Salam dan selamat sejahtera, apabila kita mendengar berita dan membaca akhbar-akhbar sekarang ini heboh di perkatakan agenda Kerajaan memperkasa ekonomi Bumiputera yang menyuntik dana yang cukup banyak bagi meningkatkan taraf serta ekonomi dari segi perniagaan .
Saya ingin membicarakan tentang perkara ini dari kaca mata seorang peniaga kecil seperti kami peniaga pasar malam. Kekadang saya dan rakan-rakan terfikir adakah kami ini patut memohon pinjaman untuk menambah atau meningkatkan taraf perniagaan pasar malam.
Namun setelah saya berfikir puluhan kali, saya rasakan kami tidak punya idea atau ilmu andai kata sekali pun permohonan pinjaman di luluskan, namun apa patut kami lakukan dengan modal tersebut. Pasar Malam nak di besarkan atau tapak kami nak dibesarkan. Semuanya bermain di fikiran saya, adakah perlu saya membuat pinjaman semata-mata untuk membeli sebuah periuk berharga RM600 atau untuk membeli payung berharga RM120. Semuanya ini tidak masuk akal atau tidak logik kerana modal dalam anggaran tadi mampu di buat hanya dengan keuntungan berniaga di pasar malam. Perkara pokok dan persoalannya bagaimana kami ingin membesarkan perniagaan. Kerana kalau tapak pasar malam tetap berukuran yang sama jadi tiada lonjakan.
Kemudian saya terfikir lagi , golongan kami peniaga pasar malam rata-rata adalah kumpulan yang sering merendah diri dan tidak banyak karenahnya ..kami sekadar mendengar dan berniaga..itulah prinsip hidup kami sebagai peniaga pasar malam.
Dan terakhkirnya apa yang timbul dalam kotak fikiran saya adalah, pihak kementerian yang bertanggung jawab secantik-cantiknya turun ke padang bertemu peniaga pasar malam dan meninjau sendiri dari pelbagai aspek dan mencari peniaga yang betul-betul komited dan di rasakan layak untuk kearah meningkatkan atau mempunyai potensi membesarkan perniagaan yang ada ke suatu tahap lain selain dari pasar malam. Sebagai contoh membuka restoran atau sebagainya.
Bimbingan amat di perlukan dari kementerian yang bertanggungjawab, kerana kalau hendak menunggu kami datang saya dapatkan rasakan amat sukar. Memang benar kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan melancarkan agenda memperkasakan ekonomi bumiputera ini namun kami masih memerlukan sebuah bandan yang membimbing kami ke arah lonjakan paradigma pasar malam.
SAYA REHAT DULU SOLAT JUMAAT NANTI SAMBUNG SEMULA ?????
Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Sep 5, 2013
Di Lema Peniaga Pasar Malam - Hujan Lebat Pulau Pinang
Cuaca yang menjadi semakin suram dengan setiap hari mencurah hujan turun membuatkan setiap peniaga pasar malam di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang merasa sedikit tertekan akibat tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.

Setiap hari hujan pasti akan turun pada sebelah petang hingga ke malam hari menyebabkan jualan di dapat dijual sehingga habis. Ramai yang mengalami kerugian yang ketara dan ramai juga yang tidak berniaga . Setiap hari terpaksa "top up " modal dan sampai bila hujan akan berakhir....
Rungutan demi rungutan sentiasa kedengaran dari mulut rakan-rakan, bil-bil banyak yang masih tertangguh selepas hari raya. kalau selesaikan bil , nak fikir soal belanja dapur lagi serta persekolahan anak-anak, jadi mana satu nak dahulukan.
Itulah asam garam yang melanda peniaga pasar malam semasa musim hujan yang berterusan melanda setiap malam tanpa henti-henti.
Bagi yang bermodal besar maka kerugian juga besar ...yang bermodal kecil kerugian mungkin minima, namun perjuangan harus diteruskan.
Masalah sekarang bagaimanakah untuk kita mengatasi atau meminimakan kerugian di musim hujan.
Segalanya akan terjawab dengan " EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE "
Dapatkan pada link di bawah ini ---------------------------->>>>>>>>>>>>>>>>
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI BAGI ATASI MASALAH ANDA

Aug 30, 2013
31hb Ogos 2013 - Merdeka ke 56 tahun
Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun buat seluruh Warga Malaysia dalam dan luar Negara. Sama-sama kita mengibarkan jalur gemilang, bendera kebanggaan kita dan simbol perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
Petang tadi saya berkesempatan singgah di Alma semasa membeli barang . Saya singgah sebentar di warung menjual nasi lemak dan teh tarik. Lapik perut sementara menunggu hari malam, saya makan nasi lemak 2 bungkus dan teh tarik.
Apa yang menarik perhatian saya adalah sikap majmuk masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang singgah makan dan minum disitu yang terdiri dari Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik. Sesuatu yang amat boleh di banggakan kerana semua kaum boleh duduk dibawah satu bumbung sambil menikmati makanan petang yang tidak mungkin dapat dilihat di negara lain.
Perpaduan kaum beginilah yang kita ingini demi keharmonian Malaysia dan semoga kita akan kekal aman selamanya, insyallah.....
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Buat Semua.. " MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU"////
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK EKONOMI ANDA

Aug 26, 2013
PENGERTIAN SIMBOL PADA BENDERA MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA
Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaannya sendiri.
Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih ini membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan Persekutuan.
Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru. Warna biru tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit lambang agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.
MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA
- JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.
- JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWAkTU MENURUNKANNYA.
- JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA MASUK PADA WAKTU PETANG.
- JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAHULU SEPENUH TIANG, KEMUDIAN BARULAH TURUNKAN.
- JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP SESUATU BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN. MISALNYA UNTUK MENUTUP KERANDA.
- TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH DAN TIDAK MUDAH PUTUS.
PULAU PINANG PULAU MUTIARA
BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)