nuffnang1

.:)

Aug 20, 2012

Berakhir Ramadan 1433 Hijrah Dan Muncul Syawal Bazaar Ramadan Bandar Perda

Selamat Hari Raya buat semua peminat Blog Pasar Malam ini yang rasanya semua sudah pun berada di Kampung Halaman Masing-masing dengan sanak saudara dan harapan saya semuanya berbahagia hendaknya.



Bagi peniaga yang berjaya meraih keuntungan yang banyak seperti yang di harapkan pasti hari raya tahun ini amat bermakna dan pasti berbelanja habis habisan huhuhu, namun bagi peniaga yang gagal mencapai target pastinya sedikit terkilan dan berduka kerana Raya Tahun ini sedikit suram dan terpaksa memikirkan bagaimana nak top up modal untuk kembali berniaga dalam seminggu lagi kerana rata-rata peniaga makanan hanya akan bercuti dalam 3 ke 4 hari sahaja sebelum memulakan kembali perniagaan Pasar Malam.

Kekalutan di UP TOWN Bandar Perda juga sudah tamat dan kesesakkan jalan kembali normal seperti sedia kala dan berlaku sedikit kekecohan pada Malam terakhir ( malam raya) kerana berlaku sedikit pergaduhan dalam 2 pagi sehingga menyebabkan 2 petrol car polis terpaksa di panggil...

Tahun ini saya mengalami sedikit kerugian di Bazaar Ramadan Bandar Perda yang sebelum ini belum pernah saya alami dan saya pasti akan membuat post mortem akibat kerugian ini yang mana sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan saya dan saya gagal sama sekali mendapatkan keuntungan seperti yang di harapkan...dan saya sendiri kurang pasti sebab musababnya....

Banyak faktor yang saya kenal pasti dan saya akan meninjau Bazaar Ramadan di  tempat lain dengan bertanya kepada kawan-kawan yang berniaga di Bazaar Ramadan seperti Taman Ciku, Taman Pauh, Ban Busuk, Permatang Pauh, Bautterworth dan sekitar kawasan yang berdekatan bagi mencari feed back untuk persiapan pada tahun hadapan kerana saya mungkin tidak akan berniaga lagi di Bazaar Ramadan Bandar Perda yang saya rasa semakin tahun semakin merudum jumlah jualan akibat terlampau banyak tapak niaga di buka oleh pihak penganjur.

Dan saya harap situasi perniaagaan tahun ini akan menjadi iktibar bagi peniaga yang terlalu berebut-rebut untuk mendapatkan tapak pada tahun hadapan....

PASAR MALAM ANDA DAPATKAN EBOOK DI SINI SELAGI STOK  ADA ,CEPAT CEPAT  

No comments :