nuffnang1

.:)

Oct 19, 2015

10 AGENSI PEMBIAYAAN KEUSAHAWANAN

Ditubuhkan pada 12 Januari 2005, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 22 Mei 2006.
INSKEN bertanggungjawab dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan keusahawanan untuk meningkat dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para usahawan serta bakal usahawan. Ini sekaligus menyokong strategi pelaksanaan MITI bagi mencapai matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing. Pelaksanaan program INSKEN merangkumi pelbagai peringkat bermula dari peringkat pembudayaan keusahawanan, peringkat asas keusahawanan, peringkat peningkatan dan peringkat pengembangan jaringan perniagaan. Di samping itu, khidmat nasihat dan bimbingan turut disediakan kepada usahawan dan bakal usahawan.
Objektif
Menjadi pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan negara melalui latihan, bimbingan, jaringan dan pengembangan ke arah meningkatkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).


2)AGRO BANK
Skim Belia Niaga (SBN), Skim Belia Tani-I (SBT) Agrobank terbuka kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagtaan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
Kelayakan
– Berumur di bawah 40 tahun
– Individu / usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk perkongsian yang terhad kepada 2 ahli sahaja
– Mendapat syor bertulis dan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan
– Memiliki modal tetap dan modal pusingan
 Amaun pembiayaan
–  Minimum RM5, 000 sehingga RM50, 000
Tempoh pembayaran balik
– Maksimum 7 tahun
Dokumen yang diperlukan
– Salinan kad pengenalan
– Salinan hakmilik tanah
– Kertas kerja
– Jumlah pinjaman: RM5,000 – RM15,000 (tidak memerlukan penjamin)
– Jumlah pinjaman RM15,001 – RM50,000 (memerlukan penjamin dengan pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM800 sebulan)
– Cagaran boleh diterima oleh Agrobank
Terma & Syarat
– Jaminan yang boleh diterima oleh Agrobank adalah deposit tetap, aset tetap (tanah / bangunan) dan lain-lain
– Terma-terma dan syarat-syarat pembiayaan akan mengikut jenis produk dan projek / perniagaan
Maklumat lanjut sila hubungi Ibu Pejabat Agrobank
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
Leboh Pasar Besar
Peti Surat 10815
50726 Kuala Lumpur
No. Telefon : 603-2731 1600
No. Faks : 603-2691 4908
_____________________________________________________________________________________________
3)SME BANK
Dalam zaman yang serba maju ini kita memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Tidak kiralah apa juga aktiviti yang bakal anda ceburinya, semuanya memerlukan kos yang tinggi. Untuk menjadikan impian anda satu kenyataan, SME Bank atau Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad telah menyediakan pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan skim pinjaman.
SME Bank memulakan operasi pada 3 Oktober 2005, beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai 19 cawangan di seluruh negara. Berfungsi sebagai sebuah institusi kewangan khusus bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Untuk makluman anda, bank ini sangat terkenal sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat aktif untuk memenuhi permintaan bantuan kewangan.
Jika anda ingin tahu, bank ini ditubuhkan dengan fungsi utamnya sebagai pusat sehenti kewangan dan pembangunan perniagaan yang diharapkan dapat membantu usahawan kecil diluar sana. Ramai diantara kita mempunyai kemahiran di dalam bidang tertentu tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda di luar sana cuba menikmati skim pembiayaan yang ditawarkan oleh SME Bank ini.
Jika kita sudah memohon pinjaman dari mana-mana bank, perkara pertama yang sentiasa menghantui diri adalah lulus atau tidak pinjaman yang dibuat? Berapa lama lagi kah kita harus menunggu kelulusan pinjaman tersebut? Di SME Bank, anda tidak perlu risau lagi kerana bank ini memberi jaminan untuk menyegerakan proses pinjaman bagi memenuhi keperluan kewangan anda. Bank ini juga menyokong penuh kehendak pembangunan perniagaan melalui persediaan khidmat nasihat yang tepat pada masanya.
Perkara utama yang akan dilakukan oleh SME Bank adalah menawarkan tempoh bayaran balik pinjaman yang lebih panjang kepada pemohon dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding bank-bank yang lain. Bank ini juga bersedia memberikan program khidmat nasihat perniagaan kepada pemohon yang berkelayakan.
Terdapat dua jenis klasifikasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ditawarkan oleh SME Bank iaitu Perniagaan Mikro, Perniagaan Kecil dan Perniagaan Sederhana.
___________________________________________________________________________________________
  1. Pembiayaan Perniagaan Mikro
Bagi anda yang baru menceburi bidang perniagaan awal, skim pembiayaan mikro amat sesuai untuk dipilih. Perniagaan mikro ini bermaksud perniagaan awalan yang kecil. SME Bank menawarkan pembiayaan serta memberi sokongan dan bimbingan perniagaan kepada anda yang bercadang untuk memulakan dan menjalankan perniagaan kecil dan memerlukan modal kerja.
Kementerian dan agensi kerajaan telah mewujudkan skim khas bagi mempromosikan bidang keusahawanan yang dijangka dapat menjadi sektor utama. Sekiranya SME Bank tidak mempunyai program atau dana yang bersesuaian dengan keperluan anda, SME Bank akan berusaha untuk memperkenalkan anda kepada rakan kongsi strategik bagi memastikan anda mendapat nasihat yang menyeluruh mengenai cara untuk memperluaskan perniagaan mikro yang anda pilih.
  1. Pembiayaan Perniagaan Kecil dan Sederhana
Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bagi yang ingin memulakan perniagaan kecil, SME Bank menawarkan pembiayaan serta keperluan pembangunan perniagaan seperti berikut:
  • Kelulusan yang cepat bagi pinjaman di bawah RM250,000.
  • Pinjaman boleh diperoleh dari serendah RM20,000 bagi program khusus
  • Kadar faedah (atau marjin keuntungan bagi produk Syariah) di antara 3.75 % dan 7.5% bergantung kepasa sumber dana
  • Marjin pembiayaan yang menguntungkan sehingga 90% (bergantung kepada jenis kemudahan dan aset yang dibiayai)
  • Tempoh pinjaman yang lebih panjang
Konsep Pembiayaan
Selepas berjaya memperoleh skim pinjaman yang ditawarkan oleh SME Bank sudah pasti anda ingin mengetahui tentang konsep pembiayaan yang ditawarkan. Sebagai pelanggan sudah pasti keperluan anda menjadi keutamaan. Terdapat dua jenis konsep pembiayaan iaitu pembiayaan pra-pelaksanaan dan pembiayaan pasca-siap.
Apa yang pasti kedua-dua konsep pembiayaan ini memudahkan anda untuk berurusan dengan pihak bank. Pembiayaan pra-pelaksanaan adalah konsep yang dipersetujui dan telah diberi jaminan seperti yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Anda digalakkan membaca dan memahami terlebih dahulu isi kandungan sesebuah kontrak yang diberikan oleh pihak bank kepada anda. Manakala konsep pembiayaan pasca-siap pula adalah pembiayaan berdasarkan invois yang yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pihak pemberi kontrak.
1.Pinjaman Perniagaan
Sebelum anda memulakan langkah membuka perniagaan sendiri dengan mendapat pembiayaan penuh SME Bank, anda harus tahu bahawa terdapat dua jenis aktiviti yang layak dan yang tidak layak untuk dibiayai.
Antara aktiviti yang layak mendapat pembiayaan adalah sektor pembuatan, sektor pengangkutan, sektor pelancongan dan sektor teknologi. Manakala aktiviti yang tidak layak menerima pembiayaan adalah proses asas tani, pemaju perumahan, projek yang menyalahi undang-undang dan moral serta pusat perjudian. Syarikat kewangan dan perlombongan kecuali kuari juga tidak layak menerima skim pinjaman ini.
SME Bank juga menawarkan pelbagai kemudahan buat anda yang layak memohon skim pinjaman ini. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah kemudahan pembayaran jangka panjang, sewa pajak, sewa beli perindustrian, modal kerja tetap, modal kerja berputar, jaminan bank dan juga surat sokongan yang pastinya dapat membantu dan memudahkan anda untuk memulakan operasi perniagaan.
Antara tujuan kemudahan ini disediakan adalah untuk memudahkan proses menyediakan segala keperluan serta kelengkapan asas sebelum memulakan perniagaan. Semua kemudahan yang disediakan sememangnya dapat membantu anda dan tugas anda hanya memulakan perniagaan menggunakan modal yang diberikan dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh.
2.Pembiayaan Kontrak
Sekiranya anda merupakan seorang kontraktor yang berpengalaman, ini adalah masa yang sesuai untuk anda ‘merebut’ peluang yang disediakan oleh SME Bank. Skim ini menawarkan pembiayaan kepada pelanggan yang menjadi Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang telah diberi tanggungjawab menjalankan kontrak-kontrak dari kementerian, agensi-agensi atau jabatan-jabatan kerajaan.
Pembiayaan jenis ini adalah untuk memudahkan pelaksanaan kontrak sehingga selesai sepenuhnya. Anda tidak perlu risau tentang cara pembayarannya kerana pihak bank akan membuat pembayaran terus kepada pihak yang memberikan kontrak. Pembiayaannya pula ditawarkan berdasarkan sejauh mana pra pelaksanaan projek itu mampu dibuat.
Bagi anda yang ingin memohon pembiayaan jenis kontrak, syaratnya anda haruslah merupakan seorang Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang dilantik sahaja. Pemohon juga perlulah berdaftar dengan salah satu badan seperti Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Badan-badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan.
Jenis-jenis kontrak terdiri daripada kontrak bekalan langsung atau dengan penambahan nilai di dalam bentuk pemasangan, pengujian, pentauliahan dan latihan. Kontrak projek pembinaan dan infrastruktur termasuklah kerja-kerja awam, mekanikal, elektrik dan teknologi informasi & komunikasi. Akhir sekali adalah kontrak perkhidmatan bagi perniagaan yang lain termasuklah penyediaan perkhidmatan dan penyelenggaraan.

3.Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA)
Bagi anda di luar sana yang mempunyai kenderaan seperti bas atau teksi, dana khusus ini adalah untuk kegunaan anda. Dana ini digunakan untuk menampung kos pembelian kenderaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan termasuklah individu sebagai pengusaha, syarikat, koperasi atau firma.


Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas komersil dan teksi di seluruh Malaysia dengan syarat-syarat yang lebih fleksibel dan kadar bayaran balik yang kompetitif. Selain itu program ini juga diadakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam industri kenderaan pengangkutan awam dan perusahaan yang berkaitan dengannya di samping menyumbang ke atas pembangunan sosio-ekonomi negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara. Skim ini diharapkan akan dapat membantu usahawan perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi meningkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan yang tinggi
4.Skim Pembiayaan Premis Perniagaan
Skim yang keempat, adalah skim untuk membiayai rumah kedai atau kilang yang dijadualkan masih di dalam rangka pembinaan. Syarikat yang bertaraf Sdn Bhd dan firma profesional dibenarkan untuk memohon skim ini. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun akaun beraudit dan berprestasi baik. Tempoh maksimum yang diberikan adalah selama 20 tahun dengan jumlah pembiayaan bermula dari RM 100,111 hingga RM 5.0 juta.
Tiga jenis kemudahan yang disediakan di bawah skim ini adalah Bai’ Bithaman Ajil / Bai’ Istisna’ yang khusus untuk pembiayaan Islam. Bai’ Bithaman Ajil yang mengkhususkan kepada pembiayaan harta tetap bangunan dan premis yang telah siap. Akhir sekali, Bai’ Istisna’, khusus untuk pembiayaan harta tetap bangunan dan premis yang masih dalam pembinaan. Ketiga-tiga kemudahan ini sudah semestinya dapat membantu meringankan beban anda sebagai pemohon.
5.i-Cash
Skim i-Cash yang ditawarkan di SME Bank merupakan skim yang sentiasa mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan di luar sana. Skim ini menawarkan pembiayaan sehinggaRM250, 000 dengan kadar keuntungan serendah 3.99%. Tempoh bayaran balik yang dikenakan adalah sehingga 20 tahun, tidak perlu penjamin, ansuran rendah dan tiada yuran pemprosesan. Skim ini nampaknya mampu memberi peluang kepada anda untuk menguruskan peluang perniagaan dengan lebih sistematik dan berdaya saing.
Bagi anda yang berpendapatan minima RM1,000 sebulan termasuk elaun tetap layak untuk memohon pembiayaan ini. Perlindungan Takaful Hayat dan Permohonan Wasiat oleh Amanah Raya Berhad akan diberikan mengikut keperluan. Manakala kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji oleh Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) ataupun melalui pihak berkuasa yang lain yang dipersetujui oleh pihak bank.
6.Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
Bagi para graduan yang berpotensi membina perniagaan sendiri selepas tamat pengajian, ini adalah masa yang sesuai untuk anda merebut peluang yang ada! Dana yang diberikan ini merupakan pembiayaan mudah untuk memulakan perniagaan dalam apa jua sektor yang anda gemari. Antara syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan ini adalah anda perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma yang diiktiraf oleh MQA dan berjaya menamatkan pembelajaran tidak melebihi 15 tahun. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 40 tahun.
_________________________________________________________________________________

4)BANK PEMBANGUNAN
Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (Bank Pembangunan) tidak mempunyai sebarang halangan untuk menawarkan pinjaman kewangan kepada usahawan tani pada masa depan.
Bagaimanapun, kata Presiden dan Pengarah Urusan Bank Pembangunan, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin, kesediaan bank tertakluk kepada perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan.
“Kita tidak ada masalah, kita sentiasa bersedia sekiranya menerima arahan daripada kerajaan,” katanya semasa ditemui selepas merasmikan Program Latihan Pembangunan Kewangan dan Analisis Kredit di Afrika anjuran bersama Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Pembangunan.
Contohnya pembiayaan kewangan bagi industri pembungkusan dan pemprosesan makanan, tetapi kalau khusus untuk sektor pertanian tidak ada tambahnya.
Selain itu, katanya, Bank Pembangunan menyediakan perkhidmatan pembiayaan kewangan kepada sektor maritim dan teknologi tinggi serta semua sektor melalui anak syarikatnya,
_________________________________________________________________________________
5)TABUNG EKONOMI MALAYSIA
Tabung Ekonomi Belia memainkan peranan sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam menyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020. Selain itu juga berperanan dalam meningkatkan peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang memberikan manfaat dari aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi. Terdapat dua jenis skim dalam Tabung Ekonomi Belia iaitu Skim Belia Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT). SBN menyediakan pembiayaan untuk perkhidmatan pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Sementara SBT pula menyediakan pembiayaan pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. SBT pula disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, iaitu Agro Bank. Had pinjaman bagi Tabung Ekonomi Belia adalah serendah RM 5000.00 hingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik bagi kedua-dua skim ini adalah sehingga tujuh tahun. Bayaran balik boleh dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik.
Antara syarat-syarat permohonan, pemohon yang berminat mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun. Pemohon mestilah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan seperti ujian minat kerjaya dan kecenderungan keusahawanan. Pemohon juga mesti lulus kursus bimbingan rancangan perniagaan. Tujuan pemohon menyuarakan pemohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan sepenuh masa. Selain itu, pemohon mesti menyediakan dua orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar tidak kurang RM 1000.00 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan hutang dan penjamin juga boleh terdiri daripada ahli keluarga.
Setiap agensi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza mengikut keperluan, jumlah wang, jenis perniagaan, skim dan sebagainya. Selain itu, setiap agensi ini juga dikawal oleh badan-badan kerajaan yang terpilih. Namun, matlamat kesemua agensi ini adalah sama iaitu untuk membantu kaum Bumiputera memulakan perniagaan dan menstabilkan kewangan pada masa hadapan. Hanya pemohon yang layak dan terpilih sahaja berpeluang memulakan perniagaan setelah melalui beberapa ujian kelayakan. Selain itu, syarat-syarat yang dikenakan turut mempengaruhi kadar kredibiliti pemohon yang memohon agar modal yang dilaburkan tidak lebur begitu sahaja.
Tidak semua pemohon layak menerima pembiayaan daripada agensi yang dipohon. Mereka terlebih dahulu akan disiasat dan diperiksa kesahihan perniagaannya. Kerana setiap agensi ini mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi bagi melayakkan pemohon mendapat pembiayaan yang diminta. Setiap syarat yang dikenakan mesti dipenuhi sebaiknya. Jika tidak, kemungkinan wang pembiayaan yang disalurkan akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disitu akan berlaku pembaziran pula. Pembayaran balik wang pembiayaan perlu dilakukan apabila permohonan yang telah ditandatangani disahkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Maka, setiap pihak akan sentiasa beringat dan berwaspada dengan setiap sen yang dilaburkan.
Kesimpulannya, jika ingin memulakan sesebuah perniagaan, kita mesti merujuk kepada agensi yang sah dan dipercayai untuk mendapatkan pembiayaan. Kemudian, permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu untuk memastikan pengaliran wang pembiayaan yang betul dilaksanakan oleh pemohon. Setelah menerima pembiayaan, pembayaran balik mesti dibuat mengikut tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Maka, kedua-dua pihak akan beroleh keuntungan dan manfaat.

_______________________________________________________________________

6)PUNB
Perbadanan Usahawan Nasioanal Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera. Fokus utama PUNB adalah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. Pakej pembangunan keusahawanan bersepadu adalah untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan yang lebih baik.
Antara syarat-syarat permohonan adalah pemohon mesti kaum Bumiputera yang mempunyai hasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan. Seterusnya, pemohon mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah pembiyaan dari dari sumber sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam perniagaan yang dirancang. Selain itu, produk atau perkhidmatan mestilah sedia untuk dipasarkan dan pemohon mesti mempunyai hak pemilikan terhadap pembuatan barang atau perkhidmatan tersebut. Pemohon juga perlu menyediakan model perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik. Pemohon juga perlu merancang strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti, penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.
Sebagai permulaan, pemohon dikehendaki menyediakan pelan perniagaan yang ringkas atau kertas kerja yang menerangkan perniagaan itu secara keseluruhan. Pelan perniagaan itu perlu disertakan dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan, strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi, pengurusan kakitangan dan unjuran kewangan. Selain itu, permohonan dalam talian juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi PUNB dengan memilih butang e-borang.

7) TEKUN
Sejarah Penubuhan TEKUN Nasional
TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Sejarah penubuhan TEKUN Nasional bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang bertujuan untuk memperuntukkan bantuan berupa modal tambahan bagi usahawan kecil Bumiputera dalam membangunkan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. TEKUN menjadi lebih luas apabila pada tahun 1995, Universiti Sains Malaysia menjalankan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut dilaksanakan pula di daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu pada 1997. Melihat kepada kejayaan TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan, maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan bahawa TEKUN akan diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi seawal 1 Febuari 1999.
Bermula daripada tarikh ini, TEKUN dapat berdiri dengan teguh dan mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan. Penambahbaikkan TEKUN terus dilakukan apabila pada 12 Febuari 2008, Yayasan TEKUN telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berfungsi dalam aspek pembangunan keusahawanan dan memberi perkhidmatan sokongan selain terus menjadi agensi yang memberi pembiayaan kepada usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Akhir sekali, tanggal 1 April 2009 kerajaan telah meletakkan TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian & Asas Tani. Apa yang pasti, sehingga kini TEKUN telah banyak membantu mana-mana usahawan Bumiputera yang ingin membina perniagaan masing-masing.
Fungsi dan Matlamat TEKUN Nasional
TEKUN Nasional secara umumnya berperanan untuk menyalurkan bantuan berupa pembiayaan modal bagi memulakan perniagaan. Akan tetapi, fungsi TEKUN tidak hanya terhad setakat itu sahaja, TEKUN juga mempunyai beberapa peranan yang lain seperti berikut :
  • Menyediakan maklumat-maklumat berkaitan keusahawanan serta peluang-peluang perniagaan yang sedia ada.
  • Memberi khidmat bimbingan dan sokongan kepada semua para usahawan yang menyertai TEKUN.
  • Memastikan komuniti usahawan TEKUN mempunyai daya usaha yang tinggi, inovatif, dan progresif serta jaringan perniagaan.
  • Menanam budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  • Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan usahawan TEKUN.
Bagi tahun 2011, TEKUN Nasional telah menetapkan 7 matlamat utama yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya pada tahun ini.
  1. Memastikan dana TEKUN disalurkan kepada peminjam dan Perniagaan Tulen dan yang harus diberi keutamaan dengan kaedah yang lebih berkesan.
  2. Mempertingkatkan bayaran balik pinjaman serta memperhebatkan usaha-usaha untuk mengutip hutang dengan pendekatan yang lebih berkesan dan agresif.
  3. Membangunkan modal insan bagi melahirkan warga kerja TEKUN Nasional yang berintegriti, cekap dan produktif.
  4. Memajukan usahawan TEKUN, menjalin hubungan lebih erat di antara pegawai TEKUN dengan usahawan serta menubuhkan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN.
  5. Memantapkan system penyampaian, struktur dan prosedur operasi TEKUN Nasional serta mengamalkan tadbir urus koprat yang terbaik.
  6. Membangunkan sumber dana TEKUN dan mewujudkan Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Rakyat 1Malaysia.
  7. Mewujudkan jalinan strategic di antara TEKUN dengan jabatan, agensi, institusi & NGO yang lain serta syarikat korporat untuk kepentingan bersama.
Ketujuh-tujuh matlamat yang disasarkan oleh TEKUN ini adalah bagi memastikan segala operasi dan persediaan untuk membantu para usahawan dapat diteruskan dan dijalankan dengan lebih baik dan berkesan untuk jangka masa akan datang.
TEKUN Nasional turut menyediakan beberapa kemudahan lain untuk mempertingkatkan lagi taraf keusahawanan di negara kita. Antara langkah yang diambil oleh TEKUN ialah menubuhkan Pusat Pembangunan Usahawan. Boleh dikatakan bahawa Pusat Pembangunan Usahawan ini berada di seluruh negara dengan terdapat lebih kurang 11 buah pusat sahaja yang dibina. Tujuannya adalah untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera. Antara objektif lain Pusat Pembangunan Usahawan ialah:
  • Memberikan maklumat mengenaim peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam misi melahir dan memajukan usahawan di Malaysia serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat di negara ini.
  • Memberikan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan yang ada dan penjanaan pendapatan yang boleh diceburi oleh masyarakat Bumiputera dari kawasan sekitarnya.
  • Menjadi pusat rujukan, perkhidmatan, dan sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.
  • Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan dalam kalangan para usahawan yang sedia ada di kawasan sekitarnya.
  • Menjadi pusat untuk bermacam-macam aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.
Pusat Pembangunan Usahawan mula ditubihkan sekitar tahun 2008 di lokasi-lokasi yang strategic supaya mudah untuk di kunjungi oleh para usahawan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan info-info keusahawanan yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Usahawan. Lokasi-lokasi Pusat Pembangunan Usahawan adalah di Bandar Tasik Selatan sebagai ibu pejabat, Tasek Gelugor (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), Pertama Kompleks (Wilayah Persekutuan), dan Kluang (Johor), Ipoh (Perak), Johor Bahru (Johor), Kuching (Sarawak), Temerloh (Pahang), dan Kota Baharu (Kelantan).
Syarat-Syarat dan Prosedur Pinjaman
Daripada aspek pembiayaan pula, TEKUN Nasional telah menggariskan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh semua para peminjam. Jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh TEKUN adalah dari RM500.00 hingga ke RM50,000.00 dan konsep pembiayaan yang diperkenalkan oleh TEKUN adalah dalam bentuk pembiayaan mudah. Tempoh selama 1 bulan sehingga 5 tahun ditetapkan oleh TEKUN sebagai tempoh pembayaran semula pinjaman yang dilakukan. Namun, TEKIUN Nasional mengenakan caj bagi perkhidmatannya sebanyak 4 peratus.

Selain itu, pihak TEKUN Nasional turut menetapkan bidang-bidang perniagaan yang tertentu bagi para peminjam. Antaranya ialah dalam sektor:
  • Peruncitan & Perniagaan
  • Perkhidmatan
  • Pertanian
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pembuatan
  • Pendidikan
  • Pengangkutan
  • Pelancongan dan rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan kecil
Hanya usahawan-usahawan bagi bidang-bidang yang disenaraikan ini sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman dengan TEKUN Nasional. Selain daripada bidang-bidang ini tidak dibenarkan dan sektor-sektor tersebut juga merupakan antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh para usahawan.
Setelah permohonan untuk pembiayaan dilakukan, beberapa proses dan prosedur bagi meneliti permohonan tersebut dilakukan oleh pihak TEKUN Nasional.
  • Permohonan diproses dan disahkan oleh Pejabat Kawasan sebelum dihantar terus ke Ibu Pejabat untuk kelulusan.
  • Bagi permohonan dari Skim Rakan Niaga, boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat atau Pejabat Kawasan untuk kelulusan.
  • Usia peminjam mestilah diantara 18 hingga 65 tahun sahaja.
  • Semua pembiayaan tidak memerlukan kepada penjamin.
  • Lebih daripada seorang dalam satu isi rumah boleh mendapat pembiayaan dengan syarat berlainan jenis perniagaan.
  • Pemohon yang mempunyai pembiayaan sedia ada dengan agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain yang melebihi RM50,000.00 adalah tidak layak.
  • Pembiayaan dibawah RM5,000.00 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali yang berniaga di bawah kawasan PBT yang memerlukan permit.
  • Pembiayaan di bawah RM5,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
Sekiranya mana-mana ketetapan yang dinyatakan oleh pihak TEKUN Nasional ini tidak ditepati oleh para pemohon, maka proses untuk kelulusan permohonan pembiayaan akan sedikit terganggu.
Kemudahan yang disediakan TEKUN Nasional
Bagi memudahkan lagi masyarakat yang ingin membuat pinjaman dengan TEKUN Nasional, perkhidmatan Permohonan Pinjaman TEKUN Atas Talian diperkenalkan. Para peminjam dikehendaki melengkapkan beberapa butir yang perlu dalam borang permohonan dan had pinjaman yang dibenarkan melalui permohonan atas talian adalah seperti biasa iaitu daripada RM500.00 ke RM50,000.00. Melalui perkhidmatan permohonan atas talian yang disediakan, prosedur untuk melakukan pinjaman dengan TEKUN Nasional dapat menjadi lebih cepat dan mudah.
Selain itu, TEKUN Nasional turut menyediakan satu perkhidmatan lain iaitu TEKUN Mobile. TEKUN Mobile bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian info-info berkaitan melalui cara turun padang dan mesra usahawan. Matlamat TEKUN Mobile dilihat selaras hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada masyarakat awam khususnya Bumiputera. Beberapa peranan dan objektif TEKUN Mobile, iaitu:
  • Membantu golongan pertengahan yang mengalami kesukaran ke Pejabat Kawasan Parlimen TEKUN.
  • Memudahkan urusan dan memantapkan lagi sistem penyampaian terutama bagi para usahawan.
  • Merupakan perkhidmatan mesra usahawan dengan memfokuskan kepada mana-mana lokasi yang sering menjadi tumpuan masyarakat.
  • Memberi khidmat bimbingan, sokongan dan jaringan perniagaan.
  • Menyelaras maklumat yang diterima daripada pelanggan dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem penyampaian TEKUN Nasional.
  • Menjalankan aktiviti turun padang untuk menggalakkan usahawan dan bakal usahawan menerima maklumat yang lebih terpeinci.
  • Memberi penerangan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi dibawahnya serta sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat yang terkini.
TEKUN Nasional telah mempunyai 8 unit TEKUN Mobile sehingga 31 November 2010 dan menjalankan operasi di Ibu Pejabat, Selangor, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak TEKUN Nasional nyata begitu memperlihatkan kesungguhan mereka untuk membantu golongan usahawan Bumiputera di Malaysia.
Pihak TEKUN Nasional turut menyediakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman bagi memudahkan para usahawan untuk melakukan pembayaran semula kepada TEKUN. Dalam jadual tersebut, TEKUN menyediakan sebanyak 10 skim pembayaran semula mengikut tempoh bayaran semula pinjaman. Contoh, Skim 1 adalah untuuk pembayaran semula yang perlu dilakukan dalam tempoh enam bulan, skim-skim yang lain adalah seperti berikut:
  • Skim 1 : 6 bulan
  • Skim 2 : 12 bulan
  • Skim 3 : 18 bulan
  • Skim 4 : 24 bulan
  • Skim 5 : 30 bulan
  • Skim 6 : 36 bulan
  • Skim 7 : 42 bulan
  • Skim 8 : 48 bulan
  • Skim 9 : 54 bulan
  • Skim 10 : 60 bulan
Skim-skim ini juga mengenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan simpanan peminjam sebanyak 5% daripada jumlah pinjaman dalam setahun.
Kesungguhan TEKUN Nasional menarik lebih ramai golongan Bumiputera untuk menjadi usahawan wajar dipuji. Sepanjang TEKUN Nasional menjalankan operasinya, ramai usahawan telah dibantu dan berjaya dengan perniagaan masing-masing. Bagi mana-mana pihak atau individu yang mempunyai sebarang aduan, masalah atau pertanyaan, TEKUN Nasional ada menyediakan boring aduan atas talian dan pihak TEKUN akan memberi maklumbalas dengan kadar yang segera. Kepada semua para peminjam yang berurusniaga dengan TEKUN Nasional, lakukanlah pembayaran semula dalam tempoh yang telah ditetapkan agar segala usaha untuk membantu usahawan-usahawan Bumiputera yang lain, dapat berjalan dengan lebih lancar.

8)Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga turut mempromosikan beberapa skim pinjaman kepada masyarakat umum yang berkelayakkan. Antara skim yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Peribadi-i yang ditawarkan dalam bentuk Pakej dan Bukan Pakej. Dua kategori ini diperkenalkan kepada umum bagi membolehkan masyarakat memilih skim pinjaman mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. Amaun minimum yang dihadkan dalam pinjaman peribadi ini adalah sebanyak RM10000 dan RM200,000 bagi amaun maksimum pinjaman yang dibenarkan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Namun, seperti skim-skim pinjaman peribadi yang diperkenalkan oleh bank-bank yang lain, BIMB meletakkan syarat bagi pihak peminjam bahawa mereka mestilah mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1500 sebulan. Pemohon pinjaman juga mestilah terdiri daripada pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan, syarikat senarai awam yang terpilih, anak-anak syarikat kerajaan, syarikat sendirian berhad yang terpilih yang diketegorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh pihak Bank Islam. Lebih menarik lagi apabila skim pinjaman peribadi ini turut mengandungi pelan perlindungan Takaful. Pembayaran semula boleh dilakukan melalui potongan gaji ataupun pindahan gaji ke bank Islam dengan melalui arahan Autodebit. Tempoh pembayaran semula yang dikenakan adalah maksimum 15 tahun atau 180 bulan ataupun sehingga umur persaraan dengan melihat yang mana lebih awal. Pinjaman seperti ini mungkin begitu sesuai untuk kakitangan kerajaan. Sungguhpun begitu, Pembiayaan Peribadi-I dengan pakej ini mengenakan faedah yang paling tinggi adalah sebanyak 5.50% setahun bagi tempoh pembayaran 11 tahun sehingga ke 15 tahun.
Terdapat banyak lagi skim-skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank di negara kita. Melihat kepada skim-skim pinjaman ini, dapat disimpulkan bahawa masyarakat di Malaysia dewasa ini mempunyai banyak pilihan serta panduan untuk memilih bantuan pinjaman yang disediakan. Kadar atau faedah yang dicaj oleh pihak-pihak bank kebiasaannya menjadi satu kayu ukur bagi pihak yang ingin membuat permohonan pinjaman. Sudah pasti, skim pinjaman yang menawarkan kadar atau bayaran faedah terendah yang menjadi pilihan. Selain itu, terdapat juga skim-skim pinjaman yang tidak berbentuk peribadi seperti Skim Pembiayaan Mekanisasi atau Automasi Pertanian yang lebih bertujuan untuk membantu usahan-usahawan pertanian mengembangkan lagi perusahaan mereka. Pendek kata, objektif-objektif utama skim-skim pinjaman ini adalah bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan.
Kes Pinjaman Wang Melalui Syarikat-Syarikat yang Tidak Berlesen
Kita seringkali juga terbaca berita-berita di akhbar mahupun di media elektronik yang menceritakan tentang kes-kes pinjaman duit daripada syarikat yang tidak mempunyai lessen dalam menjalankan perniagaan mereka. Syarikat-syarikat seperti ini juga lebih dikenali dengan nama Along. Sungguhpun menyedari bahawa meminjam wang daripada ‘along’ ini boleh mengundang seribu satu bahaya, namun masih ada dalam kalangan masyarakat yang tetap berani untuk menggunakan Along sebagai medium untuk mendapatkan khidmat pinjaman wang kerana dikatakan bahawa pinjaman wang melalui Along ini adalah lebih mudah dan kurang kerenah birokrasi. Hal ini menjadi antara satu sebab untuk mereka tidak menggunakan perkhidmatan atau skim pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan. Permasalahan dalam mencari penjamin selain ada bank-bank yang menetapkan syarat untuk peminjam perlu mempunyai pendapatan tetap dalam kadar yang tertentu menjadi satu halangan bagi golongan seperti ini untuk berurus niaga dengan pihak bank. Maka, jalan mudah yang diambil adalah dengan menggunakan perkhidmatan Along’. Tindakan seperti ini adalah bukan tindakan yang bijak kerana kebiasaannya Along mengenakan faedah atau kadar bunga yang begitu tinggi apatah lagi sekiranya berlaku kelewatan dalam pembayaran semula. Pendek kata, meminjam wang daripada Along boleh menjerat diri sendiri.
Perlu diingat, bahawa skim pinjaman oleh bank-bank tempatan lebih selamat dan terjamin berbanding skim-skim pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat persendirian. Penipuan juga lebih senang berlaku apabila kita menjalankan urusniaga dengan syarikat-syarikat pinjaman wang yang tidak dapat dikenalpasti tentang kebenaran dan kesahihan urus niaganya. Oleh itu, pinjaman dengan pihak bank sepatutnya menjadi pilihan yang lebih utama berbanding skim-skim pinjaman yang lain. Satu kes yang berlaku di Taman Perindustrian, Sri Kembangan apabila peminjam yang gagal membayar pinjaman terhadap Along telah dikurung dan dirantai di tempat tersebut. Perbuatan Along terhadap mangsa dilihat satu kekejaman yang tidak seharusnya berlaku. Akan tetapi, usaha pihak polis untuk menyelamatkan keadaan terbantut apabila pihak mangsa enggan memberi kerjasama kepada pihak polis. Persoalan yang timbul, mahukah kita juga menjadi mangsa Along? Jawapannya sudah tentu tidak! Bahaya meminjam duit daripada pihak yang tidakberlesan kerana berkemungkinan besar boleh membawa kepada jenayah lain yang lebih berat. Maka, untuk lebih mudah dan selesa, berurus niagalah dengan mana-mana pihak bank. Apa yang dapat kita fahami, terdapat banyak skim-skim pinjaman, pembiayaan mahupun pelaburan yang diperkenalkan oleh pihak institusi kewangan seperti bank-bank tempatan dan hanya terpulang kepada kita untuk memilih yang sesuai dengan keadaan semasa kita.
Kesimpulannya, boleh dikatakan semua bank yang berada di Malaysia ini ada menawarkan pilihan-pilihan dan pakej-pakej pinjaman sama ada secara peribadi, perkongsian atau untuk mana-mana pertubuhan. Ada juga skim-skim yang mempunyai pelan perlindungan insurans atau Takaful. Hal ini dilakukan oleh pihak bank untuk menarik lebih ramai lagi pihak-pihak yang memerlukan untuk berurus niaga dengan mereka. Pinjaman melalui bank ini juga boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak kerana konsep pinjaman itu sendiri adalah untuk membantu mereka yang memerlukan wang khususnya. Pinjaman perumahan yang selalu kita dengar merupakan salah satu bentuk pinjaman yang menguntungkan kerana pihak peminjam boleh memiliki kediaman sendiri melalui pinjaman tersebut dengan syarat-syarat yang tertentu. Ringkasnya, pinjaman melalui bank-bank tempatan adalah jauh lebih selamat berbanding pinjaman-pinjaman yang dilakukan dengan pihak-pihak yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan kerajaan. Sebaiknya, berurus niagalah dengan pihak bank kerana lebih dipercayai dan tidak merugikan.

9)TABUNG EKONOMI BELIA
Tabung Ekonomi Belia diletakkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia dan diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tabung ini bermatlamat untuk memberi bantuan berbentuk pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dana pinjaman serta melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan pinjaman dan membuat kutipan semula.
Kelayakan dan Syarat Pinjaman
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman daripada Tabung Ekonomi Belia adalah seperti berikut:
  • Warganegara yang menetap di Malaysia dan berumur antara 18 – 40 tahun. Minima umur pemohon adalah 18 tahun dan maksima sebelum mencapai umur 41 tahun semasa mendaftar secara atas talian ataupun manual
  • Telah mendaftar sebagai pemohon sama ada pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia atau mengisi borang secara manual.
  • Telah lulus saringan Kementerian Belia dan Sukan bagi :
  1. Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
  2. Kursus Asas Perniagaan khusus bagi pemohon yang baru memulakan perniagaan
  • Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan
  • Tujuan permohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.
  • Permohonan pinjaman adalah secara individu dan perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Hanya seorang sahaja di antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
  • Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang atau perhutangan
  • Mengemukakan dua 2 orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :
  1. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
  2. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap termasuk elaun-elaun tetap dengan syarat tidak kurang daripada RM 1000.00 sebulan.
  • Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
  1. Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin
  2. Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua 2 orang peminjam dalam satu-satu masa.
  • Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
  • Hanya satu pinjaman Skim Belia Negara atau SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut adalah dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.
  1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan. Maka, tidak perlu untuk mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
  2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah Kementerian Belia dan Sukan atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
  • Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
  1. Mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
  2. Telah mengikuti program inkubator anjuran oleh mana-mana agensi kerajaan.
Syarat-syarat yang ditetapkan ini bertujuan untuk memastikan mereka yang mahu mendapatkan pinjaman benar-benar serius untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan apabila pihak Kementerian Belia dan Sukan memberi kelulusan. Kesemua syarat-syarat ini digariskan juga untuk memastikan golongan belia yang layak benar-benar boleh memberi pulangan yang berbaloi dengan bantuan melalui Tabung Ekonomi Belia yang telah diberikan.
Jenis dan Ciri-Ciri Skim
1.0 Skim Belia Niaga (SBN)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah dilantik sebagai institusi kewangan bagi menyelia Skim Belia Negara ini. Skop projek yang dibenarkan dibawah skim ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
  • Perkhidmatan
  1. Kedai gunting rambut
  2. Salun kecantikan dan spa
  • Klinik
  1. Farmasi
  2. Perlancongan
  3. Kedai runcit
  • Mencuci kenderaan
  • Solekan dan andaman
  1. Bengkel kenderaan motor dan motosikal
  2. Fotografi dan video
  3. Kimpalan
  • Membaiki radio, televisyen, telefon bimbit dan alat elektronik
  • Pusat tuisyen
  • Kedai makan dan restoran
  1. Pengiklanan dan percetakan
  • Perkhidmatan profesional
  • Kedai elektrik
  • Kedai perabot
  • Kedai tayar
  1. Kedai alat ganti
  • Pembuatan
  1. Kraf tangan
  2. Pakaian
  • Anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga dan batik
  • Perniagaan ICT
  1. Kedai internet dan pusat latihan
  2. Kedai fotokopi, alat tulis dan pembayaran bil

  • Kiosk atau Gerai atau Pasar Malam atau Penjaja
  1. Burger
  2. Yong Tau Fu
  • Jagung
  1. Ais krim serta van atau lori atau motor bergerak
  2. Stokis dan francais dengan tidak termasuk kos pembiayaan untuk membeli premis perniagaan serta modal kerja untuk kontraktor
  3. Perniagaan berkonsepkan jualan langsung

2.0 Skim Belia Tani (SBT)
Bagi Skim Belia Tani pula, Kementerian Belia dan Sukan telah melantik Bank Pertanian Malaysia sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memberi pembiayaan melalui skim ini. SBT dikhususkan untuk apa-apa aktiviti atau perniagaan yang berorientasikan pertanian. Ini bertujuan untuk membuka minat golongan belia supaya menceburi bidang pertanian selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu yang memperkenalkan konsep pertanian suatu perniagaan. Maka, pihak kerajaan mengambil inisiatif ini untuk memastikan golongan belia diberi peluang memajukan sektor pertanian negara.
Antara skop projek di bawah Skim Belia Tani adalah :
  • Pengeluaran tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, bauh-buahan, bunga-bungaan dan juga herba.
  • Ternakan haiwan seperti lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, biri-biri dan ternakan puyuh .
  • Perikanan iaitu ternakan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar.
  • Ternakan lebah madu dan industri asas tani iaitu seperti kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap, makanan tradisional seperti baulu dan kerepek dan makanan ringan atau snek.
  • Perkhidmatan tani yang meliputi bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak termasuk baja dan alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan, buah-buahan dan lanskap.
Perkhidmatan tani ini adalah tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak dan buah-buahan tempatan yang lain juga kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan, modal kerja untuk kontrak tani dan apa-apa perniagaan berkonsepkan jualan langsung.
Ciri-Ciri Skim
1.0 Institusi Kewangan yang Dilantik
Institusi kewangan yang dilantik adalah bertanggungjawab sebagai pengurus dana bagi Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani dan bank-bank yang terlibat ialah :
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk Skim Belia Niaga (SBN)
  • Bank Pertanian Malaysia untuk Skim Belia Tani (SBT)
2.0 Had Pinjaman
Had pinjaman yang telah dipersetujui antara Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak bank bagi kedua-dua skim adalah dari nilai minima RM5,000.00 sehingga maksima RM50,000.00.
3.0 Kadar Bayaran
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim SBN dan SBT adalah empat 4% setahun dengan berdasarkan kepada baki pinjaman.
4.0 Yuran Proses
Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Bank Pertanian Malaysia yang telah dilantik oleh KBS.
5.0 Kos Guaman Dan Insurans
Segala kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insurans akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak peminjam dan bukan di bawah kuasa pihak bank atau Kementerian Belia dan Sukan.
6.0 Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan keperluan peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.
7.0 Kutipan Bayaran Balik Pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman akan dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik dan tempoh bayaran balik pertama pinjaman dibuat mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.
8.0 Tempoh Pinjaman
Had maksimun yang telah ditetapkan untuk tempoh bayaran semula pinjaman bagi kedua-dua Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani adalah sehingga 7 tahun.
Bagi mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Ekonomi Belia ini, pendaftaran perlulah dilakukan terlebih dahulu melalui laman sesawan portal MPEB atau secara manual dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan Daerah dan menghantar semula borang yang telah lengkap diisi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Daerah. Setiap permohonan yang dihantar akan mengambil masa lebih kurang 2 bulan setengah untuk diproses secara teliti dan keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas itu.
Harapan Kerajaan
Apa yang pasti, pihak kerajaan pada hari ini begitu giat menjalankan usaha untuk membantu golongan belia melalui program-program keusahawanan. Ini kerana, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu bidang yang dapat memberi pulangan lumayan kepada para usahawan sekiranya diusahakan dengan cara yang betul dan bijak. Pihak kerajaan juga telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi memastikan ada peluang yang dibuka untuk golongan belia pada hari ini mencuba nasib dalam aktiviti perniagaan.
Langkah yang diambil oleh kerajaan ini juga adalah salah satu cara untuk menyelamatkan golongan belia daripada krisis pengangguran yang begitu hebat melanda negara. Selain itu, Tabung Ekonomi Belia juga memberi ruang kepada para belia melakukan aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan belia dan pihak kerajaan. Berapa ramai pada hari ini remaja dan belia yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti merempit, penyalahgunaan dadah, masalah pembuangan bayi, pergaulan bebas, dan kebejatan akhlak.
Melihat akan hal inilah, kerajaan memutuskan untuk memberi sesuatu yang berharga dan boleh mendatangkan manfaat bukan hanya kepada golongan belia. Golongan belia seharusnya sedar dan mengambil peluang keemasan ini untuk memajukan diri dan juga keluarga yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan juga negara. Apa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan ini tidak mendatangkan kerugian sekiranya digunakan dengan baik dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar memberi pembiayaan, pihak kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan melalui Skim Tabung Ekonomi Belia sedia memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para belia yang berminat untuk menceburi lapangan perniagaan. Oleh itu, diharapkan agar usaha pihak kerajaan untuk menyelamat dan mengangkat golongan belia ke satu tahap yang lebih cemerlang disambut baik oleh semua pihak terutama golongan belia. Semoga bidang keusahawanan terus menjadi pilihan para belia negara.

10) MARA
Sebut sahaja nama Majlis Amanah Rakyat (MARA) pastinya kita akan terfikir tentang pinjaman pelajaran untuk pelajar sekolah dan universiti sahaja. Tetapi tahukah anda bahawa MARA juga mempunyai skim pinjaman pertanian untuk usahawan moden mengusahakan aktiviti pertanian?
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dan ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Untuk mengurangkan bebanan penduduk luar bandar, MARA telah memberikan pelbagai kemudahan antaranya kemudahan pinjaman pertanian kepada mereka yang berkelayakan.
Bagi anda yang mempunyai kemahiran tetapi tinggal di luar bandar dan berkeinginan menjalankan perniagaan dan tidak mempunyai modal, usah risau dan bimbang kerana MARA beroperasi dan memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada anda yang berkelayakan. Skim yang ditawarkan oleh MARA juga tidak bercanggah dengan Islam dan boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA untuk membantu pelanggan di luar sana yang ingin mendapatkan khidmat yang berguna sama ada untuk memajukan diri sendiri, perniagaan atau pun buat mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Kumpulan sasaran yang diutamakan oleh MARA dalam memberikan pinjaman pertanian ini adalah golongan petani moden di kawasan luar bandar yang mempunyai tapak sendiri atau sewa. Keutamaan diberikan untuk pembangunan tanah yang terbiar. Selain itu keutamaan juga diberikan kepada usahawan tani yang berpengalaman dalam mengusahakan ladang, kolam, pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan dan bercadang untuk membesarkan usaha-usaha taninya secara komersial dan juga kepada graduan dari institusi pengajian tinggi contohnya graduan diploma atau ijazah dalam bidang pertanian yang bercadang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Sebelum anda bercadang untuk memohon pinjaman pertanian MARA ini, anda perlu menyediakan dokumen bertulis tentang rancangan perniagaan yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan projek yang hendak anda jalankan
Rancangan perniagaan ini lebih dikenali sebagai kertas kerja dimana anda perlu nyatakan jenis perniagaan yang ingin anda usahakan, serta anda harus menyenaraikan visi, objektif dan mengapa anda ingin menjalankan perusahaan itu. Selain itu anda harus menyenaraikan mengapa perniagaan itu perlu dilaksanakan dan apakah kebaikan yang boleh diperolehi serta manfaatnya kepada orang ramai.
Dengan adanya kertas kerja ini, anda sendiri boleh memantau dan dapat mengetahui tahap keupayaan anda berada di level mana dan apakah skim yang sesuai untuk anda piliih. MARA menawarkan empat jenis skim yang bersesuaian dengan petani atau usahawan moden di Malaysia.
Skim pembiayaan
Bagi anda yang baru memulakan perniagaan, boleh melihat kepada skim yang telah ditawarkan oleh MARA. Skim ini mungkin dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak. Terdapat empat jenis skim pembiayaan yang ditawarkan oleh MARA iaitu:
  1. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan
  2. Skim Pembiayaan Komersial
  3. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres
  4. Skim Jaminan Usahawan MARA
  5. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan
Skim ini merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan pengangkutan. Perniagaan secara kecil-kecilan biasanya memerlukan modal yang tidak terlalu banyak dan skim ini sesuai untuk anda yang baru memulakan perniagaan.
  1. Skim Pembiayaan Komersial
Skim pembiayaan ini bagi tujuan : –
  1. i) Pembelian Premis Perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina.
  2. ii) Pembinaan Premis Perniagaan di atas tanah milik sendiri.
  3. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres
Pembiayaan untuk kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrik. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam.
  1. Skim Jaminan Usahawan MARA
SJUM merupakan satu kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang terpilih. Melalui skim ini MARA, bekerjasama dengan bank komersial (BMMB) yang menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.
Perkara yang perlu anda tahu adalah berkaitan had pembiayaan yang dibenarkan adalah 90% daripada kos projek atau maksimum RM250,000. Manakala tempoh bayaran balik pinjaman adalah dari 1-15 tahun mengikut syarat yang telah dipersetujui dan yang tekah ditetapkan.
Bagi pembiayaan berjumlah RM50,000 dan ke bawah penjamin atau cagaran diperlukan. Manakala penjamin dan cagaran tanah dikecualikan bagi pembiayaan berjumlah RM50,001- RM250,000.
Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai syarat yang ditetapkan oleh MARA sebelum sesuatu pinjaman pertanian itu diluluskan. Antaranya:
  • Penjamin yang ditetapkan perlu memenuhi syarat kelayakan
  • Pendapatan seorang penjamin perlu tidak kurang daripada RM 500
  • Jumlah pendapatan penjamin bersamaan 3 % daripada jumlah permohonan.
  • Cagaran tanah dengan nilai paksa tidak kurang 10 % daripada jumlah pembiayaan.
  • Tanah yang dicagarkan terdiri daripada milik sendiri atau milik ahli keluarga atau kawan. Kadar keuntungan yang diperoleh adalah 4 %.
Sekiranya modal yang diperlukan adalah sebanyak RM100,000 yang memerlukan seorang penjamin atau cagaran, apa kata jika anda mulakan dengan pinjaman RM50,000 (tanpa penjamin & cagaran)? Dengan cara ini, anda sudah boleh mulakan projek anda, walaupun kecil, tapi tanggungan anda tidak banyak. Dengan pinjaman sebanyak RM50,000 sahaja, anda sudah boleh mulakan perniagaan. Hebat bukan?
Antara syarat kelayakan untuk memohon skim pinjaman ini adalah:
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu atau Bumiputera
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang perniagaan yang diceburi dan menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  • Perlu mempunyai lesen, permit dan surat kebenanaran daripada pihak berkuasa.
  • Anda juga perlu mendapatkan cagaran dan jaminan yang mencukupi sebelum mengisi borang permohonan.
  • Syarat yang terakhir adalah anda perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada 6 bulan.
Konsep serta Kaedah
Terdapat lima jenis konsep berserta kaedah yang diguna pakai oleh MARA, antaranya:
  1. Al-Bai-Bithaman Ajil
Konsep ini membawa maksud menjalankan jualan dengan harga yang tertangguh. Pembiayaan ini sesuai digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus perniagaan dan jaminan pihak bank.
  1. Al-Murabahah
Bermaksud jualan dengan tambang untung. Konsep ini digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti
  1. Al-Ijarah
Konsep pajakan dan sewaan menjadi konsep yang popular dan sering diguna pakai. Konsep ini membawa maksud pelanggan boleh menyewa peralatan seperti mesin , kenderaan atau aset mudah alih daripada MARA. Setelah langsai bayaran sewa, peralatan berkenaan boleh dipindah mili.
  1. Bai al- Inah
Konsep ini memberi pengkhususan kepada bayaran gaji, menyewa premis, membayar bil elektrik dan sebagainya.
  1. Musyarakah Mutanaqisah
Konsep yang membawa maksud perkongsian ini selalunya menjadi pilihan pelanggan. Konsep Musyarakah Islam di antara MARA dengan pelanggan mengikut perjanjian ini menitikberatkan kesefahaman di antara dua pihak. Konsep ini juga diguna pakai di dalam Skim Pembiayaan Premis Komersial.
Antara projek yang boleh dibiayai oleh MARA dikhususkan kepada pembangunan tanah terbiar meliputi usahawan tani yang menceburi bidang pertanian secara komersial seperti berikut :_
  1. Pembuatan
Contoh sektor perbuatan adalah perusahaan kilang dan industri berasaskan logam, elektrik dan komponen elektronik, makanan dan minuman, plastik, tekstil pakaian dan kulit, percetakan dan penerbitan telekomunikasi, memproses hasil pertanian dan lain-lain. Bagi anda yang mempunyai kemahiran dan berkelayakan boleh memohon skim pembiayaan yang disebut ini.
  1. Perdagangan
Khususnya penempatan di kawasan luar bandar atau pun di kawasan pendalaman serta kampung. Perniagaan secara kecil-kecilan adalah sangat digalakkan seperti urusan jual beli barangan seperti pasar mini, peruncitan, pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman, penjualan perabot, pemasaran hasil pertanian dan pengendalian stesyen minyak termasuk di dalam sektor perdagangan. MARA memberi peluang dan galakkan kepada masyarakat setempat yang berkelayakan dan mahu menceburikan diri dalam bidang perniagaan yang diidamkan.
  1. Perkhidmatan
Perniagaan seperti ini perlu dilaksanakan di kawasan luar bandar dan berpenduduk padat kerana kemudahan asas klinik, kedai makan merupakan sumber pendapatan penduduk setempat. MARA sentiasa memberi peluang baru kepada usahawan muda untuk mencuba bidang ini dan membantu mereka dari segi kewangan dan nasihat perundangan.
Contoh sektor perkhidmatan adalah melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti guaman, klinik, perkhidmatan menyediakan makanan seperti restoran dan kedai makan dan tidak ketinggalan kedai jahitan.
  1. Pemborongan
Manakala pemborongan pula meliputi kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti membina bangunan, membuat jalan, mengubahsuai bangunan dan pendawaian elektrik. Kontraktor yang berdaya saing boleh memohon skim pinjaman ini dan digalakkan kerana sektor ini amat memberangsangkan.
Untuk maklumat anda, pembiayaan yang disediakan oleh MARA meliputi modal untuk pembersihan dan penyelenggaraan ladang, penyediaan kolam dan sangkar ikan, penyediaan untuk membina dan menyelenggara kawasan serta tempat penternakan, benih dan baka dan sebaginya serta peralatan jentera dan modal pusingan.
Pihak MARA juga telah menetapkan jaminan dan juga cagaran kepadan anda yang ingin membuat pinjaman. Antara jaminan yang diterima dan telah disyaratkan oleh MARA adalah seperti:
  • Jaminan Orang Perseorangan atau Bermajikan
  • Jaminan dan cagaran ini adalah diberikan kepasa kakitangan sektor awam dan juga kakitangan sektor swasta yang berkelayakan dan tidak bersih daripada senarai hitam mana-mana bank.
  • Selain itu tanah yang dimiliki perlulah bebas dari sekatan, milik sendiri atau milik ibu bapa atau saudara.
  • Gabungan penjamin dan tanah juga diterima. Manakala untuk jaminan tambahan pula, adalah berkaitan dengan Jaminan Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sdn. Bhd. Surat Ikatan Serahak bagi Pembiayaan Kontrak dan Perjanjiaan Debenture bagi Pembiayaan RM250,001 dan ke atas.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai skim pinjaman yang ditawarkan oleh MARA ini bolehlah mendapatkan borang permohonan pembiayaan perniagaan di pejabat mara daerah atau negeri yang berhampiran dengan anda atau datang sendiri ke ibu pejabat mara beralamat seperti di bawah :
Pengarah MARA
Negeri Wilayah Persekutuan
Aras 1-4, Wisma Koperasi No 1
Lorong Medan Tuanku 1
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03- 26927820
Faks: 03- 26970731

________________________________________________________________________
SKIM BELIA NIAGA

Skim Belia Niaga yang diuruskan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) telah menyalurkan dana sebanyak RM32.91 juta kepada 926 belia sebelum skim tersebut dibekukan pada 2010.

Post a Comment