Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh dunia akan menyambut perayaan Krismas khas untuk pengganut agama Kristian.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai masyarakat majmuk Malaysia juga tidak terkecuali menyambutnya. Di Pulau Pinang pada hari rabu ini akan diadakan sebuah konsert menyambut Krismas secara besar-besaran yang bakal berlangsung Padang Kota Lama ( Esplanet ). Semoga sambutan ini akan dapat menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia dan kita hidup dalam sebuah komuniti yang aman dan damai.
Perpaduan dikalangan kita yang sudah kita pupuk sejak zaman berzaman lagi jangan lah kita musnahkan disebabkan ideologi politik dan fahaman yang berbeza kerana Malaysia adalah satu-satunya negara yang cukup aman dan damai tanpa ada pergaduhan walaupun dalam masyarakatnya mempunyai pelbagai etnik kaum dan agama.
Di Malaysia kita mudah mencari rezeki dan dek kerana keamanan dan perpaduan inilah Malaysia di datangi pelbagai warga asing untuk mencari nafkah mereka. Yang menunjukan lambakkan warga asing dari pelbagai negera yang kini sudah mencecaj Jutaan orang.
Cuaca dan iklim juga menjadikan kita peniaga pasar malam mampu meraih rezeki saban malam dengan pelbagai jenis jualan di pasar malam. Di bulan Disember ini cuaca nampaknya kembali pulih dan hujan mulai kurang serta ekonomi masyarakat pun dilihat semakin baik , memandangkan mereka mulai berbelanja dengan baik menjadikan kita peniaga pasar malam mampu menarik nafas lega kembali .
Ramai dikalangan kita mengeluh sebelum ini disebabkan hujan yang tidak menentukan, perniagaan yang kurang menguntungkan . Namun di bulan Disember ini masa yang terbaik untuk kita peniaga pasar malam melangsaikan segala hutang yang tertunggak dan menyelesaikan segala bil-bil utiliti yang tertangguh.
HARGAILAH KEAMANAN INI DAN BERSYUKURLAH ATAS ANUGERAH ALLAH PADA MALAYSIA YANG AMAN DAN DAMAI.
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL KEPADA SELURUH PENGGANUT AGAMA KRISTIAN
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA
No comments :
Post a Comment