Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Apr 13, 2008
Pengalaman Transpot Rosak
Salam...!
Semalam 12 April 08, saya telh diuji dengan pelbagai perkara... he he he dugaan!
Mulanya jam 3.45 Zul ( pemandu van) mula hidupkan injin van cam biasa tapi tak leh masuk gear, arghhh kelamkabut jadinya pasal hari sabtu kalau tak pi niaga rugi ler sebab kat Taman Pauh , income RM1300 ke RM1400. Punya ler pening kepala cam mana nak settle tapi disebabkan saya ni ramai kawan dan mulut manis , akak kat sebelah tempat saya niaga tu offer van dia angkat barang-barang saya !!
Fulamak leganya hati, sementara anak buah pack barang kat dalam van tu, saya panggil ler pomen suruh repair. Semalam paling sejarah setup barang siap kul 7 malam dan kul 7.30 baru ler boleh berniaga dan semalam income saya paling curut kat Taman Pauh dengan keuntungan bersih hanya RM170 sahaja, woiii lari banyak tu tapi apa-apa pun saya bersyukur tak rugi???
Malamnya pulak bak kata orang sudah jatuh ditimpa tangga , genset pulak tak power, lampu tak nak menyala, sekali lagi gelabah bewak,he he he
Nasib baik pengalaman lepas mengajar saya dan tanpa membuang masa saya pun cari ler wayar baru, hampir setengah jam gak memproses genset ni! lepas saya pun tarik dan keputusan yang memuaskan lampu menyala dengan terang benderang> syukur alhamdulillah.
Jutaan terima kasih saya ucapkan pada akak nasi ayam tu yang bagi pinjam van dan van saya pun siap jam 8 malam.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment