Pendedahan yang tidak akan anda perolehi di mana mana blog atau ebook bazaar ramadan akan saya dedahkan disini untuk perkongsian sesama kita sebagai peniaga pasar malam atau buat anda yang bakal berniaga nanti.....
Ramai antara peniaga peniaga segera atau partimer yang berminat berniaga di bazaar ramadan kebiasaannya akan mengalami masalah pemilihan menu untuk diniagakan bila tiba bulan puasa dan mereka sentiasa tercari cari menu yang sesuai.
Kesilapan yang paling besar adalah apabila mereka akan menjual produk yang mereka mahir membuatnya dan bukanya produk yang laris di pasaran. Bila mula dijual pada awal ramadan maka mereka akan merasa kecewa kerana tidak mendapat sambutan dari pembeli dan akibatnya mereka hanya mampu bertahan selama seminggu atau sekitar 10 hari sahaja.
Ini berlaku adalah akibat tidak mahu bertanya dan malas membuat penilaian terhadap kepekaan dan minat pembeli, maka akibatnya kerugian yang akan di tanggung dan kemungkinan bayaran tapak yang dibeli pun gagal diperolehi.
Di bawah ini saya senaraikan MENU MENU TERHANGAT DI PASARAN
1. Nasi Ayam
2. Nasi Daging
3. Nasi Dalca
4. Nasi Dagang
5. Nasi Berlauk
6. Murtabak - Paling Laris
7. Nasi Lemak Ayam Berempah
8. Bihun Sup Periuk Besar
9. Laksa
10. Mee/Koeteow/Bihun Goreng Kuali Besar
11. Kuih Muih
12. Ayam Percik
13. Kambing Panggang
14. Roti John
15. Ikan Bakar
16. Gulai Batang Pisang Daging
17. Air Balang - Soya, Tebu, Asam boi, Oren, Keladi, Tembikai, Kelapa, Strawberi, Anggur.
Cubalah Jual menu yang telah tersenarai diatas dan maklumkan selepas berakhirnya Bazaar Ramadan nanti.
DAPATKAN EBOOK PANDUAN BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM DISINI
No comments :
Post a Comment