nuffnang1

.:)

Nov 14, 2008

Kekangan Kemerosotan Berterusan

Salam sejahtera buat semua peminat Aree bihunsup gear box, bagaimana anda sekarang dalam situasi yang menekan dari segi harga barang yang tak mau turun turun begitu jugak kami peniaga pasar malam yang juga terasa bahangnya walaupun modal kamitak sebanyak perniagaan yang besar besar namun modal tu duit jugak kan.

Saya survey pada setiap warga pasar malam dan majoriti mengatakankan pemulihan masih lagi kabur dan terpaksa korek simpanan yang di tanam semasa ledakkan bazaar ramadan dulu. Apa boleh buat itulah pasang surutnya alam perniagaan ...petang ni saya menaip dengan tenang dan nyaman sekali..apabila saya duduk diluar rumah sambil menikmati keheningan petang dengan hujan gerimis , aduh syoknya dan fikiran saya cukup tenang sekali petang ni....mungkin anugerah Allah, pagi tadi saya pergi ke Sungai Petani , cat semula rumah 2 tingkat saya coz saya bercadang nak jual jer sebab tak jadi tinggal kat sana dan saya cadang nak beli rumah lain kat Penang ni...memang betul saya dah ada rumah kat Penang ni sebanyak 2 buah namun, rumah ketiga ni adalah untuk hari tua saya dan saya bakal menetap terus di situ pabila usia saya menjangkau ke 50an...buat masa sekarang ni belum lagi ler..

Harga yang saya tawarkan adalah RM95K tapi kalau diikutkan pasaran sekarang adalah RM130K, kelengkapannya adalah rumah teres 2 tingkat, bilik air atas dan bawah serta 3 bilik,full renovation, pintu pagar besi dan tingkap bergrill. Dari pekan Sg Petani hanya 7 minit sahaja iaitu di bandar Aman Jaya, Zon Anggerik.

Satu lagi saya nak maklumkan pada tuan tuan saya sekarang ni dah tambah perniagaan dengan membuat perniagaan pendrive Kingston 8GB hanya dengan harga RM50 tapi kalau anda pergi ke kedai harganya adalah RM70 ke RM80 dengan jenama yang sama..dan satu lagi adalah HUAWEI MODEM USB E220 dengan harga RM330, E1606 HUAWEI PUTIH RM410, DAN HITAM RM430 warranty 6 bulan, kalau anda pergi ke kedai E220 sahaja dah RM499 yang lain tu pastilah lebih lagi, justeru itu dapatkan dengan saya dan kalau berminat boleh hubungi 012-4535203 (Emran) atau 012-4635092 (Aree) kami hantar sampai depan pintu rumah anda....

Ok setakat ni dulu yer ...teruskan dengan perniagaan anda dan jangan mudah putus asa, rezeki tu ada di mana mana....salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG

Nov 7, 2008

Pelaburan Yang Berbaloi

Salam...hai lama gak dah saya tak buat posting ..dah hampir 2 minggu lamanya..badan terasa sedikit penat dan malam tidur awal, almaklumlah umur pun dah masuk pertengahan he he ..cam tu la.

Rentak perniagaan Pasar Malam kini masih lagi belum menunjukkan pemulihan sepenuhnya kerana pada pengamatan saya orang ramai kini lebih banyak berhati-hati semasa berbelanja dan mungkin jugak berjimat cermat sebagai langkah awal kerana tak lama lagi dah nak masuk bulan Disember dan nak kena beli baju sekolah anak-anak plak...bagi yang masih bujang tu tak der masalah ..masih boleh tersenyum lebar.

Walaupun ada sedikit kelembapan dalam perniagaan saya namun saya masih lagi dapat tersenyum lebar coz pelaburan saya pada awal bulan 9 telah membuahkan hasil dan syukur pada Allah...minggu ni pelaburan saya telah menghasilkan pulangan RM1050 seminggu...dan tunggu minggu depan plak dan kiranya saya berjaya..maka setiap bulan saya akan perolehi RM4200 sebulan....mungkin anda tertanya-tanya apa pelaburan saya itu tapi saya mohon maaf sebab saya tak suka promosikan pelaburan saya di Internet takut nanti orang salah anggap dan kata skim cepat kaya plak..he he almaklum saja le ...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SECARA PERCUMA

Oct 27, 2008

Pendapatan Pasar Malam Ku

Dugaan Dan Ujian Bagi Ku

Salam...ingin aku luahkan perasaan sedih yang tak terhingga atas kemalangan yang menimpa keluarga ku...namun aku pasrah kehendak Allah...petang tadi aku bawa family ke Batu Feringghi untuk picnic coz hari ni kan cuti umum Deepavali tambahan pulak hari ni aku tak berniaga..

Seronok punya seronok dan tak sedar cermin tingkap kereta ku di pecah dek malaun yang tak berhati perut dan beg tangan isteri ku hilang...barang yang terdapat dalam tu adalah seutas rantai tangan anak ku, telefon bimbit N 70, Maybank Card, Affin Bank Card, BSN Card , Kad Pengenalan isteri ku dan beberapa barang lain dan serta wang tunai dan kerugian di anggarkan sekitar RM2000...aku dah buat laporan polis kat Balai Polis Tanjung Bungah....sekitar jam 4.30 petang...

Semoga Allah melindungi perompak tersebut serta menginsafkan mereka....salam