nuffnang1

.:)

May 29, 2015

Bazaar Ramadan Bandar Baru Perda, Seberang Perai , Pulau Pinang

Berbicara soal perniagaan di Bazaar Ramadan, maka setiap peniaga akan tercari cari lokasi dan kawasan yang strategik untuk meledakan perniagaan masing masing pada setahun tahun tibanya Ramadan. Dan sudah pastinya lokasi yang hebat akan dicari walaupun harga sewa bagi tapak tersebut mencecah sehingga ribuan ringgit namun semua itu tidak menjadi masalah.

Bandar Perda yang terletak di kawasan Tengah Seberang Perai, bersebelah dengan Komplek Majlis Perbandaran Seberang Perai dan dalam kawasan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah merupakan satu lokasi Tapak Bazaar Ramadan yang menjadi tumpuan dan rebutan bagi setiap peniaga Pasar malam untuk menjalankan aktiviti mereka semasa tibanya bualan puasa setiap tahun.

Bermula tahun lepas 2014, sewa tapak telah dinaikkan kepada RM550 untuk tapak berukuran 10x10 dan hanya dihadkan kepada 2 tapak sahaja bagi seorang peniaga kerana sambutan yang begitu hangat. Mana tidak hangatnya borang akan habis dalam masa 2 hari sahaja dan sistem undi digunapakai untuk menentukan siapa yang berjaya mendapat tapak pada setiap tahun kerana sistem ini dianggap telus oleh pentadbir Masjid yang bertanggungjawab sebagai Penganjur sejak tahun 2004 lagi.

Untuk tahun ini borang dikeluarkan sehingga 170 borang dan saya difahamkan kesemua borang telah habis diedarkan dan tarikh pemulangan kembali borang atau tarikh tutup adalah pada 25 Mei 2015 yang lalu.

Sesetengah peniaga merungut tentang harga tapak yang mahal setiap tahun namun masih tetap nak masuk berniaga kerana pulangannya nanti cukup lumayan...

Gambar Berbicara Tentang Perniagaan Bihunsup



Post a Comment