#1 Nasi Kandar Line Clear
Jalan Penang, George Town, Penang 10000
Antara tempat makan nasi kandar Pulau Pinang yang menjadi pilihan ramai jika bercakap tentang nasi kandar Pulau Pinang. Tempat ini terletak di celah-celah lorong. Kedai yang kecil sahaja, tetapi ‘penangannya’ cukup kuat.
Lauk-lauk yang panas menyebabkan ianya sedap di makan setelah dapat.Sekarang lebih cantik dan bersih. Selesa untuk makan.
#2 Nasi Kandar Beratur
Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300
Tempat makan ini pula letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Kalau hendak tahu betul atau tidak anda berada di sini, cuba perhatikan, banyak atau tidak kedai emas di situ. Kalau ada 2-4 kedai, betullah anda berada pada tempat yang betul.
Apa yang sedap di sini adalah Ayam Rosnya. Mendapat perhatian ramai orang. Selain itu boleh cuba ayam kicapnya, telur dadar dan kari ikannya. Waktu operasi bermulanya daripada pukul 10 malam . Memang hendak menjadikan orang gemuk! Nasi Kandar Beratur marvellous !
#3 Nasi Kandar Deen
Jalan Jelutong, Jelutong, Penang 11600
Terletak di jalan utama Jelutong. Ianya tidak jauh dari Pasar Jelutong atau Pejabat Pos Jelutong. Lauk-pauknya memang akan berkurangan jika datang antara pukul 3-4 petang. Tetapi jangan risau, kerana mula pukul 5 ke atas adanya sesi masakan untuk lauk baru. Jadi kalau ingin datang, datanglah sekitar tengah hari atau lewat petang iaitu pukul 6 ke atas.
Kalau makan di sini kami suka ambil ikan gorengnya serta sayur kobis. Manakala emak kami pula selalu akan ambil sayur lobak putih. Memang sedap. Harga pun harga biasa kalau makan Nasi Kandar Penang. Nasi Kandar Deen sangat disukai oleh penduduk yang tinggal kawasan Jelutong.
#4 Nasi Kandar Kampung Melayu
Flat Kg. Melayu, Air Itam, Penang 11500
Ini pula satu lagi tempat makan nasi kandar yang menarik. Dah jadi macam entri untuknasi kandar Pulau Pinang pula. Kedai Nasi Kandar Kampung Melayu antara tempat makan yang menarik di Pulau Pinang. Waktu operasi bermula awal pagi iaitu 6.15 pagi. Sesuai untuk orang yang ingin bungkus dan makan di tempat kerja.
Waktu tutup untuk kedai Nasi Kandar Kampung Melayu pula pada pukul 1 petang. Kedai ini mempunyai dua cawangan. Waktu operasi adalah berlainan setiap cawangan.
#5 Sani Char Koey Teow
Jalan Tokong Ular, Bayan Lepas, Penang 11900
Penat dengan Nasi Kandar Pulau Pinang? Jom makan makanan lain. Sini menu utamanya adalah Char Koey Teow dan kedai ini tidak sukar dicari.
Jika anda sememangnya pergi bercuti ke Pulau Pinang, kedai ini tidak jauh daripada Pesta Pulau Pinang, iaitu kira-kira 2-3 kilometer sahaja. Untuk lebih tepat, tanya sahaja di mana tokong ular berada. Kedai itu memang sangat berdekatan.
Selain itu ada juga deretan kedai makanan lain sebelahnya. Jadi kalau nampak kedai makan sebelah kiri ketika menghala ke pesta dari Bayan Lepas, betullah di situ. Kedai makanan di sini buka bermula pada sebelah petang. Jadi janganlah datang awal tengahari ya!
Macam mana senarai tempat makan menarik di Pulau Pinang ini? Semoga anda suka! Jangan lupa untuk share tau!
No comments :
Post a Comment