nuffnang1

.:)

Dec 8, 2008

Khabar Angin Rombakkan Pasar Malam 2 Tingkat Alma

Salam, saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua peminat blog The Silent Pasar Malam Billionaire dan seluruh warga malaysia serta penganut agama Islam sedunia....syukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi kita nafas untuk terus sama-sama menyambut hari yang mulia ini.

Semalam saya masih berniaga di Pasar Malam Mengkuang walaupun malam tadi adalah malam raya...dan saya memang dah jadi perkara biasa berniaga pada malam raya haji. Bukan saya saja yang berniaga tapi masih ramai lagi yang berniaga...tapi semalam perniagaan agak sedikit lembab coz mungkin ramai yang hanya keluar membeli bahan untuk masakan pada hari raya nanti...tapi itu tak menjadi masalah, perkara biasa ler tu....dalam pada tu datang seorang kenalan yang berniaga di Pasar Malam 2 tingkat Alma dan beliau memaklumkan kepada saya yang pasar malam 2 tingkat Alma akan di buat rombakkan...benar atau tidak saya tak pasti coz penganjur belum memaklumkan apa-apa pada saya...pasal tu saya katakan Khabar Angin he he he....

Alasan yang sahabat saya tu kata adalah kerana ramai peniaga lama tak dapat tapak dan lorong pelanggan lalu lalang agak luas, namun secara peribadinya saya kurang bersetuju dengan alasan yang tak masuk akal cam tu...bagi saya tapak masih kosong walaupun pada bahagian belakang. Pasal tu saya katakan ada antara peniaga yang tak nak berkorban masa dalam satu ke dua jam untuk datang ambil lot tapak pada hari selasa semasa pembahagian tapak dan mereka sanggup rugi bertahun-tahun...itulah yang berlaku sekarang ni, dah mula nak kecoh dan buat havoc yang mereka peniaga lama lah dan macam-macam lagi...berkenaan lorong laluan pelanggan yang terlalu luas tu bagi saya memang dah cukup cantik coz ini memberi keselesaan pada pengunjung berjalan dengan lebih selesa bagi memilih barangan yang ingin mereka beli...inilah yang saya katakan old timer mentaliti peniaga pasar malam yang masih rendah ( maafkan saya jika bahasa saya sedikit menyinggung perasaan anda),maksud saya adalah inilah perubahan atau anjakkan paradigma masa kini yang dah cukup cantik di buat oleh Pak Ya dengan susunan lorong yang luas coz kalau di lain-lain pasar malam sukar kita dapati lorong seluas ini dan pengunjung terpaksa berhimpit-himpit ...malahan dengan lorong yang luas ini juga memudahkan bagi peniaga-peniaga yang datang lambat atau yang dah habis barang jualan untuk membawa masuk kenderaan mereka kerana tidak akan menggangu pelanggan yang masih ramai...

Memang ada segelintir peniaga pasar malam yang tidak mahukan perubahan kerana itulah maka barang jualan mereka gagal dijual coz cara penyusunan atau layout masih mengikut gaya 80an yang mana tidak seiring dengan zaman milenium sekarang ini...justeru itu bila ada peniaga baru yang lebih muda masuk dan mereka mempelbagaikan gaya susunan dan barangan mereka maka mereka berjaya meledakkan jualan mereka....jadi maka timbullah perasaan cemburu dan irihati di kalangan peniaga yang saya gelarkan old timer ni.....

Dan kerana itulah saya telah menerbitkan ebook pasar malam saya yang pertama bertujuan mengajar peniaga pasar malam bagaimana mereka boleh berubah dari gaya lama kepada gaya yang terkini....jika anda pernah datang ke gerai saya ..anda boleh lihat sendiri bagaimana cara susunan barang-barang jualan serta meja makan saya...cukup berbeza dari peniaga bihunsup lain...

Untuk penganjur Pasar Malam 2 Tingkat Alma, sekiranya pihak tuan masih ingin membuat rombakkan saya menghormati keputusan tuan itu kerana ini hanya sekadar pandangan peribadi saya dan tiada kaitan dengan pendapat peniaga-peniaga lain....kerana bagi saya tidak semua benda yang kita buat dapat memuaskan hati semua orang dan selaku penganjur gunakan kebijaksanaan dan kuasa yang ada pada tangan tuan-tuan...

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE ANDA PERCUMA SEKARANG
Post a Comment