nuffnang1

.:)

May 29, 2015

Bazaar Ramadan Bandar Baru Perda, Seberang Perai , Pulau Pinang

Berbicara soal perniagaan di Bazaar Ramadan, maka setiap peniaga akan tercari cari lokasi dan kawasan yang strategik untuk meledakan perniagaan masing masing pada setahun tahun tibanya Ramadan. Dan sudah pastinya lokasi yang hebat akan dicari walaupun harga sewa bagi tapak tersebut mencecah sehingga ribuan ringgit namun semua itu tidak menjadi masalah.

Bandar Perda yang terletak di kawasan Tengah Seberang Perai, bersebelah dengan Komplek Majlis Perbandaran Seberang Perai dan dalam kawasan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah merupakan satu lokasi Tapak Bazaar Ramadan yang menjadi tumpuan dan rebutan bagi setiap peniaga Pasar malam untuk menjalankan aktiviti mereka semasa tibanya bualan puasa setiap tahun.

Bermula tahun lepas 2014, sewa tapak telah dinaikkan kepada RM550 untuk tapak berukuran 10x10 dan hanya dihadkan kepada 2 tapak sahaja bagi seorang peniaga kerana sambutan yang begitu hangat. Mana tidak hangatnya borang akan habis dalam masa 2 hari sahaja dan sistem undi digunapakai untuk menentukan siapa yang berjaya mendapat tapak pada setiap tahun kerana sistem ini dianggap telus oleh pentadbir Masjid yang bertanggungjawab sebagai Penganjur sejak tahun 2004 lagi.

Untuk tahun ini borang dikeluarkan sehingga 170 borang dan saya difahamkan kesemua borang telah habis diedarkan dan tarikh pemulangan kembali borang atau tarikh tutup adalah pada 25 Mei 2015 yang lalu.

Sesetengah peniaga merungut tentang harga tapak yang mahal setiap tahun namun masih tetap nak masuk berniaga kerana pulangannya nanti cukup lumayan...

Gambar Berbicara Tentang Perniagaan Bihunsup



May 26, 2015

Bagaimana Bazaar Ramadan Kami Meledak....

Kami dedahkan kepada anda bagaimana kami meledakkan Bazaar Ramadan Aree Bihunsup Ex Service setiap tahun dengan kunjungan ramai pelanggan dan bagaimana anda juga mampu menghasilkan pendapatan yang cukup lumayan setiap tahun dengan berniaga di Bazaar Ramadan...


Keyakinan pada diri sendiri dan ilmu yang anda pelajari memang cukup membantu dalam menghasilkan pulangan yang cukup lumayan, jika anda punya wang modal yang banyak namun anda tidak punya sebarang ilmu perniagaan di pasar malam atau bazaar ramadan...anda mungkin akan gagal...


DI sini kami akan membantu anda dengan penuh keihklasan hati kami untuk mengajar anda bagaimana cara dan teknik terbaik dan bagaimana anda mampu menghasilkan pendapatan yang amat lumayan dan bukan angan angan kosong duduk di rumah dapat duit, sebenarnya kalau malas apa pun tak dapat...




Rahsia BihunSup Gear Box Didedahkan







Petua Dan Tip Tapak Bazaar Ramadan




Ramai mungkin dikalangan anda yang berminat berniaga di Bazaar Ramadan , namun anda masih tercari cari lokasi atau tapak Bazaar Ramadan yang cukup ramai pengunjung dan bakal mendatang pulangan hasil yang cukup lumayan atau bolehh laaaa..

Apatah pula tahun ini adalah tahun pertama dan permulaan dalam hidup anda untuk memulakan perniagaan Bazaar Ramadan. Bagi yang baru bermula sudah pastinya banyak modal akan dikeluarkan membeli peralatan dan perkakasan serta bahan mentah. Mahu atau tidak terpaksa anda beli, x kan nak pinjam dengan kawan kot huhu....

Ok berbalik pada tajuk entry ini , bagaimana caranya untuk anda peroleh tapak yang hebat dan pasti menguntungkan. Segalanya akan didedahkan dalam ebook The Silent Pasar Malam Billionaire

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN DIBAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM

May 25, 2015

MENU MENU PILIHAN TERLARIS DIBAZAAR RAMADAN 2015

Pendedahan yang tidak akan anda perolehi di mana mana blog atau ebook bazaar ramadan akan saya dedahkan disini untuk perkongsian sesama kita sebagai peniaga pasar malam atau buat anda yang bakal berniaga nanti.....

Ramai antara peniaga peniaga segera atau partimer yang berminat berniaga di bazaar ramadan kebiasaannya akan mengalami masalah pemilihan menu untuk diniagakan bila tiba bulan puasa dan mereka sentiasa tercari cari menu yang sesuai.

Kesilapan yang paling besar adalah apabila mereka akan menjual produk yang mereka mahir membuatnya dan bukanya produk yang laris di pasaran. Bila mula dijual pada awal ramadan maka mereka akan merasa kecewa kerana tidak mendapat sambutan dari pembeli dan akibatnya mereka hanya mampu bertahan selama seminggu atau sekitar 10 hari sahaja.

Ini berlaku adalah akibat tidak mahu bertanya dan malas membuat penilaian terhadap kepekaan dan minat pembeli, maka akibatnya kerugian yang akan di tanggung dan kemungkinan bayaran tapak yang dibeli pun gagal diperolehi.

Di bawah ini saya senaraikan MENU MENU TERHANGAT DI PASARAN 

1. Nasi Ayam
2. Nasi Daging
3. Nasi Dalca
4. Nasi Dagang
5. Nasi Berlauk
6. Murtabak -  Paling Laris
7. Nasi Lemak Ayam Berempah
8. Bihun Sup Periuk Besar
9. Laksa
10. Mee/Koeteow/Bihun Goreng Kuali Besar
11. Kuih Muih
12. Ayam Percik
13. Kambing Panggang
14. Roti John
15. Ikan Bakar
16. Gulai Batang Pisang Daging
17. Air Balang - Soya, Tebu, Asam boi, Oren, Keladi, Tembikai, Kelapa, Strawberi, Anggur.

Cubalah Jual menu yang telah tersenarai diatas dan maklumkan selepas berakhirnya Bazaar Ramadan nanti.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM DISINI

Kenaikan Harga Barang Di Pasar Malam (GST)

Ramai juga dikalangan peniaga pasar malam yang mulai merungut kesan GST pada 1 April yang lalu akibat kerakusan sesetengah peruncit yang menaikkan harga barang mentah dan ini sudah pastilah menjejaskan peniaga pasar malam yang rata-rata menjual produk makanan pada harga yang rendah...

Namun bila GST dilaksanakan maka kos bahan mentah meningkat secara mendadak dan peniaga pasar malam mulai merasa serba salah samada untuk menaikkan harga atau mengekalkan pada harga yang lama.

Pelanggan yang datang juga sentiasa bergurau, " Kena GST tak abang". PENIAGA yang bertanggungjawab dan perihatin tidak akan menaikkan harga barangan kerana walaupun dikenakan GST atas bahan mentah yang dibeli namun untuk menjaga hati pelanggan mereka akan tetap kekalkan pada harga lama walaupun keuntungan mungkin jatuh sedikit.

Saya sendiri contohnya masih mengekalkan harga bihunsup pada paras harga lama sebelum GST, cuma harga minuman terpaksa saya naikkan akibat harga susu, milo dan bahan untuk air meningkat 2 kali ganda..kalau nak dibandingkan dengan kedai nasi kandar maka harga saya masih jauh lebih rendah..dan saya harap pelanggan -pelanggan dapat memahaminya...kerana harga air balang di tepi jalan pun kini sebungkus RM1.40.

EBOOK BAZAAR RAMADAN TERDAPAT DISINI UNTUK MEMBANTU ANDA BERNIAGA

Tapak Bazaar Ramadan 2015 - Masjid Daerah Bandar Baru Perda

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat blog pasar malam... maafkan saya sebab dah lama tidak membuat sebarang entry akibat kekangan masa yang terlalu padat menguruskan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.

Tidak sampai sebulan lagi kita akan menjalani ibadah puasa bagi tahun 2015 dan setiap peniaga pasar malam sedang mencongak untuk berniaga di bazaar ramadan yang mana satu untuk mendapatkan pulangan yang lumayan bagi tahun ini.

Sesetengah peniaga yang telah lama berniaga pastinya tidak mempunyai masalah kerana mereka telah mempunyai tapak yang agak kukuh dengan pulangan pendapatan yang agak lumayan. Namun begitu ada juga peniaga pasar malam yang kurang gemar berniaga di bazaar ramadan kerana pendapatan di pasar malam agak lebih lumayan berbanding bazaar ramadan, tetapi disebabkan bulan ramadan pasar malam kurang mendapat sambutan maka mahu atau tidak mereka terpaksa juga berniaga di bazaar ramadan .

Sambutan yang agak kurang hangat untuk mengambil borang di bazaar ramadan masjid daerah bandar perda menjadi kejutan kerana kalau mengikut tahun tahun yang lalu borang akan habis hanya dalam masa 2 hari sahaja, tetapi pada tahun ini borang masih ada sehingga Jumaat lepas setelah borang mula diedarkan 1 minggu yang lalu...namun apa puncanya tidak diketahui dan mungkin juga faktor yuran yang tinggi sehingga RM550 untuk satu tapak...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DIBAZAAR RAMADAN DISINI SEGERA