Dalam dunia perniagaan masing masing cuba mencari keuntungan sebanyak mungkin dibualan Ramadan yang mulia ini...namun cara persaingan perlu lah sihat dan bukanya dengan cara potong "line" kawan kita.
Dalam banyak banyak perkara yang kita lakukan, perkara yang paling sukar adalah menegur kawan kita kerana kekadang bila kita cakap mudah sangat tersentap walhal beliau yang bersalah. Inilah sedikit sebanyak asam garam dalam dunia perniagaan di bazaar ramadan dan uptown.
Berniaga hanya dalam tempoh satu bulan sahaja dan nak berkawan pun dalam satu bulan sahaja dan nak cari musuh pun dalam satu bulan sahaja. Maka fikirlah secara rasional dan logik akal apa yang kita lakukan. Saya tidak ingin mendedahkan siapa dan mengapa serta bagaimana ianya berlaku. Cukuplah sekadar bahasa kiasan.
Memang betul rezeki Allah yang bagi tapi kalau cara persaingan yang kurang sihat, balasan Allah nanti jangan disalahkan mana-mana individu yang dirasakan terbabit..
.
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA SGERA DISINI
No comments :
Post a Comment