nuffnang1

.:)

Apr 21, 2008

Sudah Bekerja Keras ....... Tapi Tak Berjaya Juga!


==========================================================
TIP PILIHAN: SUDAH BEKERJA KERAS... TAPI TAK BERJAYA JUGA!
==========================================================

Sering saya dengar keluhan ini:

"Saya dah kerja keras setahun dua... tapi sampai hari ni tak berjaya
juga!"

Untuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan
ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja "pemecah batu".

Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually.
Zaman sekarang guna machine... tapi, kita lihat zaman dulu lah ye.

So, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan
penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut.
Ketuk 10 kali... macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu
juga rupa batu tu. Tak pecah pecah... ketuk 100 kali pun, tak pecah
juga...

Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah
berkecai!

Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama,
maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain-
semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan
berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa.
Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!

Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda
akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau
pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara
konsisten sehingga anda jumpa "pukulan" terakhir tersebut! Pukulan
terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua
uasaha-usaha anda sebelum ini.

Salam hormat!

No comments :