nuffnang1

.:)

Mar 13, 2013

Al-Fatihah buat Wira-Wira Lahad Datu

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga perniagaan anda akan bertambah maju walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini kerana hujan yang turut sentiasa meleset dari jangkaan dan ramalan.


                                                         

Malaysia sekarang ini dirundung duka akibat pencerobohan pengganas dari Sulu yang teramat biadab dan tidak bertamadun.

Semalam semasa sedang menyiapkan barangan untuk berniaga saya di kejutkan dengan kematian dua anggota keselamatan tetapi kali ini di pihak tentera. Darah ketenteraan saya mulai menyirap. Marah dan dendam pun ada, sakit hati. Bergenang air mata tatkala melihat jenazah diusung pagi tadi semasa upacara penuh adat istiadat ketenteraan sewaktu pengkebumian 2 lagi wira negara yang gugur syahid mempertahankan maruah negara dari diancam.

Apatah lagi bila membaca hasil nukilan lagu yang dicipta oleh seorang Peguam bernama Josephine hadikusomo dari Sabah khas ditujukan bagi menghargai pengorbanan wira-wira ini.

Berikut Lirik Lagu seperti di bawah:

Tidurlah
Lelapkanlah mata
Lepaskan bebanmu dalam buaian indah

Tidurlah
Lelapkanlah mata
Musim luruh kian berlepas
Malam mu jadi cahaya

Mengapa kamu
Harus pergi dulu
Mengapa kamu
Rebah..... sebelum waktunya

Bunga-bunga kan ku kalungimu

Bersama seribu kasih
Jasamu pada ku
Disanjungi
Air mataku kirim bersama

Doa bagimu, Perwira
Usah lagi berduka
Oh......

Tidurlah.......

Tak dapat aku lindungi lagi serta menipu diri ini pabila airmata ku mulai bergenang tanpa di paksa...aku juga sedar walaupun telah bersara dari perkhidmatan namun darah ketenteraan yang mengalir di tubuh ini amat jitu dan aku sanggup kembali ke medan sekiranya dipanggil untuk kembali berkhidmat dengan kepakaran ku selama 22 tahun.

Andai ada di kalangan mereka-mereka yang menghina , mengata atau mempertikaikan anggota keselamatan akan ku maki hamun golongan manusia jenis ini. Perjuangan anggota keselamatan tiada galang gantinya dibandingkan dengan apa yang pernah kami nikmati. Namun nyawa kami pertaruhkan.

Apa yang mampu aku lakukan sekarang ini hanya mampu berdoa dan memberi sedikit sumbangan sebagai menghargai jasa-jasa wira-wira yang terkorban.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DAN RM5 AKAN DIDERMAKAN KE TABUNG WIRA LAHAT DATU DENGAN SETIAP PEMBELIAN ANDA


Mar 11, 2013

GRED Gaji Polis Dan Tentera Naik

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Pagi tadi saya ada mengikuti ucapan PM sempena perjumpaan PM dengan penjawat awam yang di anjurkan oleh INTAN .

Pada awal ucapan PM amat menyentuh kalbu dengan isu pengorbanan anggota tentera dan polis di Lahad Datu. Dan pencerobohan ini mengorbankan sebanyak 8 nyawa. Ayat yang paling menyedihkan apabila PM melahirkan rasa sedih kepada kandungan isteri Inspektor Zulkifli yang turut terkorban dan apabila lahir nanti pasti tidak mengenali siapa bapanya.

Di atas jasa dan pengorbanan anggota polis dan tentera PM telah mengumumkan kenaikan GRED gaji untuk di selaraskan dengan perkhidmatan awam berkuatkuasa Januari 2013. Dan kenaikan GRED gaji PDRM dan ATM jarang berlaku. Tahniah buat seluruh warga PDRM dan ATM.

Semoga seluruh warga ATM dan PDRM serta keluarga mereka bersabar dengan segala dugaan dan cabaran.

PELARASAN GRED GAJI ATM/PDRM SETARA PERKHIDMATAN AWAM AM


1 .  Koperal ATM/PDRM  - Gred gaji 17 diselaraskan ke gred gaji  22.

2.  Sarjan ATM/PDRM      - Gred gaji 27 diselaraskan ke gred gaji 29.

3.  Kapten ATM/Penolong Penguasa Polis   -  Gred gaji 41 diselaraskan ke gred gaji 44.

4.  Mejar ATM/Timbalan Penguasa Polis      -  Gred gaji 41 diselaraskan ke gred gaji baru 46A.

5. Kolonel ATM/Penolong Pesuruhjaya Polis - Gred gaji 48 diselaraskan ke gred gaji 52.

(Sumber dipetik dari Utusan Malaysia bth 12/03/13 Selasa).

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI BUAT KAKITANGAN KERAJAAN YANG INGIN MENAMBAH PENDAPATAN 

Mar 10, 2013

Di Lema / Kegusaran Peniaga Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, marilah sama-sama kita bertafakur selama 1 minit dengan sedekahkan surah Al-Fatihah buat wira-wira kita yang telah terkorban di Lahad Datu. .....................



Ramai dikalangan kita peniaga pasar malam mempunyai pelbagai masalah yang sukar di ramalkan dan masing-masing mempunyai alasan tersendiri dari pelbagi sebab dan sudut masalah yang timbul dan bakal timbul...

Antara Masalah Yang Di hadapi Peniaga Pasar Malam.

1.      Jualan Tidak Laku.
2.      Bahan Mentah Mahal.
3.      Faktor Cuaca ( Hujan ).
4.      Masalah Kenderaan.
5.      Masalah Pekerja.
6.      Masalah Kewangan.
7.      Masalah Keluarga.
8.     Tidak tahu membahagikan masa.
9.     Boros.
10.   Masalah Modal.

Itu adalah beberapa masalah yang sering di hadapi oleh peniaga pasar malam, namun masih banyak lagi masalah yang terdapat tetapi sukar untuk di pastikan kerana setiap peniaga mempunyai pemikiran yang berbeza dan berlainan jenis yang mereka sendiri sahaja mengetahuinya.

Apa yang ingin saya " Highlight" di sini adalah , bagaimana untuk kita mengatasi segala permasalahan ini dengan bijaksana dan sehingga semuanya selesai atau hampir selesai. Saya tidak nafikan dalam kehidupan ini setiap orang pasti ada masalah dan itulah asam garam kehidupan yang menyebabkan kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan memamtangkan diri kita.

Setiapnya pasti dapat di selesaikan dengan cara yang terbaik........................???????????

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT DAN SETIAP PEMBELIAN RM5 AKAN DI DERMAKAN KE TABUNG PAHLAWAN WIRA LAHAD DATU.

Mar 7, 2013

Ramalan Cuaca Pulau Pinang dari 07 Mac - 13 Mac 2013

Khamis, 07/03/2013 

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Mendung
 Petang : Mendung
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Jumaat, 08/03/2013 

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Mendung
 Petang : Mendung
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Sabtu, 09/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 
Ahad, 10/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 
Isnin, 11/03/2013 

Mendung
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Mendung
 Malam : Tiada Hujan
 
Selasa, 12/03/2013 

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 
Rabu, 13/03/2013 

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Hujan di satu dua tempat