nuffnang1

.:)

Jul 15, 2012

Demam Bazaar Ramadan Bandar Baru Perda

Salam dan selamat sejahtera, mohon maaf banyak-banyak kepada anda semua kerana rasanya dah hampir 3 minggu saya tidak membuat sebarang posting dalam blog Pasar Malam ini dan pastinya ramai yang tertanya-tanya kemana geranganya saya menghilangkan diri ...

Sebenarnya dah hampir 3 minggu jugak lah saya langsung tak on laptop , cuma hanya menggunakan Tablet sahaja untuk menerima sebarang maklumat terkini di sebabkan kesibaukkan yang agak melampau , almaklum lah membuat persiapan Bazaar Ramadan...Hari ini saya masih lagi ingin berbicara soal Bazaar Ramadan yang semakin hampir dan betapa agak meriahnya Bazaar Ramadan Di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam , Seberang Perai, Pulau Pinang...huhhhh panjangnya he he hehe...

Tahun ini nampak gayanya Bazaar Ramadan yang mendapat sambutan dari segi perbutan tapak sememangnya di Bandar Perda tetapi adakah ianya memberi pulangan hasil penjualan nanti yang amat memberangsangkan atau sekadar indah khabar dari rupa seperti tahun tahun yang lalu, inilah yang bakal di alami oleh peniaga Bazaar Ramadan Perda nanti kerana pada tahun ini rata-rata peniaga yang berebut mengambil tapak bukanya dari komuniti peniaga tahun-tahun yang lalu tetapi kebanyakkannya dari luar yang mendengar khabar betapa hebatnya Bazaar Ramadan Bandar Perda dari cakap-cakap orang ...

Kehebatan Up Town Perda juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan Bazaar Ramadan Perda menjadi terkenal di setiap pelusuk Pulau Pinang dan tidak keterlaluan kalau saya katakan sehingga ke Kuala Lumpur pun ramai yang mengetahui kehebatan Up Town Perda...namun bagaimana pula dengan kehebatan Bazaar Ramadan Perda..adakah di kenali sebagaimana Up Town dan adakah segalanya seindah yang di khabarkan...

Pada tahun ini sebanyak 200 tapak telah di sediakan oleh Pihak Penganjur iaitu Skretariat Masjid Daerah Seberang perai Utara....dan merupaka satu-satunya Bazaar Ramadan yang berlokasikan di dalam kawasan Masjid....walaupun begitu pihak pengurusan telah pun meletak pengawas-pengawas bagi mengawasi pengunjung yang berpakaian kurang sopan....dan mereka yang berpakaian kurang sopan tidak di benarkan memasuki kawasan perniaagaan ini..

Segala kemudahan prasarana di sediakan secukupnya oleh pihak penganjur dan peniaga di ingatkan agar menjaga kebersihan kawasan perniaagaan dan juga kebersihan penyediaan makanan.

Pengundian tapak telah pun selesai di jalankan pada hari sabtu (14 Julai 2012) jam 10 pagi dan semuanya berlalu dengan lancar tanpa ada sebarang percanggahan pendapat.

Saya akan memberi feed back ataupun testimoni berkaitan jualan Bazaar Ramadan tahun ini setelah sebulan berlangsungnya perniagaan yang menjadi rebutan hangat di Pulau Pinang ini....Bagi mereka-mereka yang masih baru dan yang baru nak mulakan perniagaan Bazaar Ramadan jangan rasa malu atau segan silu untuk mendapatkan ebook yang pebuh maklumat di EBOOK TIP PERNIAGAAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN dengan Klik link di bawah:>>>>>>> EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE 

DAPATKAN EBOOK PERNIAGAAN BAZAAR RAMADAN ANDA DI SINI DENGAN SEGERA . STOK TERHAD

2 comments :

Yunus Badawi said...

Salam.

Saya tak pernah lagi ke Bazaar Ramadan Bandar Baru Perda tu. Dulu kalau saya ada tugasan di Seberang Perai biasanya saya berbuka dgn rakan2 termasuk dari MPSP di hotel saja.

Aree Tone WoW said...

wsalam, kalau tuan datang..sila lah berkunjung ke sini..Bazaar Ramadan yang terbesar di Seberang Perai, Pulau Pinang...