nuffnang1

.:)

Jun 25, 2012

Bazaar Ramadan Bandar Perda

Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat..... lama jugak saya sendiri tak masuk ke blog ini di sebabkan kesibukkan yang amat ketara dalam seminggu dua ini.



Dalam kesibukan menjalankan perniagaan Pasar Malam saya sedikit cuai dalam memastikan tapak Bazaar Ramadan yang biasanya saya menjalankan perniagaan pada bulan puasa di Bazaar Ramadan Bandar Perda. Borang keluar pada hari selasa 19hb Jun 2012 tetapi borang habis 2 hari kemudian pada 21hb Jun 2012. Perkara ini amat memeranjatkan saya dan rakan-rakan yang lain kerana terlampau cepat borang habis..dan saya sendiri pun tidak sempat mengambil borang..

Memang saya akui perkara ini juga menyebabkan saya menjadi runsing risau di mana untuk saya berniaga bulan ramadan nanti, namun saya telah pun berjumpa pihak pengurusan masjid iaitu Ustaz Hj Azmi dan beliau telah memasukan nama saya pada senarai menunggu dan insyallah akan ada tapak untuk saya menjalankan perniagaan nanti kerana saya telah mula berniaga di bazaar ramadan bandar perda sejak 11 tahun yang lalu tanpa pernah berhenti. Semoga kawan-kawan lain juga mendoakan agar saya dapat tapak tersebut nanti.

Kebanyakkan yang mengambil borang pada tahun ini di kenal pasti dari kalangan orang luar yang sebelum ini berniaga di Seberang Jaya dan kawasan sekitar yang mereka kenal pasti mengalami kejatuhan dalam perniagaan pada tahun lepas  justeru itu maka mereka pun berpusu-pusu mengambil borang untuk tapak Bazaar Ramadan di Perda pada kali ini....yang negatifnya adalah peniaga yang bertapak di sini sejak sekian lama berputih mata namun apa yang mampu kami katakan ....segalanya kuasa di pegang oleh pihak pengurusan Masjid.. kami hanya mampu akur dengan keputusan mereka....

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM ANDA DALAM SATU PAKEJ DISINI SEGERA

1 comment :

samad said...

Insyaalah saya yakin tuan akan dapat tapak tahun ini. aminnn