nuffnang1

.:)

Jul 10, 2015

Persaingan Sihat Di Uptown Bandar Baru Perda

Dalam dunia perniagaan masing masing cuba mencari keuntungan sebanyak mungkin dibualan Ramadan yang mulia ini...namun cara persaingan perlu lah sihat dan bukanya dengan cara potong "line" kawan kita.

                                       Image result for pic aree bihunsup

Dalam banyak banyak perkara yang kita lakukan, perkara yang paling sukar adalah menegur kawan kita kerana kekadang bila kita cakap mudah sangat tersentap walhal beliau yang bersalah. Inilah sedikit sebanyak asam garam dalam dunia perniagaan di bazaar ramadan dan uptown.


                                       Image result for pic aree bihunsup

Berniaga hanya dalam tempoh satu bulan sahaja dan nak berkawan pun dalam satu bulan sahaja dan nak cari musuh pun dalam satu bulan sahaja. Maka fikirlah secara rasional dan logik akal apa yang kita lakukan. Saya tidak ingin mendedahkan siapa dan mengapa serta bagaimana ianya berlaku. Cukuplah sekadar bahasa kiasan.


                                       Image result for pic aree bihunsup
Memang betul rezeki Allah yang bagi tapi kalau cara persaingan yang kurang sihat, balasan Allah nanti jangan disalahkan mana-mana individu yang dirasakan terbabit..

                                     . Image result for pic aree bihunsup

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA SGERA DISINI

Jul 6, 2015

Ramadan Ke 19 - 1436 Hijrah

Hari ini puasa mula memasuki Ramadan ke 19. Dan kehangatan untuk menyambut syawal kian terasa oleh setiap orang terutama yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam.

                                       Image result for pic bazaaar ramadan perda seberang perai

Masing masing kini mulai sibuk membuat persiapan bagi menyambut Syawal yang bakal menjelma lebih kurang dalam sepuluh hari lagi. Dalam membuat persiapan syawal , sedikit sebanyak perniagaan di bazaar ramadan sedikit tampak perlahan dari segi jualan kerana pengunjung mulai kurang dan lebih banyak tertumpu di pusat pusat membeli belah.

Begitulah juga dengan kami peniaga bazaar ramadan Bandar Perda yang kian hari makin sunyi dari kunjungan pelanggan. Semakin suram dan ramai jugak peniaga yang telah mulai mengemas barang dan ada juga yang telah gulung tikar kerana tidak berjaya dalam perjuangan tahun ini.


                                       Image result for pic bazaaar ramadan perda seberang perai
Namun perniagaan kami akan tetap diteruskan walaupun keuntungan yang diperolehi semakin hari semakin tipis . Kami tetap redha walau sebanyak mana keuntungan yang di perolehi kerana inilah sumber pendapatan kami dan sumber pendapatan 5 orang pekerja kami.

                                                        Image result for pic bazaaar ramadan perda seberang perai

Kekadang ada juga peniaga yang mempunyai gerai makan di "foot Court", Bandar Perda yang sanggup masuk berniaga di bazaar ramadan dengan niat menambah pendapatan. Tetapi gagal menjana pendapatan seperti yang diharapkan. Sepatutnya mereka ini sudah boleh tutup gerai di Bazaar Ramadan dan tumpukan sepenuh perhatian pada foot court namun disebabkan ingin menjaga maruah dan ego maka rugi pun mereka tetap meneruskan juga perniagaan mereka. Apa salahnya berikan kepada sahabat sahabat yang tidak mempunyai kedai makan dan biarkan mereka menjana sedikit keuntungan...mmmmm , susah kalau manusia ni jenis tamak.

Pada kawan kawan yang masih meneruskan perniagaan pada sisa sisa yang masih berbaki dalam 10 hari lagi, teruskan perjuangan kalian dan semoga rezeki akan sentiasa ada...aminnn

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA SEMENTARA STOK ADA

May 29, 2015

Bazaar Ramadan Bandar Baru Perda, Seberang Perai , Pulau Pinang

Berbicara soal perniagaan di Bazaar Ramadan, maka setiap peniaga akan tercari cari lokasi dan kawasan yang strategik untuk meledakan perniagaan masing masing pada setahun tahun tibanya Ramadan. Dan sudah pastinya lokasi yang hebat akan dicari walaupun harga sewa bagi tapak tersebut mencecah sehingga ribuan ringgit namun semua itu tidak menjadi masalah.

Bandar Perda yang terletak di kawasan Tengah Seberang Perai, bersebelah dengan Komplek Majlis Perbandaran Seberang Perai dan dalam kawasan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah merupakan satu lokasi Tapak Bazaar Ramadan yang menjadi tumpuan dan rebutan bagi setiap peniaga Pasar malam untuk menjalankan aktiviti mereka semasa tibanya bualan puasa setiap tahun.

Bermula tahun lepas 2014, sewa tapak telah dinaikkan kepada RM550 untuk tapak berukuran 10x10 dan hanya dihadkan kepada 2 tapak sahaja bagi seorang peniaga kerana sambutan yang begitu hangat. Mana tidak hangatnya borang akan habis dalam masa 2 hari sahaja dan sistem undi digunapakai untuk menentukan siapa yang berjaya mendapat tapak pada setiap tahun kerana sistem ini dianggap telus oleh pentadbir Masjid yang bertanggungjawab sebagai Penganjur sejak tahun 2004 lagi.

Untuk tahun ini borang dikeluarkan sehingga 170 borang dan saya difahamkan kesemua borang telah habis diedarkan dan tarikh pemulangan kembali borang atau tarikh tutup adalah pada 25 Mei 2015 yang lalu.

Sesetengah peniaga merungut tentang harga tapak yang mahal setiap tahun namun masih tetap nak masuk berniaga kerana pulangannya nanti cukup lumayan...

Gambar Berbicara Tentang Perniagaan Bihunsup



May 26, 2015

Bagaimana Bazaar Ramadan Kami Meledak....

Kami dedahkan kepada anda bagaimana kami meledakkan Bazaar Ramadan Aree Bihunsup Ex Service setiap tahun dengan kunjungan ramai pelanggan dan bagaimana anda juga mampu menghasilkan pendapatan yang cukup lumayan setiap tahun dengan berniaga di Bazaar Ramadan...


Keyakinan pada diri sendiri dan ilmu yang anda pelajari memang cukup membantu dalam menghasilkan pulangan yang cukup lumayan, jika anda punya wang modal yang banyak namun anda tidak punya sebarang ilmu perniagaan di pasar malam atau bazaar ramadan...anda mungkin akan gagal...


DI sini kami akan membantu anda dengan penuh keihklasan hati kami untuk mengajar anda bagaimana cara dan teknik terbaik dan bagaimana anda mampu menghasilkan pendapatan yang amat lumayan dan bukan angan angan kosong duduk di rumah dapat duit, sebenarnya kalau malas apa pun tak dapat...