Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Aug 24, 2011
Ramadan Ke 24...Boosterrrr Injection...
Salam dan selamat sejahtera....hari ini segalanya menjadi suram dan entah lah kekadang janji hanya tinggal janji...
Perbincangan dengan Pegawai bahagian Sampah MPSP masih lagi tinggal janji..nak berniaga petang tadi pun hilang mood...mmmm sakit hati pun ada...dah nak masuk satu bulan dah janji mereka nak hilangkan tapak sampah di Pasar Malam Mengkuang. Nampaknya sampai sekarang masih lagi gagal...janji manis yang di taburkan masih tidak di tunaikan..mungkin inikah nasib peniaga Pasar Malam...
Namun apa-apa pun saya tetap akan berusaha sedaya upaya agar sesuatu dapat di laksanakan..patang tadi saya dah pun talipon JKKK Kuala Mengkuan bertanyakan hal ini..namun jawapan yang saya terima amat mendukacitakan..sedih bercampur geram..namun saya perlu bertindak bijak dan bukan dengan emosi.
Esok petang saya akan panjat pejabat MPSP Bandar Perda untuk bersemuka sendiri dengan Pegawai yang bertanggungjawab agar perkara ini dapat di selesaikan dengan baik, memandangkan hanya tinggal satu minggu sahaja lagi Ramadan akan meninggalkan kita dan Syawal pasti menjelma ..di mana saya akan mulakan perniagaan Pasar Malam selepas cuti seminggu berhari raya....saya di jangka memulakan perniagaan Pasar Malam pada 6hb September... .
Harapan dan doa saya segalanya dapat di selesaikan dengan baik dan tanpa ada sebarang sakit hati atau dendam..Insyaallah..
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN SEGERA SEMENTARA MASIH ADA STOK
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment