nuffnang1

.:)

Feb 7, 2013

Dasar Pekerjaan, Etika Dan Tatasusila Serta Adab

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua peminat blog pasar malam yang amat saya hormati dan sayangi, semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat.

                                                

Tajuk entri kita pada hari ini menarik dan amat menarik saya rasakan, apabila isteri saya pernah bercerita berkaitan perkara dan situasi serta keadaan semasa ...di tempat kerja beliau . Tapi bagi saya apa sahaja berlaku di tempat kerja tak kira di mana sahaja kita bekerja samada di pasar malam, Jabatan kerajaan atau pun swasta perlulah adanya sifat-sifat murni dalam diri kita sendiri.

Tidak perlu kita menunding jari kepada orang lain sedangkan kita sendiri menghadapi masalah moral yang amat teruk .. mungkin pada pendapat sesetengah individu diri beliau cukup hebat namun pada pandangan umum beliau hanyalah seorang picisan yang terlalu dangkal pada apa ungkapan yang beliau ungkapkan namun disebabkan sifat dalam diri beliau maka beliau tidak nampak itu semua.

Begitu juga dengan perniagaan pasar malam kita sendiri, mungki kita rasa perniagaan kita sudah cukup hebat apabila kita dapat meraih pendapatan yang lumayan setiap hari dan kita alpa dengan keuntungan tersebut sehinggalah satu hari kita mulai menjunam sedikit demi sedikit. Oleh itu sikap dan sifat dalam diri perlu kita kikis agar menjadi positif.

Keadaan ini berlaku di mana sahaja samada sektor pendidikan , ketenteraan, perkhidmatan, kepolisan, perbankan, Jabatan Agama . perkilangan atau apa sahaja sektor pekerjaan, semuanya tidak lari dari garis panduan etika pekerjaan yang telah pun ditetapkan samada dari segi undang-undang mahupun agama lantaran itu individu yang terlibat perlu peka dalam menangani isu atau keadaan yang berlaku di sekeliling beliau, Dalam soal pekerjaan tidak seharusnya berlaku sifat mengadu domba atau fitnah memfitnah dan membawa mulut ke hulu ke hilir tanpa mengetahui perkara sebenar.  Walaupun apa bila kita mengetahui apa sahaja yang berlaku sepatutnya tidak perlulah kita menceritakan kepada orang lain..apa yang patut kita laukan adalah jaga diri dan keluarga serta rumahtangga kita agar sentiasa di berkati.

                                  

Dalam soal hubungan sahabat , rakan dan taulan hal-hal sensitiviti tidak perlu di gembar-gemburkan ...adakalanya sesorang itu mempunyai kelulusan agama yang cukup tinggi setinggi gunung Himalaya namun dalam soal etika kemanusiaan beliau terlalu dangkal dan cetek secetek ceteknya tanpa menyedari tiap patah perkataan yang diungkapkan mendatangkan keburukan ....bayangkan jika seorang yang berstatus Ustazah yang sanggup mengherdik suami sendiri ..maka di sini di manakah kredibiliti serta sifat keustazahan itu...dengan secara automatik nilai dan ijazah setinggi gunung Himalaya itu terus di pandang hina oleh masyarakat......

Konklusinya apa yang di bicarakan di atas mempunyai motif dan kebenaran yang hakiki serta terjadi dalam kehidupan sebenar bagi semua bidang pekerjaan yang telah di nayatakanm, maka seharusnya lah kita sebagai seorang peniaga pasar malam dan rakan seperjuangan mengambil ikhtibar pada persekitaran kita supaya kejadian-kejadian sebegini tidak berlaku di lokasi perniagaan kita... semuanya adalah untuk keharmonian dan kesejahteraan kita sebagai peniaga pasar malam...agar kita dan kawan-kawan tidak bermasam muka serta syak wasangka.

Selamat beramal dan renung-renungkan....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DISKAUN 10% BUAT GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

No comments :