nuffnang1

.:)

Jun 7, 2012

Penampilan, Keterampilan Dan Gaya

Salam dan selamat sejahtera kepada anda semua dan selamat kembali ke Blog yang penuh informasi mendekati peniaga-peniaga Pasar Malam serta maklumat terkini perkembangan The Silent Pasar Malam Blog.



Hari ini kita akan berbicara persepsi dari kaca mata pelanggan terhadap peniaga pasar malam dan apa yang terpikir oleh pelanggan tentang individu yang bernama peniaga pasar malam yang meliputi pelbagai aspek dan sudut.

Saya sendiri bertanya dan cuba mendapatkan feed back dari kebanyakkan pelanggan yang berbeza taraf hidup mereka dan ada yang positif dan negatif namun disini bukan untuk kita pertikaikan tetapi sekadar untuk maklumat kita sebagai peniaga pasar malam dan mungkin kita akan dapat memperbaiki lagi sistem dan cara perniagaan kita bagi meningkatkan pendapatan harian dan bulanan kita...insyallah.......

Maklum  balas yang paling banyak saya terima dan rasaanya hampir 70% pelanggan memandang adalah dari segi pemakaian dan kebersihan peniaga itu sendiri, bukanya memakai apron atau tidak tetapi penampilan diri peniaga iaitu pakaian yang mereka pakai semasa berniaga termasuk pekerja-pekerja , dan semua ini amat penting bagi peniaga yang menjual makanan . Kalau jual ikan atau barang basah itu tak di kira pakai ...huhuhuhu.

Sesuatu perkara atau daya tarikkan pelanggan untuk mendekati gerai perniagaan kita adalah " Pandangan Pertama" kerana dari mata jatuhnya ke hati begitulah perumpamaanya. Dari jauh pelanggan akan melihat kecantikkan gerai , kekemasan pakaian diri peniaga itu sendiri termasuk pekerja mereka selain dari makan yang sedap. Tidak semestinya memakai pakaian yang mahal tetapi cukuplah sekadar bersih dan kemas serta terurus. Haruslah di ingat sekarang ini kebanyakkan pengunjung dan pembeli pasar malam datangnya dari pelbagai lapisan masyarakat , mungkin kita lihat pengunjung pasar malam terlalu ramai namun pembeli amat kurang dan bezakan dengan gerai kita dan gerai sahabat-sahabat bersebelahan kita....pastinya ada banyak perbezaan yang ketara dari segi jualan. Janganlah kita bersikap irihati sekiranya gerai kita tidak ramai yang datang membeli tetapi cuba tanamkan sifat positif dalam diri kita sendiri dan cuba lakukan pembetulan di mana silap dan salah kita, terima teguran demi kemajuan perniagaan kita bukanya melenting dengan komen pelanggan. Sikap melenting dan menunjukkan muka yang marah pada pelanggan hanya akan merugikan kita sendiri.

Bagi peniaga yang mempunyai pekerja , jangan takut untuk membuat teguran kepada pekerja jika mereka melakukan kesalahan ..... namun teguran yang di buat itu perlulah berhemah tanpa mengguris perasaan pekerja kita....anda juga mungkin seorang peniaga yang banyak pengalaman dan tidak perlu saya huraikan cara dan teknik menegus pekerja sendiri...tepuk dada tanya selera.



Perkara yang di ambil berat oleh pelanggan juga adalah berkaitan peniaga pasar malam yang mempunyai anak kecil . Dan mereka bawa bersama berniaga di mana peniaga akan membawa sekali buaian untuk di letakkan anak kecil tersebut semasa kanak-kanak tersebut ingin tidur dan sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku...ini pandangan pelanggan yang pernah saya ajukan soalan. Meraka merasa simpati kepada peniaga sebegini namun simpati ini bukanlah satu peluang untuk mereka berjaya menjual barangan mereka.

Perkara di atas merupakan serba sedikit pandangan dari pelanggan-pelanggan yang pernah berkunjung ke gerai saya dan semoga apa yang telah di sampaikan akan dapat anda laku sedikit perubahan bagi meledakkan perniagaan  pasar malam anda ... dan orang yang suka melakukan perubahan dan percubaan biasanya mereka inilah yang akan berjaya...insyaallah....SELAMAT BERAMALLLLLL..

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI DI SINI SEGERA

No comments :