nuffnang1

.:)

Dec 3, 2008

Pembahagian Lot Tapak Pasar Malam Alma (Rabu)

Salam...pertama sekali saya mohon maaf kerana sepatutnya saya publishkan story tentang pembahagian tapak baru di Alma semalam..tetapi bila balik jer dari berniaga semalam seluruh badan cam rasa lumpuh dan tak bermaya..almaklum ler saya sebagai wakil peniaga terlibat dengan pembahagian tapak tu...penat..sampai rumah jer malam tadi terus ""BUMMMM" lena ler apa lagi..he he he...!!!!

Pembahagian tapak semalam hampir mencetuskan sedikit kekecohan dan ketegangan dan perkara ni memang saya dah agak dah akan berlaku coz cam biasa la, bukan disitu jer..mana-mana pembahagian tapak baru pun akan ada yang pro dan kontra...rugi betul la semalam saya tak bawa kamera untuk snap pic..kalau tidak pastinya anda boleh lihat kekecohan tu he he ...tapi tidak ler sampai berlaku sesuatu yang tidak di ingini......pada awalnya saya terlewat datang coz saya banyak urusan walaupun telah di maklumkan oleh Pak Ya untuk datang awal, bila saya sampai ingatkan dah settle rupanya masih lagi dalam keadaan tegang...

Rupanya peniaga ni dah terbahagi kepada 2 puak yang pro dan kontra ...yang pro tu hanya mengikut dan akur pada arahan penganjur untuk berniaga pada lot di atas...grand stand he he he..hebat..mana pernah ada pasar malam dalam Malaysia ni 2 tingkat...anda hanya boleh dapatinya di Alma, Bukit Mertajam, S.Perai jer..Ini semua adalah berkat dan daya usaha Pak Ya n the gang serta kebaikan pihak Majlis Perbandaran S.Perai terutamanya Pengarah Perlesenan, Tuan Syed dan En Wahid...thank a lot...ok berkisar tentang yang kontra plak ni mereka punyai pelbagai alasan dengan mengatakan jika hujan susah ler dan sikap ketidak adilan penganjur terhadap peniaga Melayu yang perlu menggunakan payung di bahagian atas....saya cuba mententeramkan golongan ni dan alhamdulillah ada yang bersetuju.........

Lepas tu saya himpunkan semuanya sekali dan saya suruh Pak Ya ceritakan sebab musababnya kenapa peniaga makanan perlu di tempatkan pada bahagian atas...dalam penerangan Pak Ya tu..memang ada logik dan bernasnya....coz kata Pak Ya...kalau makanan di letakkan dibawah memang akan ada masalah sebab semuanya menggunakan generator dan mungkin ada dalam 40 generator lepas tu pastinya asap akan berkepul-kepul keluar ...cam mana ...tu tak termasuk lagi ngan asap satay dan asap barang-barang makanan yg di masak disitu....fuh alasan yang cukup logik dan saya sokong 200%..he he he...Yang bagi alasan kalau hujan susah ler..customer susah ler nak naik atas di balas oleh sesetengah peniaga dengan kata-kata begini " KITA PENIAGA PASAR MALAM NI MEMANG DAH BERNIAGA KAT TEPI JALAN DAN HUJAN TU PERKARA BIASA LA??? KALAU TAK MAU KENA HUJAN ...PI CARI KEDAI DOK DALAM KEDAI????"" kemudian disambut dengan gelak tawa memerli Pak Long Kueh yang menimbulkan usul ni....Pak Long Kueh ni umur dah 63 saya rasakan tapi masih lagi mai berniaga....pasal tu kami dok cerita kalau usia cam ni lebih baik duduk kat rumah jer....he he he ...ni kes anak-anak tak bantu ler kot...he he he....

Satu lagi yang protes kuat bihun sup Kulim....tak nak ler saya mention siapa nama dia...tapi bukan saya he he he...saya AREE BIHUN SUP EXT SERVICE...Saya penyokong kuat Pak Ya ..he he mamat ni lagi dahsyat ..ada ker patut dia ajak boikot...ni ler yang kita katakan mulut tak der insuran dan cakap ikut sedap mulut jer....kalau tak niaga nak makan apa...argghhh lantak dia ler nak niaga ker tak nak ker..yang penting majoriti dah bersetuju...semalam semasa saya dalam proses mendaftar nombor-nombor petak Lot pun dia tak datang jumpa saya...marah ler tu...siapa yang rugi...sediri la rugi beb...sendiri mau ingatlah , terima hakikat dan kenyataan bahawa telah ada perubahan dalam struktur dan organisasi kini....cuba buangkan fikiran sempit ...kerana seorang peniaga tidak harus mencampur adukkan politik dan perniagaan ....apa yang penting kita boleh berniaga walau siapa pun perintah..betul tak....

Namun cerita semalam dah pun selesai dan kini saya masih berdebar-debar nak hadapi situasi pada hari ini plak 3/12/08 (Rabu)...yang mana kami akan memulakan perniagaan di Lot Grand Stand ..tak tau ler saya apa pulak cerita hari ni...dan saya pasti perkara sama akan berulang coz tak semua peniaga makanan yang daftar semalam atas alasan kesibukan berniaga di lokasi tapak pasar malam lain semalam...pastinya hari ini akan timbul rasa tidak puas hati dengan Lot yang akan mereka dapat coz tapak hadapan semua dah full house..dan yang tinggal hanya kat belakang jer lagi...apa-apa pun saya doakan agar semuanya berjalan lancar dan selamat dan semoga Allah jauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini dari berlaku....insyallah...

Hari ni saya akan cuba dapatkan pic lokasi perniagaan kami untuk hari Rabu dan saya akan uploadkan buat tatapan umum......doakan kesejahteraan dan kesuksesan kami berniaga hari ni dan satu lagi moga customer tetap datang walaupun lokasi sedikit terlindung dari pandangan awam...


DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG

No comments :