Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga semunya dalam keadaan ceria-ceria dan gembira selalu hendaknya.
Hari ini saya ingin berbicara tentang penyediaan makanan yang dikatakan sedap, enak dan pasti teruja. Kebanyakan peniaga pasar malam terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan negeri yang berlainan maka dengan itu rasa masakan pastinya pelbagai macam dan jenis yang bermain di bibir pelanggan..
Namun setelah saya meneliti dari pelbagai sudut dan aspek makanan kegemaran dan kesedapan biasanya akan di monopoli oleh peniaga dikalangan orang yang berasal dari Negeri Pulau Pinang kerana kebanyakan peniaga dari negeri ini pandai memasak dan cara masakan mereka juga amat berbeza sekali dari lain-lain negeri.
Kerana itu lah apabila seseorang lelaki yang berasal dari Negeri Pulau Pinang berkahwin dengan pasangan dari luar Pulau Pinang kebiasaanya berlaku percanggahan dari segi makanan .Wanita dari negeri lain amat sukar untuk belajar tambahan pulak yang malas ...maka si suami pasti akan berusaha mendapatkan makanan asal negeri beliau walaupun terpaksa membelinya.
Sebagai contoh anda pasti pernah ke pasar malam dan banyak juadah di anda lihat namun jika tertulis bihunsup Utara, laksa Penang dan pelbagai juadah yang menyebut Utara atau Penang pastinya menarik perhatian anda. Termasuk juga Pasar Malam atau Kedai makan di luar Pulau Pinang. Apatah lagi jika peniaga tersebut berasal dari Jelutung, Pulau Pinang. Nama Jelutung amat terkenal di Pulau Pinang kerana kebanyakan makanan dan juadah yang amat sedap dihasilkan oleh penduduk di sini yang sememangnya mahir dalam masakan semenjak mereka kecil lagi atau seawal usia 10 tahun. Mereka ini telah dididik oleh ibu sejak kecil kerana Orang Jelutung amat mementingkan masakan kepada keluarga dan air tangan isteri amat penting bagi orang Jelutung.
kemudian masakan dan juadah mereka telah dikembangkan ke gerai-gerai makan termasuk ke hotel-hotel bertaraf 5 hingga 6 bintang. Bila mana disebut sahaja masakan Mami Penang sudah pastinya tidak akan ada orang mempertikaikan lagi...
Begitu juga dengan masakan Aree Bihun Sup Ex-Service yang 100% bahan dan ramuannya telah di hasilkan turun temurun dan rasa serta keenakanya amat berbeza sekali dengan lain-lain jenama bihunsup dalam pasar malam sekitar Pulau Pinang. Kiranya anda masih kurang yakin atau pasti sila datang bertandang ke Pasar Malam yang menyediakan Aree Bihun Sup Ex-Service. Saya pasti sekali anda pekena anda nak lagi dan lagi dan lagi......
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI
No comments :
Post a Comment