nuffnang1

.:)

Dec 18, 2008

Hari Yang Sesuai Bercuti

Salam....semoga anda semua sihat..maafkan saya coz sejak kebelakangan ini jarang-jarang sekali saya buat posting kat sini...almaklum sibuk skit sekarang ni sejak menambahkan lagi biz baru...yang masih dalam peringkat permulaan .

Ok hari ini saya nak kongsikan dengan anda ...hari yang amat sesuai untuk anda bercuti panjang dari berniaga di Pasar Malam setelah hampir 1 tahun berpenat lelah mengharungi pahit dan getir perjalanan perniagaan anda....anda perlu menghitung dan membuat perkiraan dalam segala perancangan anda...buat masa sekarang pertengahan bulan Disember ni memang amat sesuai sekali untuk anda bercuti panjang dalam seminggu cam tu untuk bawa family pergi vacation..tak kira ler kemana saja...

Kenapa saya pilih pertengahan bulan Disember...ini kerana dalam pertengahan Disember ni kebanyakkan orang akan lebih berjimat cermat atau bercuti balik kampung sempena cuti sekolah yang panjang dan juga sedang berjimat cermat untuk membuat persiapan untuk anak-anak bersekolah pada Januari nanti...maklum ler nak beli macam-macam, baju sekolah, buku dan pelbagai lagi peralatan persiapan semasa buka sekolah nanti..justeru itulah saya memilih pertengahan Disember untuk bercuti...

Macam saya sendiri, esok saya akan terbang ke Negara China bersama family....selama 1 minggu..dan akan kembali minggu hadapan....semoga percutian anda akan membawa kebahagiaan....selamat bercuti....salam..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM PERCUMA ANDA DISINI SEKARANG...

No comments :