nuffnang1

.:)

Aug 5, 2012

Bazaar Ramadan Bandar Perda Siri 2

Salam dan selamat sejahtera...hari ini masuk hari yang ke-16 seluruh umat Islam melaksanakan ibadat Puasa di bulan ramadan dan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita menyambut 1 Syawal....



AREE BIHUNSUP EX-SERVICE

Namun apa yang ingin saya perkatakan hari ini adalah berkaitan peniaga Bazaar Ramadan Bandar Perda yang semakin hari semakin menghilangkan diri dan yang tinggal hanya meja kosong serta tapak sahaja tanpa ada barang jualan... rasanya mungkin benar apa yang pernah saya cakapkan pada siri pertama Bazaar Ramadan Bandar Perda yang di kerumuni peniaga yang ingin mengambil borang sehinggakan dalam masa 2 hari borang habis di edarkan...dan inilah padahnya yang di alami bila mana indah khabar dari rupa dan tak sampai 29 hari dah mula mengalah dek perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang di rancang...

Saya sekadar simpati kepada mereka yang mengalah terlalu awal dan saya lebih-lebih bersimpati lagi kepada peniaga yang sememangnya setiap tahun berniaga di Bazaar ini tetapi tidak mendapat borang akibat kerakusan peniaga bermusim yang mengambil borang sekadar untuk berniaga di bulan ramadan tetapi lari akibat kegagalan dalam perniagaan dan bagaimana pulak nasib peniaga yang memang mencari makan hanya dengan berniaga namun gagal mendapat borang....inilah akibatnya hanya mendengar cerita dari mulut orang yang mengatakan Bazaar Ramadan Perda memang hebat tanpa usul periksa...walhal kehebatan Bazaar Ramadan Perda hanya pada besarnya saiz dan banyaknya tapak sahaja tetapi tidak dari segi jualan. Jika peniaga yang sedia ada adalah di kalangan mereka-mereka yang sememangnya mencari makan dari perniagaan mereka ini pasti akan tunggu sehingga tamatnya Ramadan atau sekurang-kurangnya sehingga Ramadan yang ke-27 atau ke-28 baru mereka akan angkat kaki.

Oleh itu saya menasihatkan agar pada tahun-tahun yang mendatang sila kaji dahulu dan saya tidak bermaksud menyekat mana-mana orang perseorangan yang ingin berniaga tetapi kasihan kepada peniaga yang sedia ada kerana gagal mendapat borang .

Andainya cadangan dan teguran saya ada yang terasa , saya mohon kemaafaan kerana ini sekadar pandangan bagi membela nasib kawan-kawan yang gagal dalam mendapatkan borang agar nasib mereka terbela....fikir dan renung-renung....serta SELAMAT BERAMALLL.....

DI SINI ....SEGERA SJANGAN LUPA TINGKATKAN JUALAN BAZAAR RAMADAN ANDA DENGAN PANDUAN EBOOK YANG PENUH INFORMASI ELAGI STOK MASIH ADA.. 

No comments :