Memang sifat manusia adakala kuat, semangat, hebat dan ingin maju tapi adakala tetiba down, putus semangat, kecewa dan malas nak buat apa pun.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa habag anda semua. Semoga ceria-ceria sentiasa. Gembirakan diri sendiri walaupun anda sentiasa dirundung duka dan lara.
Keindahan itu tidak selalunya hadir dan tidak selalunya kekal. Mood seseorang juga sentiasa berubah-berubah mengikut suasana persekitaran. Moody ayat sinonim bila murung. Moody pasti dialami oleh setiap orang. Macam hari ini mood saya juga moody. Tapi saya masih tetap menulis blog kerana saya akan rasa gembira dapat expresskan sesuatu pada blog.
Blog bukan sekadar bercerita khabar indah sahaja tapi boleh juga menceritakan kisah pahit maung yang kita alami dalam kehidupan ini justeru itu expresskan apa sahaja situasi anda dalam blogger. Pembaca terdiri dari pelbagai latar belakang masyarakat dan pelbagai etnik yang membaca kerana Malaysia merupakan masyarakat majmuk terdiri dari pelbagai kaum.
Lontarkan sahaja apa yang anda rasai dalam hidup anda. Tak perlu pendam, tak perlu rasa rendah diri, tak perlu malu kerana anda yang mampu ubah diri sendiri bukan orang lain. Motivator atau mentor tak mampu ubah siapa anda mereka hanya mampu bercerita, berseloka cerita -cerita hebat, hikayat-hikayat Merong Mahawangsa. Kehebatan Donald Trump, kehebatan Tahir Janna, kehebatan Datuk Aliff Syukri dan kehebatan serta kekayaan pemilik FB Mark Zugg tapi itu hanyalah pengkisahan yang mampu disampaikan oleh mereka-mereka yang bergelar Motivator yang bergelar mentor...namun tanpa usaha anda sendiri adalah mustahil untuk anda berjaya dan merubah kehidupan ini.
Dirundung duka ini oleh pelbagai sebab. Keluarga, kehidupan, kawan, perniagaan dan pasangan anda. Bagaimana nak selesaikanya kena cari solusi bukan cari jalan mudah keluar begitu sahaja. Minda anda memainkan perkara penting kerana apa sahaja anda bercakap, anda lontarkan otak anda akan terus percaya. Bercakap pada diri sendiri adalah salah satu jalan terbaik secara 'Instant' menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh ' Katakan pada diri anda sambil tepuk dada dan sebut nama anda, Aree jangan risau, Allah sayang Aree. Dan Insha Allah secara automatik segala tekanan akan hilang seketika'.
Bercakap dengan seseorang juga mampu untuk meghilangkan tekanan (Stress). Berbicaralah dengan seseorang yang anda percayai tapi elakkan berbicara dengan pasangan yang berlawanan yakni jika anda wanita cari pasangan juga wanita . Pasangan yang berlainan jantina mengikut kajian akan menambahkan kekusutan dalam diri anda jika anda mempunyai masalah berkaitan rumahtangga.
Sahabat yang baik tidak akan bocorkan rahsia anda. Sahabat yang baik mudah untuk anda lontarkan pelbagai masalah anda, namun dalam situasi ini langkah 'Precaution' juga perlu untuk selamatkan diri anda jika ianya terbocor. Awalanya ceritakan perkara biasa-biasa dahulu dan saya yakin anda juga mampu membaca isi hati sahabat anda itu.
Sejarah juga banyak menbuktikan tidak semua kawan mampu berada dalam keadaan anda susah begitu juga saudara mara. Ketika senang ramai datang bertandang tapi ketika susah ramai menyepikan diri. Namun anda harus ingat ini adalah lumrah dalam kehidupan dan tidak boleh dinafikan. Usaha itu kena ada, sifat mendiamkan diri adakala selamat tapi kadangkala bakal makan diri sendiri.
Tak mampu hadapi berceritalah pada Allah yang maha esa kerana Allah sentiasa mendengar setiap keluhan hambanya tanpa memilih siapa anda, apa darjat anda dan dari mana asal anda. Yakinlah Allah itu yang maha adil, maha berkuasa, maha memberi dan maha mengasihani.
Anda bijak dan saya yakin yang anda dan saya mampu lakukannya...Insha Allah.
Nak hilangkan bosan dalam kehidupan anda jom sertai saya sebagai pengguna dan pengedar simkad Tone Plus. Pastinya kehidupan anda akan lebih bermakna dan tiada gangguan emosi lagi jika bersama saya...
AREE AKA ZUL KARNAI
0134704110
#sQuadTPaSkarPencenKe2
Northern Region
Penang BAse
http://daftarmudahtoneplusdisini.wasap.my/
No comments :
Post a Comment