh hubungi 012-4535203 (Emran) atau 012-4635092 (Aree) kami hantar sampai depan pintu rumah anda....

Ok setakat ni dulu yer ...teruskan dengan perniagaan anda dan jangan mudah putus asa, rezeki tu ada di mana mana....salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG

Nov 7, 2008

Pelaburan Yang Berbaloi

Salam...hai lama gak dah saya tak buat posting ..dah hampir 2 minggu lamanya..badan terasa sedikit penat dan malam tidur awal, almaklumlah umur pun dah masuk pertengahan he he ..cam tu la.

Rentak perniagaan Pasar Malam kini masih lagi belum menunjukkan pemulihan sepenuhnya kerana pada pengamatan saya orang ramai kini lebih banyak berhati-hati semasa berbelanja dan mungkin jugak berjimat cermat sebagai langkah awal kerana tak lama lagi dah nak masuk bulan Disember dan nak kena beli baju sekolah anak-anak plak...bagi yang masih bujang tu tak der masalah ..masih boleh tersenyum lebar.

Walaupun ada sedikit kelembapan dalam perniagaan saya namun saya masih lagi dapat tersenyum lebar coz pelaburan saya pada awal bulan 9 telah membuahkan hasil dan syukur pada Allah...minggu ni pelaburan saya telah menghasilkan pulangan RM1050 seminggu...dan tunggu minggu depan plak dan kiranya saya berjaya..maka setiap bulan saya akan perolehi RM4200 sebulan....mungkin anda tertanya-tanya apa pelaburan saya itu tapi saya mohon maaf sebab saya tak suka promosikan pelaburan saya di Internet takut nanti orang salah anggap dan kata skim cepat kaya plak..he he almaklum saja le ...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SECARA PERCUMA