nuffnang1

.:)

Aug 17, 2009

Pengundian Tapak Bazaar Ramadan Tahun 2009


Salam..selesai lah sudah masa yang di tunggu tunggu pada hari ni setelah pengundian tapak bazaar Ramadan untuk tahun 2009 selamat petang tadi. Suasana mungkin ada sedikit tegang disebabkan pentadbiran Masjid Perda yang baru dan mungkin mereka sedikit kurang arif dengan perniagaan Bazaar Ramadan.

Namun segalanya telah dapat di selesaikan dengan baik...walaupun mungkin ada antaranya yang masih kurang berpuas hati kerana kalau nak puaskan hati semua orang itu agak mustahil...

Pada tahun ini saya dapat no tapak dari 98, 99, 100 dan 101..dan tapak ini agak kebelakang...dan tapak di belakang ni mungkin ada sedikit kerugiannya coz untuk menghasilkan jualan di awalnya agak sukar kerana pengunjung masih kurang dalam sekitar jam 4 patang...tapi bila masuk jam 5 ke atas tak jadi masalah...namun saya redha semuanya...

Saya hanya perlu tukarkan teknik perniagaan saya dengan teknik " BREAK OUT " dan insyallah akan berkesan...
Post a Comment