nuffnang1

.:)

Apr 9, 2016

Tip Pemilihan Tapak Bazaar Ramadan

Tapak Bazaar Ramadan Paling Mantap Untuk Di Jual

Lebih kurang dalam 50 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Ramadan yang dinanti-nantikan. Kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah dan membaca seribu nikmat buat seluruh penghuni dialam semesta ini yang Allah jadikanya sebagai bulan pemberian dan pengampunan dan beramal ibadat.

Baiklah kita teruskan saja kepada tajuk entri hari ini berhubung tip pemilihan tapak bazaar ramadan yang paling mantap untuk saya kongsikan bersama anda.

Saya tidak akan menamakan mana-mana bazaar ramadan yang hebat tetapi saya memberikan anda panduan bagaimana anda sendiri boleh melihat kehebatan bazaar ramadan sekeliling anda untuk anda bermastautin selama satu bulan bermula 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 nanti.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI SEGERA

Banyak faktor harus anda titik beratkan dalam pemilihan tapak bazaar ramadan yang mampu memberi anda pulangan pendapatan yang lumayan selepas habisnya Ramadan.

1. Lokasi

Pemilihan Lokasi adalah amat penting buat seseorang peniaga yang ingin berniaga di bazaar ramadan. Walaupun sejauh mana pun jangan anda tidak pergi kalau ianya menguntungkan. Jangan jadi seperti sesetengah orang sekadar ingin berniaga berdekatan rumah tapi keuntungan harian tak sampai pun RM50.

Sejauh mana pun lokasi bazaar ramadan selagi ianya boleh memberi anda keuntungan yang banyak maka pergilah dan jangan risau tak boleh berbuka puasa dirumah dengan keluarga sebab kita ingin mencari rezeki.

Kalau anda masih rasa terasa rugi tak dapat berbuka puasa di rumah, nasihat saya lebih cuti sahaja semasa ramadan nanti dengan itu pasti solid satu bulan anda boleh berbuka di rumah.

Kalau peniaga yang tinggal di Sungai Petani, Kedah boleh datang sejauh itu untuk berniaga di Bandar Perda kenapa anda yang tinggal di Kulim tidak boleh!.

Mungkin lokasi pasar malam anda berniaga juga ada dibuka bazaar ramadan dan perniagaan pasar malam anda disitu cukup menguntungkan dari segi jualan tetapi anda mesti ingat bila bertapak di bazaar ramadan belum tentu barang jualan anda boleh laku, ini adalah berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui dahulu dan memberi pengajaran pada diri saya.

2. Harga Tapak

Setiap lokasi bazaar ramadan berbeza dari segi bayaran penyewaan tapak mengikut saiz lebar dan panjang tapak serta jenis khemah digunakan samada khemah zink atau "monkey tent" berukuran 20 x 20 kaki.

Jangan terlalu berkira soal harga kerana bila sesuatu tempat yang mahal pastilah ramai pengunjung dan lokasi bazaar ramadan sebegini menjadi rebutan ramai seperti Bandar Perda dan Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur yang mencecah hingga ribuan ringgit.

Saya juga tidaklah menggalakkan anda membeli sewaan tapak dengan begitu mahal tetapi memadai dengan kemampuan anda.

Ada juga yang murah sekitar RM150 untuk satu tapak dan ada juga hanya RM70 tetapi anda perlu membawa sendiri payung besar untuk di pasang pada tapak anda. Pada pendapat saya paling baik cari lokasi yang menyediakan khemah siap pasang kerana anda akan bertapak selama satu bulan dan memudahkan anda memasang barang kekal hingga habis ramadan.

PANDUAN BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI DAPATKAN SEGERA

3. Jenis Barang Jualan

Bagi yang memang sudah ada perniagaan sendiri pasti ianya tidak mendatangkan masalah kerana menu yang sama akan dijual di bazaar ramadan dan kebiasaanya mereka tidak akan menukar menu.

Apa yang akan mendatangkan masalah dan modal yang tinggi adalah peniaga segera dan berniaga hanya lah setahun sekali. Mereka terpaksa mengeluarkan modal yang banyak bagi membeli barang-barang keperluan.


Bazaar Ramadan menuntut seseorang peniaga itu bersabar sepanjang ramadan itu seiring dengan berpuasa. Siapa yang mampu bertahan akan berjaya macam kita berpuasa juga, yang mampu menahan lapar dan dahaga akan berjaya menjelangnya Syawal nanti. Sama lah juga perniagaan di bazaar ramadan yang penuh cabaran yang saya maksudkan cabaran adalah kerana pelbagai menu juadah akan dijual dan tak mustahil satu ada 5 ke 6 orang peniaga. Sebagai contoh bazaar ramada Bandar Perda Bukit Mertajam di Pulau Pinang, murtabak sahaja ada 8 orang berniaga. Jadi bagaimana anda perlu bertahan sehingga tamatnya ramadan nanti.

Oleh itu menu amat penting sekali dalam soal menjalanakan perniagaan di bazaar ramadan ini. Baiklah dibawah akan saya senaraikan menu makanan dan minuman yang paling  laris di bazaar ramadan.

1. Nasi Ayam
2. Nasi Ayam Berempah
3. Nasi Tomato
4. Nasi Dalca
5. Bihunsup
6. Laksa
7. Kueh Mueh
8. Murtabak
9. Ayam Percik/Ayam Bakar
10. Ikan Bakar
11. Nasi Lemak Ayam Berempah
12. Satay

Diatas ini adalah menu yang mendapat sambutan hebat di kalangan pengunjung bazaar ramadan.

Dibawah akan saya senaraikan pula minuman yang mendapat sambutan hangat.

1. Air Tebu
2. Air/Jus Tembikai
3. Soya
4. Cincau
5. Oren Sunquick
6. Asam Boi
7. Lengkong
8. Mata Kucing
9. Katira
10. Air buah-buahan
11. Anggur

Nasihat saya buat anda yang baru terlibat dalam menjual air cuba minimakan modal, jangan membuat percaturan yang musim panas air akan laris dijual kerana bukan anda seorang sahaja yang menjual air.

Semoga anda berjaya di bazaar ramadan nanti. Jumpa lagi...byeee

Apr 8, 2016

Kesempatan Di Salah Guna Peniaga Pasar Malam

Mereka Sedar Tapi Suka Buat Bodo

Maaf kalau ayat diatas sedikit kasar tapi mungkin itu yang terbaik bagi sesetengah sahabat kita yang tidak perihatin kerana terlalu kedekut dan terlampau berkira sangat dalam soal mengeluarkan wang untuk ucapan terima kasih.

Kenapa sampai berkira sangat mengeluarkan belanja sekadar RM5, rasanya tak terjejas kot keuntungan malam itu. Ramai yang bersikap begini hingga menimbulkan rungutan dikalangan sahabat peniaga sendiri namun terpaksa di pendam hanya untuk menjaga hati kawan dari terguris walaupun hati sendiri terluka.

Saya respek kawan yang sanggup makan hati demi menjaga perhubungan jiran tetangga tapi kesabaran tetap ada hadnya. Kalau saya sendiri minta maaf lah ye pasti dah saya tabur peluru mesingan hehehhe.....tapi apa pun kesabaran kawan kita patut menjadi contoh tauladan. Cuma yang tak berapa bagus kawan menumpang tu sampai bila pun tak akan sedar dan akan tetap mengambil kesempatan sampai bila-bila pun.

Di pasar malam boleh dikatakan ramai juga peniaga yang masih tidak mempunyai generator sendiri dan masih nak menumpang jiran sebelah. Kalau jiran sebelah tak datang mula la kelam-kabut mintak tolong yang sebelah lagi. Tapi kalau kerap sangat maka kena la sedas dua hahahaha.

Yang bestnya tu dah la menumpang dari jam 7 malam hingga 10 malam, nak bagi duit minyak jangan harap la....nak ucapkan terima kasih pun susah sangat ke. Akhirnya bila dah kena 'sound', pandai pulak kecik hati ye.

PANDUAN EBOOK PASAR MALAM BERNIAGA DI PASAR MALAM HANYA 50% SEKARANG JUGA BUAT ANDA


Samalah juga dengan apa yang berlaku bila kawan-kawan bercuti niaga hingga 2 bulan sebab ada urusan dan telah dimaklumkan kepada penganjur. Bila dengar kita nak bercuti ramai yang telefon dan sanggup bayar sewa setiap minggu semata-mata nak berniaga ditapak yang bakal kita tinggalkan. Tapi disebabkan ada seorang sahabat kita kenal rapat nak bagi kepada saudaranya berniaga maka dengan jujurnya kita pun bagilah dan sanggup berputih mata tak dapat duit sewa RM2000 dari orang yang dah offer nak duduk sebelum itu.

Sampai masa kita pun kembali berniaga namun saudara yang bermastautin selama 2 purnama tersebut langsung tak ucapkan terima kasih jauh lagi la nak hulur RM.
Apa yang saudaranya datang kepada kita dan bercerita yang untung saudara beliau cukup banyak berkali ganda dari tapak pasar malam asal dahulu.....mmmmmm sembangggggg..

Apa pun redhaaaa je la.....

Apr 7, 2016

Hijab Tuntutan Agama Peniaga Pasar Malam

Biar Siapa Pun Kamu Menutup Aurat Hukumnya Wajib

Kisah terbaru yang kami bual malam tadi di Pasar Malam Taman Sunyi Alma, Bukit Mertajam berkisar tentang pakaian muslimah yakni berhijab atau lebih tepat lagi menutup aurat yang ramai dikalangan anak-anak peniaga pasar malam tidak menutup aurat.

Hukum Islam menutup aurat bagi kaum wanita adalah wajib dan ibubapa perlu perihatin akan perkara ini kerana sehelai rambut anak/isteri dilihat orang bukan muhrim maka besar dosa yang ditanggung oleh suami/bapa. Ada juga ibu  berhijab namun anak dibiarkan rambut terdedah warna perang plak tu.

Bukan tujuan saya mempertikaikan hal ini, ya memang benar itu hak individu namun saya sekadar berkongsi sahaja disini kisah borak-borak pasar malam yang kami borakan malam tadi.

Ada juga yang mengatakan 'ala bertudung tapi seluar ketat, baju nampak dada', tetapi sekurang-kurangnya mereka berhijab dan menutup aurat juga daripada berseluar ketat dan terdedah dada ditambah pula berambut perang. Hukum jangan diborong satu bakul. Dosa pahala dikira berasingan. Berpakaian ketat dan nampak terdedah dada dah tentu berdosa dan sekurang-kurangnya tak berdosa sebab telah berhijab.

Bagi para suami/bapa yang anak/isteri tidak berhijab keluar dari rumah maka selangkah kaki mereka ke Neraka, terjemahan dari Al-Quran bukanya saya yang memandai-mandai.

SILA BACA EBOOK PANDUAN BERNIAGA DIPASAR MALAM DISINI SAYA BERI 50% DISKAUN


Lagi pula bila berhadapan dengan pelanggan lelaki yang bukan muhrim menambahkan lagi berdosanya kepada wanita tersebut.

Dari segi perniagaan ada juga pelanggan yang kurang selasa dan lebih menakutkan mereka tidak akan membeli daripada peniaga yang tidak berhijab, memang ada dalam kisah-kisah ceramah agama dalam soal berjual beli.
Pertamanya cari peniaga Islam dahulu dan keduanya beli pada yang menjual mengikut landasan Islam yakni peniaga menutup aurat.

Perkara-perkara sebegini rasanya masing-masing sebagai seorang yang beragama Islam tidak perlu lagi ditegur kerana menutup aurat adalah asas yang wajib di patuhi samada suka atau tidak kerana ini tuntutan agama.

Semoga dengan entri kali ini dapat memberi kesedaran kepada kita umumnya dan ibubapa yang mempunyai anak perempuan khasnya dan jangan takut untuk menegur anak kerana takutlah balasan Allah sebab sebagai bapa/suami kita akan menanggung dosa sendiri dan tambahan dosa anak/isteri juga. Maka fikirkan, adakah anda mampu menahan azab Allah diakhirat nanti.

Apr 6, 2016

Jualan Jersi Tiruan Di Pasar Malam

Rampasan KPDNKK Jersey Kedah Dan Terengganu..

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merampas 22 helai jersi tiruan pasukan Terengganu bernilai kira-kira RM1,100 semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Terengganu Md Nawawi Ab Rahman berkata rampasan dibuat dalam serbuan sekitar pukul 7.30 malam semalam di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebelum aksi Terengganu menentang KL Felda United dalam saingan bola sepak Liga Super.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya melakukan pemeriksaan di sembilan buah gerai yang menjual jersi keluaran Kobert dan mendapati sebuah gerai yang dibuka jauh dari premis yang lain dengan menjual jersi tiruan itu.

“Bagaimanapun peniaga terbabit melarikan diri bersama keretanya sebaik menyedari pihak kami melakukan pemeriksaan dengan meninggalkan 22 jersi yang dirampas ini.

“Kami sedang mengesan peniaga terbabit dan kami percaya perniagaan ini dikendalikan seorang lelaki yang berasal dari luar Kuala Terengganu,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Md Nawawi berkata serbuan yang dilakukan itu hasil intipan selama dua minggu dan aduan yang dilakukan oleh pihak Kobert dan beliau percaya penjualan bermula sejak tiga bulan lalu dengan meletakkan harga lebih murah berbanding harga jersi asal.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN ANDA BERNIAGA DI UPTOWN S
DAN BAZAAR RAMADAN

Kalau dulu Jersi Kedah yang diserbu dan dirampas...

Pengeluar sebenar Jersey Kedah jenama Warrick yang dijual pada harga RM90 telah membuat aduan jadi depa terpaksa serbu...
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-duanya mempunyai alasan masing-masing...

Cuma satu soalan saya....bagaimana kepada mereka yang tidak mampu membeli dengan harga asal.....