nuffnang1

.:)

Feb 8, 2013

Aku Bos Engkau Bos ?????

Salam dan selamat sejahtera, posting ini agak sedikit keras namun mempunyai pengertian yang agak mendalam dari erti kata sebenarnya. Situasi ini banyak menghantui peniaga-peniaga pasar malam yang mempunyai pekerja atau pembantu dan jangan sekali-kali menggunakan perkataan KULI.


                                         
Sering saya terdengar rungutan tuan punya perniagaan yang terpaksa akur dengan kehendak pekerja mereka  dalam pelbagai hal dan sudut. Bertuahlah pekerja tersebut jika bosnya seorang yang memahami dan bersikap terbuka tetapi malang lah andainya bos tersebut tidak begitu dan mempunyai sikap yang tegas....pengertian tegas adalah seorang bos yang mempunyai sikap yang tidak boleh di permainkan,  bukannya garang .

Masalah pekerja yang terlalu pandai membuat peraturan sendiri bukannya soal baru dalam dunia perniagaan , tidak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan samada di pasar malam atau dikedai samada besar atau kecil. Selagi mempunyai pekerja , selagi itulah pelbagai ragam dan kerenah mereka terpaksa di hadapi oleh tauke atau bos-bos.

Persoalannya bagaimana untuk kita menangani pekerja-pekerja sebegini rupa? Adakah dengan bertindak membuang mereka dari pekerjaan tersebut?....

Salah satu dari masalah yang sering timbul adalah perkerja tersebut menentapkan syarat hari bekerja menurut kehendaknya sendiri. Adakah ini wajar bagi seorang tauke untuk menerimanya. Sebagai contoh setiap hari minggu ( ahad ) atau hari kelepasan am pekerja tersebut ingin bercuti. Bagaimana anda mengatasi masalah sebegini!!!!
Perlukah diturutkan ??????

Baiklah saya akan memberi ulasan berkenaan permasalahan ini pada posting akan datang, jadi jangan kemana-mana , nantikan ulasan saya untuk menjawab segala masalah anda......

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI DI SINI 

Feb 7, 2013

Dasar Pekerjaan, Etika Dan Tatasusila Serta Adab

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua peminat blog pasar malam yang amat saya hormati dan sayangi, semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat.

                                                

Tajuk entri kita pada hari ini menarik dan amat menarik saya rasakan, apabila isteri saya pernah bercerita berkaitan perkara dan situasi serta keadaan semasa ...di tempat kerja beliau . Tapi bagi saya apa sahaja berlaku di tempat kerja tak kira di mana sahaja kita bekerja samada di pasar malam, Jabatan kerajaan atau pun swasta perlulah adanya sifat-sifat murni dalam diri kita sendiri.

Tidak perlu kita menunding jari kepada orang lain sedangkan kita sendiri menghadapi masalah moral yang amat teruk .. mungkin pada pendapat sesetengah individu diri beliau cukup hebat namun pada pandangan umum beliau hanyalah seorang picisan yang terlalu dangkal pada apa ungkapan yang beliau ungkapkan namun disebabkan sifat dalam diri beliau maka beliau tidak nampak itu semua.

Begitu juga dengan perniagaan pasar malam kita sendiri, mungki kita rasa perniagaan kita sudah cukup hebat apabila kita dapat meraih pendapatan yang lumayan setiap hari dan kita alpa dengan keuntungan tersebut sehinggalah satu hari kita mulai menjunam sedikit demi sedikit. Oleh itu sikap dan sifat dalam diri perlu kita kikis agar menjadi positif.

Keadaan ini berlaku di mana sahaja samada sektor pendidikan , ketenteraan, perkhidmatan, kepolisan, perbankan, Jabatan Agama . perkilangan atau apa sahaja sektor pekerjaan, semuanya tidak lari dari garis panduan etika pekerjaan yang telah pun ditetapkan samada dari segi undang-undang mahupun agama lantaran itu individu yang terlibat perlu peka dalam menangani isu atau keadaan yang berlaku di sekeliling beliau, Dalam soal pekerjaan tidak seharusnya berlaku sifat mengadu domba atau fitnah memfitnah dan membawa mulut ke hulu ke hilir tanpa mengetahui perkara sebenar.  Walaupun apa bila kita mengetahui apa sahaja yang berlaku sepatutnya tidak perlulah kita menceritakan kepada orang lain..apa yang patut kita laukan adalah jaga diri dan keluarga serta rumahtangga kita agar sentiasa di berkati.

                                  

Dalam soal hubungan sahabat , rakan dan taulan hal-hal sensitiviti tidak perlu di gembar-gemburkan ...adakalanya sesorang itu mempunyai kelulusan agama yang cukup tinggi setinggi gunung Himalaya namun dalam soal etika kemanusiaan beliau terlalu dangkal dan cetek secetek ceteknya tanpa menyedari tiap patah perkataan yang diungkapkan mendatangkan keburukan ....bayangkan jika seorang yang berstatus Ustazah yang sanggup mengherdik suami sendiri ..maka di sini di manakah kredibiliti serta sifat keustazahan itu...dengan secara automatik nilai dan ijazah setinggi gunung Himalaya itu terus di pandang hina oleh masyarakat......

Konklusinya apa yang di bicarakan di atas mempunyai motif dan kebenaran yang hakiki serta terjadi dalam kehidupan sebenar bagi semua bidang pekerjaan yang telah di nayatakanm, maka seharusnya lah kita sebagai seorang peniaga pasar malam dan rakan seperjuangan mengambil ikhtibar pada persekitaran kita supaya kejadian-kejadian sebegini tidak berlaku di lokasi perniagaan kita... semuanya adalah untuk keharmonian dan kesejahteraan kita sebagai peniaga pasar malam...agar kita dan kawan-kawan tidak bermasam muka serta syak wasangka.

Selamat beramal dan renung-renungkan....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DISKAUN 10% BUAT GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Feb 4, 2013

Pengertian ZAKAT Dan Hak ASnaf

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, terpanggil saya hari ini untuk mencari hak-hak Asnaf bagi sesorang yang layak menerima Zakat kerana masih ramai yang kurang faham tentang pembahagian bagi mereka-mereka yang layak dan sering di pertikaikan - Sumber ini saya petik dari laman Web ZAKAT Pulau Pinang.

Sekiranya masih lagi keliru atau ragu-ragu sebaiknya anda berhubung terus dengan Pejabat Zakat berhampiran lokasi kediaman anda....



Asnaf Fakir dan Miskin
  1. Saguhati Hari Raya
  2. Pendidikan - Persekolahan
  3. Pendidikan - Pakaian Seragam
  4. Pendidikan - Permulaan ke IPT ( Dalam & Luar Negara )
  5. Pendidikan - Biasiswa Kecil Sekolah Agama Rakyat
  6. Pendidikan - Khusus Kecemerlangan Minda
  7. Sarahidup - Kewangan / Makanan Bulanan
  8. Sarahidup - Rumah Orang Tua
  9. Modal Perniagaan
  10. Bencana Alam
  11. Baik Pulih Rumah
  12. Perubatan / Rawatan Ringan
  13. Kecemasan
  14. Pengangkutan
  15. Latihan Keusahawanan / Kursus
  16. Kelas Persediaan Belajar ( Prep Class )
Asnaf Muallaf
  1. Pendidikan ( Pondok / IDIP / Dalam & Luar Negara )
  2. Institusi PERKIM
  3. Saguhati Perkahwinan
  4. Saguhati Memeluk Islam
  5. Peralatan Ibadat / Risalah & Kitab Agama
  6. Kursus Kefahaman Islam
  7. Kursus Dakwah Dan Kepimpinan
  8. Bengkel Dakwah
  9. Program Syiar Ramadhan
  10. Saguhati Hari Raya
  11. Kebajikan
  12. Rumah Transit Saudara Kita
  13. Asnaf Ghorimin
    1. Kesusahan Berat / Hutang
    2. Rawatan Kronik / Dialisis
    3. Yuran STAM / STPM
    4. Pengurusan Jenazah Tak Berwaris
    5. Baik Pulih Pondok Pengajian
    6. Sumbangan Kepada Institusi Khas ( Sek.Terencat Akal / Anak Yatim / Buta / Pekak )
    Asnaf Ibnu Sabil
    1. Musafir Putus Belanja
    2. Biaya Pengajian Permulaan ke IPT ( Luar Negara )
    Asnaf Fisabilillah
    1. Saguhati Pentadbiran Dan Pengurusan Qaryah ( Elaun Tambahan Pegawai Masjid / Elaun Pengerusi, Setiausaha Dan Bendahari Qaryah )
    2. Saguhati Guru Agama / Guru Quran Sukarela
    3. Saguhati Iman Hafiz Solat Tarawikh
    4. Pengajian Al-Quran / Tajwid
    5. Aktiviti Keagamaan / Kelas Tafaqquh Agama
    6. Peralatan & Buku-Buku Ibadat Untuk Masjid / Surau
    7. Pentadbiran Dan Pengurusan Sek.Agama Rakyat
    8. Latihan Dan Kokurikulum Guru Sek.Agama Rakyat
    9. Pentadbiran Dan Pengurusan Maahad Al-Mahsyoor
    10. Pentadbiran Dan Pengurusan Maahad Tahfiz Quran / KITAB
    11. Pentadbiran Dan Pengurusan Tadika Islam ( TADIS )
    12. Pusat Hemodialisis Zakat
    13. Biasiswa IPT
    14. Pengurusan Rumah Warga Emas ( Pongsu Seribu )
    15. Perkhidmatan Klinik Bergerak

Mentor Usahawan




Bukit Mertajam : 9 Januari 2013 - Jeruk Madu Pak Ali Enterprise buat pertama kalinya tampil menunaikan Zakat perniagaan sebanyak RM25,000.00 bagi haul 2011.
Zakat telah diserahkan oleh En.Alias Bin Hj.Ali , Pengarah Urusan Jeruk Madu Pak Ali Enterprise kepada Pengurus 
Besar Zakat Pulau Pinang,MAINPP,Tn. Hj.Azman Bin Hj. Abdul Samat di ibu pejabat Zakat Pulau Pinang sambil 
disaksikan oleh Ustaz Hj. Ellias Bin Hj. Zakaria, Mantan Pengerusi Zakat Pulau Pinang, MAINPP.Mudah - mudahan 
dengan zakat yang dikeluarkan ini akan menambahkan lagi keberkatan perniagaan yang dijalankan. - Sumber Web ZAKAT Pulau Pinang.