nuffnang1

.:)

Apr 22, 2008

9 Sebab Kenapa Anda Digalakkan Menyertai Pasar Malam

Salam....


Hari ini saya akan berkongsi pandangan dengan anda .. kenapa anda perlu menyertai Perniagaan Pasar Malam?

Mungkin terdapat segolongan daripada anda berpendapat perniagaan Pasar Malam ni hanya untuk golongan kelas bawahan sahaja dan hanya untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai sebarang kelulusan atau sijil ataupun ijazah dan jawapan kepada minda negatif anda itu adalah salah sama sekali dan cuba hayati penerangan saya di bawah ini>>>>

1. Sebab itulah perniagaan Pasar Malam ini di kategorikan sebagai "Jutawan Senyap" kerana rata-rata peniaga Pasar Malam ini hidup dalam "Low Profile" dan tak pernah nak menunjukkan kekayaan mereka kepada umum.. kerana apa yang anda nampak dari segi kenderaan yang mereka bawa semasa berniaga itu sebenarnya tidak melambangkan kehidupan mereka yang sebenarnya!
Rata-rata dikalangan mereka atau lebih tepat saya gambarkan diri saya sendiri yang mempunyai kereta besar dan rumah besar yang mungkin anda tidak mampu miliki dengan gaji anda sekarang .....

2. Perniagaan Pasar malam ini memberikan pulangan yang lumayan dari segi keuntungan berbanding anda berniaga di Kedai Makan atau Warung atau pun "food court". Dari segi kos menyewa tapak .. mengikut lokasi adalah di antara RM1.00 sehingga RM3.00 untuk satu tapak tetapi keuntungan yang anda jana setiap malam tak kurang dari RM100 ke RM200 setiap malam mengikut menu pada jualan anda...

3. Modal yang anda keluarkan juga tidak tinggi dan bergantung kepada jenis jualan anda... dan keuntungan yang anda jana berlipat kali ganda hanya bermodalkan sekitar RM100 ke RM150.

4. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membuat iklan bagi produk perniagaan anda kerana rata-rata orang ramai akan datang sendiri ke Tapak Pasar Malam untuk mencari keperluan harian mereka... Pasar malam di ibaratkan "Lubuk Duit" bagi sesetengah orang.

5. Tidak memerlukan sebarang pengetahuan langsung bagi memulakan perniagaan ini ... cuma kalau anda nak cepat meningkat kena ler dapatkan ebook saya he he he..... The Silent Pasar Malam Billionare yang akan terbit pada 30 Mei 08!!

6. Pendapatan yang akan anda perolehi saya pasti lebih daripada apa yang anda terima sekarang dan cuba anda renungkan sahabat saya hanya menjual keropok Lekor memperolehi pendapatan sekitar RM5500 ke RM6000 sebulan dan bezakan dengan pendapatan anda sekarang...

7. Bebas dari segi kewangan- Anda mampu berbelanja dengan mewah mengikut rasa hati anda tanpa perlu mempunyai bajet dalam mengeluarkan wang bagi pembelian benda-benda harian anda sebagai contoh..anda keluar bersantai ngan famili dan anak nak makan "kentucky" tanpa fikir panjang anda akan terus beli tetapi jika anda tak mempunyai wang .. sudah pastinya anda akan memberi pelbagai alasan kepada anak anda.. kerana anda terpaksa bajet duit untuk sampai cukup bulan> susah ler cam tu...
Anda juga bebas memberi wang saku kepada anak anda antara RM5 ke RM6 sehari untuk belanja sekolah tetapi jika anda hanya makan gaji dan pendapatan anda kecil ... fuiii masalah > mungkin hanya RM1.00 jer sehari????
Anak anda balik dari sekolah dan kata " abah, cikgu minta RM100 nak buat rombongan dan tanpa sebarang masalah anda terus jer hulurkan RM100 termasuk wang saku sebanyak RM50.00 so jadi nyer RM150.00 tetapi jika anda hanya makan gaji maka anda akan kata pada anak anda " tunggu la cukup bulan, abah tak dapat gaji lagi".


8. Anda akan bergelar "Tauke" suatu hari nanti dan tak perlu lakukan apa-apa.. anda hanya duduk dirumah dan orang lain akan cari duit untuk anda>>> alangkah syok rasanya , duduk depan komputer taip cerita ni... itulah yang berlaku pada saya sekarang.... anda juga akan merasainya seperti apa saya rasa sekarang ... selepas sembahyang maghrib saya akan pergi ke tapak Pasar Malam hanya untuk kutip untung jer dan lepas tu terus ke bank... tanam saham .... he he he!! Tak mahukah anda begitu> segala-galanya dilakukan oleh pekerja anda yang setia...

9. Bebas dari cengkaman bos yang ganas dan garang- Sudah pastinya tiada siapa dapat mengarah anda lagi.... buat itu dan buat ini dan segala-galanya hanya atas diri anda sendiri dan jika anda rasa hari ninak cuti anda boleh cuti dan anda bebas buat apa saja!!!!

Semoga anda dapat memotivasikan cerita saya ini pada diri anda....

2 comments :

Unknown said...

sgt berminat dengan perkongsian abg ni.. sy baru nak berangan dan banyak lagi nak belajar..
boleh saya tahu utk seorang pekerja berapa gaji yg sepatutnya dibayar untuk satu malam? (untuk perniagaan bihun sup mcm abg ni)

Najwa Jaafar said...

terima kasih atas perkongsian hebat ini.
doakan saya juga jadi jutawan low-profile yg byk menyumbang kpd masyarakat.

=)