Sebenarnya aku tidak berminat sangat dengan hal politik ni kerana sebagai seorang peniaga sepatutnya kita hanya lakukan aktiviti harian agar pelanggan tidak merasa kurang selesa dengan kita.
Pelbagai ragam dan reaksi pelanggan dan pegagan politik mereka, maka jalan terbaik tidak perlulah kita persoalkan hal-hal politik demi kesejateraan perniagaan kita.
Namun isu kenaikan elaun dan gaji ADUN serta Menteri Besar Selangor telah menarik perhatian kebanyakan peniaga pasar malam yang rata-rata berbicara soal ini kerana agak menarik.
Seorang kawan saya begitu tertarik disebabkan gaji yang cukup tinggi dinikmati oleh ADUN serta speaker yang mencukupi untuk hidup mewah dan sedikit terkejut kerana gaji ADUN sebelum ini hanya sekitar RM6000 kebawah.
Namun semuanya ini rezeki mereka. Tahniah
UNTUK DAPAT GAJI YANG TINGGI BACA EBOOK PASAR MALAM INI SEGERA
Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Nov 29, 2013
Nov 28, 2013
Kencing Dan Berak - Peniaga Pasar Malam
Tadi semasa kami borak-borak kosong disebabkan hujan yang turun terlalu lebat terkeluarlah satu kisah dari seorang kawan saya yang juga peniaga pasar malam.
Mulanya difikirkan agak lucu namun setelah direnung-renungkan ada logik akal juga perkara yang diutarakan kawan tersebut.
Dalam banyak-banyak lokasi pasar malam kebanyakanya terdapat surau dan tandas yang disediakan oleh pihak penganjur bagi kemudahan peniaga menggunakanya termasuk juga surau bagi memudahkan untuk peniaga menunaikan solat, namun terdapat juga pasar malam yang tidak mempunyai kemudahan tersebut atau lokasi agak jauh menyebabkan sesetengah peniaga malas berjalan pergi ke tandas.
Sikap semua peniaga tidak sama, ada yang betul-betul menjaga kebersihan dan ada juga yang sekadar lebih kurang jerk, tambahan pulak kalau mereka bukan tuan punya gerai tersebut dan sekadar makan gaji.
Penceritaan kawan saya berkisar tentang sahabat-sahabat yang berniaga ingin membuang air kecil dan mereka akan terus pergi tanpa membawa sebarang botol air untuk membasuhnya. Tatkala tangan sudah memegang "ANU" terus di tarik zip tanpa membasuh , kemudian berlalu pergi membuat kerja seperti biasa tanpa rasa bersalah dengan memegang makanan jualan seperti tiada apa-apa berlaku.
Kepada kawan-kawan peniaga yang mungkin, saya ulangi yang mungkin dan saya tidak sekali kali menuduh sesiapa pun antara sahabat-sahabat peniaga. Kalaulah ada tolong ubah sikap kerana segala gerak geri kita di perhatikan oleh rakan-rakan kita sendiri. Kita boleh amati perkara ini bilamana kalau dahulu rakan taulan kita sering makan ditempat kita namun sekarang ini tidak lagi.... kenapa? cuba fikir dan renungkan/////.
Perkara tidak bermoral sebegini perlu di bendung dengan segera kerana melibatkan kebersihan dari segi hukum agama dan intigriti peniaga itu sendiri.
Diharap selepas ini tidak berulang kembali peristiwa kencing tak basuh huhuhuh........
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK ANDA YANG BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM SELURUH MALAYSIA, INDONESIA DAN BRUNEI D.S

Nov 27, 2013
Merudumnya Pasar Malam Alma ( Rabu )
8 tahun yang lalu menjadi kebanggaan kepada peniaga Pasar Malam yang berniaga pada hari Rabu di Alma yang mana pada ketika itu perniagaan cukup meriah. Masing-masing mampu meraih pendapatan yang cukup hebat setiap malam pada hari rabu.
SEMASA BERADA DITINGKAT ATAS PASAR MALAM 2 TINGKAT ALMA
Pada ketika itu lokasi terletak bersebelahan jalan besar berhadapan dengan Petronas. Pastinya setiap orang yang melalui jalan tersebut akan berhenti dan singgah sebentar untuk membeli belah walaupun dalam keadaan hujan lebat sekali pun. Laluan utama jalanraya menjadikan pasar malam ini terkenal dengan dikunjungi oleh ribuan orang dan peniaga di anggarkan sekitar 300 orang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dengan cukup jujur dan ikhlas.
Mimpi ngeri mulai menghantui apabila lokasi tapak tersebut telah mulai diintai oleh pemaju untuk mendirikan pelbagai kedai termasuk kedai tayar , bank dan kedai makanan. Kami diarahkan berpindah pada tahun 2008 ke kawasan berhampiran yang ketika itu kami gelarkan pasar malam 2 tingkat dengan penganjur yang baru. Setelah bermesyuarat dengan pihak MPSP maka kami pun berpindah.
Perniagaan agak rancak walaupun tidak sehebat lokasi yang lama kerana sedikit terlindung dengan jalan besar namun peniaga masih mampu meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun keuntungan agak berkurangan.
Sekali lagi mimpi ngeri yang telah menjadi realiti menghantui kami apabila sekali lagi kami diarahkan berpindah disebabkan parking 2 tingkat dikhabarkan akan menjadi gelanggang futsal. Kami dengan rela dan berat hati pun berpindah ke bawah bangunan tersebut.
Maka disini lah segalanya menjadi kenyataan apabila mimpi menjadi realiti.. perniagaan setiap hari rabu mulai merudum dan terus jatuh menyebabkan ramai peniaga asal mula melarikan diri mencari lokasi pasar malam lain. Dari ratusan peniaga hanya tinggal tidak sampai 100 peniaga menjalankan aktiviti ini. Yang cukup ketara adalah peniaga makanan yang hanya tinggal dalam lingkungan 15 orang sahaja.
Memang bagi saya sendiri bila sebut sahaja akan tibanya hari rabu , cukup lemah semangat untuk pergi berniaga disini namun disebabkan tiada tapak lain maka saya gagahi jugak walaupun pun saya sedar akan implikasi yang bakal saya tempuhi nanti. Boleh dikatakan setiap hari rabu saya mengalami kerugian dan keuntungan jika dapat pun terlalu sedikit. Disebabkan saya mempunyai pekerja maka terpaksa juga berniaga demi menjaga kebajikan mereka kerana mereka hanya bekerja dengan saya untuk menyara kehidupan mereka.
Bagi peniaga yang hanya mempunyai 1 pekerja atau tidak menggunakan pekerja dan hanya berniaga sendiri suami isteri mungkin tidak mendatangkan masalah sebab tidak perlu memikirkan soal gaji. Mereka hanya perlu menjual barangan dan mampu meraih sedikit keuntungan sudah memadai.
Pihak penganjur sendiri tidak mampu melakukan sesuatu bagi menghidupkan kembali kemeriahan pasar malam rabu ini. Kami peniaga sudah pun berbincang dengan penganjur namun penganjur tidak mampu melakukan sesuatu atau memikirkan sesuatu untuk meningkatkan kembali kehadiran pengunjung seperti zaman Pak Ya menganjurkan pasar malam ini.
Tiada langsung " Banner" yang diletakan diluar atau tepi jalan besar untuk memaklumkan kepada orang ramai yang terdapat pasar malam sedang beroperasi pada hari rabu. Kekecewaan kami memang terlalu mendalam namun terpaksa kami bersabar. Saya hanya menanti tibanya tahun 2014 dan akan melihatnya sehingga bulan Mac 2014. Jika sehingga Mac masih tiada tanda-tanda positif saya akan menyarankan kepada penganjur menutup sahaja pasar malam hari rabu ini.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PERNIAGAAN ANDA MELEDAK

Nov 25, 2013
Penyelesaian Tapak Sampah Pasar Malam Mengkuang Titi
Setiap tibanya ahad pasar malam Mengkuang, setiap kali itulah kepala aku menjadi senak dan pening dengan masalah sampah yang tidak pernah putus putus atau selesai walaupun apa yang penganjur dan aku lakukan untuk menghilangkan sampah tersebut.
Tapak sampah yang baru sediakan menggantikan tapak lama juga seolah-olah terabai akibat tidak mendapat restu pemandu lori sampah. Alasan yang diberikan laluan masuk yang sering basah dan mereka risau jika tersangkut tayar lori. Sekali fikir tak masuk akal langsung kerana jarak tapak baru dan lama sekitar 20 meter sahaja.
Kesabaran amat penting dalam soal ini namun setiap yang bernyawa mempunyai had masa dalam bersabar. Semalam terlalu memeritkan apabila kawasan tapak aku di penuhi dengan batang-batang kayu yang besar dan rumpunan buluh kecil bahan buangan dari orang kampung. Maklumat aku terima dari anak anak buah dalam jam 4 petang, aku terus bergegas ke pasar malam. Adussssss apa nak buat penuh dengan sampah sarap.
Selagi tong sampah tidak diletak ditempat yang betul maka selagi itulah masalah ini tidak akan selesai.
Petang tadi aku bergegas ke MPSP naik ke tingkat 2 untuk bertemu dengan IK ( Inspector Kesihatan Kanan ) Wahab yang bertanggung jawab terhadap kebersihan kawasan . Dulu pun aku pernah berjumpa beliau juga, tidakan susulan dibuat namun selepas itu keadaan kembali macam asal balik . Selagi Lori sampah tidak meletakan pada tapak khas tong sampah maka benda yang sama pasti berulang.
Selepas itu pihak penganjur pula mengambil tindakan susulan dalam mesyuarat tergempar mereka semalam bila mana mereka telah sepakat mencari tapak yang baru untuk menyelesaikan segalanya. Maka sama-sama kita nantikan.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PALING HANGAT DIPASARAN TERKINI

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)