nuffnang1

.:)

Jul 31, 2012

Selamat Hari Pahlawan

Salam dan selamat sejahtera buat semua yang masih sudi dan setia mengunjungi blog Pasar Malam ini dan saya doakan agar anda sentiasa beroleh rahmat dan hidayah dari Allah sepanjang bulan Ramadan ini..


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Pahlawan buat wira-wira negara yang yang telah mengorbankan jiwa dan raga untuk mempertahankan negara ini dan demi Bangsa , Agama dan Negara...

Pagi tadi luluh dan sedeyyyy sangat hati ini bila melihat upacara sambutan yang di adakan di dataran Merdeka semperna sambutan Hari Pahlawan yang di atur penuh rapi dan sangat menyayat hati bila mengenangkan bagaimana perjuangan anggota tentera , polis serta pasukan keselamatan pada zaman penjajah dan selepas merdeka yang mereka terpaksa korban segalanya demi mempertahankan sebuah Negara yang menjadi tanah tumpah darah kita bangsa Melayu..

Ucapan-ucapan veteran seperti Kanang Anak langkau amat memukau hati saya dan selaku bekas anggota tentera saya juga terpaku dengan apa yang pernah di alami oleh Dato' Kanang yang tidak pernah kami alami sepanjang perkhidmatan dulu...dan era keganasan Komunis amat menyayat hati...walaupun saya sendiri pernah mengalami Operasi Hutan namun tidak lah sehebat Dato' Kanang yang sentiasa di hujani peluru dan jerangkap samar...

Saya sudahi posting kali ini dengan TABIK SPRINGGGGGG buat semua warga Tentera di era 90an ke bawah kerana mereka inilah sebenarnya WIRA yang tidak pernah di dendang....semoga Allah mencucuri rahmat kepada yang telah tiada....AL-FATIHAH....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA PADA HARGA DISKAUN BAGI PESARA TENTERA SEKARANG..

No comments :