nuffnang1

.:)

Feb 8, 2013

Aku Bos Engkau Bos ?????

Salam dan selamat sejahtera, posting ini agak sedikit keras namun mempunyai pengertian yang agak mendalam dari erti kata sebenarnya. Situasi ini banyak menghantui peniaga-peniaga pasar malam yang mempunyai pekerja atau pembantu dan jangan sekali-kali menggunakan perkataan KULI.


                                         
Sering saya terdengar rungutan tuan punya perniagaan yang terpaksa akur dengan kehendak pekerja mereka  dalam pelbagai hal dan sudut. Bertuahlah pekerja tersebut jika bosnya seorang yang memahami dan bersikap terbuka tetapi malang lah andainya bos tersebut tidak begitu dan mempunyai sikap yang tegas....pengertian tegas adalah seorang bos yang mempunyai sikap yang tidak boleh di permainkan,  bukannya garang .

Masalah pekerja yang terlalu pandai membuat peraturan sendiri bukannya soal baru dalam dunia perniagaan , tidak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan samada di pasar malam atau dikedai samada besar atau kecil. Selagi mempunyai pekerja , selagi itulah pelbagai ragam dan kerenah mereka terpaksa di hadapi oleh tauke atau bos-bos.

Persoalannya bagaimana untuk kita menangani pekerja-pekerja sebegini rupa? Adakah dengan bertindak membuang mereka dari pekerjaan tersebut?....

Salah satu dari masalah yang sering timbul adalah perkerja tersebut menentapkan syarat hari bekerja menurut kehendaknya sendiri. Adakah ini wajar bagi seorang tauke untuk menerimanya. Sebagai contoh setiap hari minggu ( ahad ) atau hari kelepasan am pekerja tersebut ingin bercuti. Bagaimana anda mengatasi masalah sebegini!!!!
Perlukah diturutkan ??????

Baiklah saya akan memberi ulasan berkenaan permasalahan ini pada posting akan datang, jadi jangan kemana-mana , nantikan ulasan saya untuk menjawab segala masalah anda......

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI DI SINI 

No comments :