nuffnang1

.:)

Mar 7, 2011

Kelemahan Dari Segi Minda


Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...kini Bulan Mac sudah menjelma dan masa tidak akan menunggu kita, masa adalah masa dan sentiasa bergerak menuju pada hari esok..kita lah yang perlu mengejar masa ..dan masa bukan menunggu kita.

Walau apa pun kegagalan yang anda tempuhi anda harus akur dan terus tabah menghadapinya dan jangan sekali kali meletakan atau menyandarkan kegagalan atau kekecewaan itu buat selama nya. Hari ini anda gagal tak semestinya anda akan gagal buat selamanya.

Hari ini anda kecewa dek kegagalan dalam sesuatu hubungan tidak bermakna anda akan terus gagal dalam hubungan yang mendatang justeru itu cari lah dan cari lah sehingga anda betul betul bertemu dengan apa yang anda harapkan...walaupun amat payah dan sukar untuk anda tempuhi dan realisasikannya...
Post a Comment