nuffnang1

.:)

Sep 20, 2018

ANDA MENCARI PENGGUNA ATAU LEADER DI TONE PLUS TONE WOW

Jangan terlalu mengejar Leader nanti anda penat, sebenarnya user lah yang memberi anda pendapatan yang tinggi jadi jagalah mereka dgn sebaik mungkin bukan Leader anda.

*Juz My 2 Cent Opinion*.
Pendapat saya yg bernilai 2 sen.

3 petua orang dulu2 yang saya rasa tidak tepat tetapi masih menjadi amalan ramai penggerak bisnes networking atau mlm.

1. Kita kena jadi yang terawal menyertai sesuatu bisnes, barulah boleh berjaya.

Data yang saya kumpul tidak membuktikan yang sedemikian berlaku. Didalam bisnes TonePlus, saya dapati ramai yang menjana pendapatan yang tinggi-tinggi. Nama2 yang hebat yang biasa kita dengar, mereka ini bukanlah yang termasuk golongan awalin yang menyertai TonePlus. , Contoh paling hebat Sifu Tahir Janna bukanlah orang yang awal menyertai TonePlus. Tetapi didalam bisnes2 ini, 20 orang yang menerima pendapatan tertinggi, semuanya orang2 yang terkemudian.

Malahan, orang2 yang awal didalam bisnes TonePlus, kebanyakkannya telah hilang ditelan arus. Jadi faktor ini tidak boleh digunakan untuk menjadi petua seseorang mencapai pendapatan yang tinggi. Mesti ada perangai atau sifat atau amalan mereka yang membezakan mereka daripada kebanyakkan orang lain.

Saya selalu mengingatkan diri saya "Seseorang yang hanya mengikuti orang yang ramai, selalunya akan mudah sesat didalam keramaian." Kalau anda pernah pergi ke stadium nak tengok concert lah katakan, kalau dalam stadium tu terlalu ramai orang, biasanya kita akan mudah sesat dalam keramaian.

2. Nak buat bisnes ni, kita kena cari leader yang hebat, barulah boleh dapat komisyen yang tinggi.
Lama saya mencari bukti daripada penganut ajaran ini. Saya tak jumpa lagi mereka yang dapat komisyen tinggi, walau dalam apa bisnes sekali pun. Saya belum jumpa. Mungkin anda dah jumpa.

Dalam dunia ini, dalam Malaysia ini, dalam kalangan keluarga kita ini, dalam kalangan rakan2 kita ini, mereka semua terbahagi kepada 2 kumpulan, satu kumpulan pengguna dan satu lagi adalah leader.

Dalam 1000 orang pengguna, maka adalah dalam tu seorang leader. Memang susah mencari leader. Dan dalam satu2 bisnes keuntungan besar datang daripada pengguna, bukan leader. Sebab itu penggerak bisnes networking, seperti dalam insuran, sesiapa yang menjaga pengguna seperti manatang minyak yang penuh, akan berjaya akhirnya. Akan mendapat komisyen yang tinggi selalunya.

Kefahaman ini memberi kesan sampingan yang sangat buruk kepada pengamalnya. Kerana mencari kerja yang sangat susah, kerja mencari leader, sedangkan keuntungan yang besar datang daripada pengguna. Akhirnya dia akan menjadi penat, dan kadang2 duit modal bisnes pun tak balik lagi. Akhirnya dia dah tak buat lagi bisnes tersebut, dia akan cuba kefahaman tersebut pada bisnes lain pulak. Bila tak jadi juga, cuba pada bisnes yang lain pula, begitulah kesan buruk kepada pemegang kefahaman ini.

Kefahaman ini menyebabkan pengamalnya, sentiasa mengubah2 kenderaan kepada kenderaan lain, tetapi tetap menggunakan jalan yang sama, selepas itu mereka hairan kenapa jalan yang sama ini tidak menyebabkan mereka sampai ke tempat yang berbeza.

Kerja mencari leader adalah susah dan memenatkan, bila dah dapat leader pulak, dah lah sangat susah dan penat, dapat-dapat, kurang kualiti pulak. Kualiti mereka tak sampai separuh pun dari kualiti anda. Aduh susahnya.

Sebab itu jika anda buat mana2 bisnes networking, dan kalau komisyen anda rendah, tak mau naik2, sentiasa turun, check diri sendiri, adalah anda menganut kefahaman ini, kalau itu, itulah sebabnya komisyen anda tidak tinggi.

Manakala kerja mengubah mentali seorang pengguna kepada leader, adalah satu kerja yang sangat susah dan hampir mustahil. Tunjukkanlah 15 lori bukti sekali pun kejayaan anda dalam satu2 bisnes, kalau dah memang mentali mereka adalah pengguna, sampai bila2 pun mereka tak akan ubah menjadi leader. Kalau tak percaya, jangan lihat jauh2, lihat disekeliling anda sahaja.

3. Saya nak buat bisnes cara offline sahaja, saya tak pandai online.
Anda seorang leader, anda berminat nak buat sesuatu bisnes networking, tapi tak mahu meng online kan bisnes anda.Tak mahu belajar cara promosi online. Nak jugak jumpa orang face to face. Jawapannya sampai bila2lah pengamal kefahaman ini akan berada ditakut lama. Sukar baginya nak mencapai pendapatan yang tinggi dalam bisnes networking.

Kalau anda hebat dalam offline, anda memang pandai bercakap, anda mempunyai ramai kawan, ramai yang mempercayai anda, anda akan capai ke satu tahap komisyen yang tinggi berbanding pengamal offline yang kurang kelebihannya daripada anda.

Tapi, kesan sampingan kepada pengamal kefahaman ini, dia tak boleh tahan lama buat kerja, kerana kerja offline amat memenatkan dan memerlukan daya tahan yang amat2 tinggi. Tak ramai leader ada sifat seperti ini.

Mudah2an perkongsian ini ada manfaat pada diri saya dan orang lain.

Daripada:
Cgu Siti Aishah/Zul Karnai(Aree)
Belajar Cara Buat bisnes networking Tone Plus/Tone WoW
0134704110
http://daftarmudahtoneplusdisini.wasap.my/penerangan

No comments :