nuffnang1

.:)

Jul 31, 2012

Selamat Hari Pahlawan

Salam dan selamat sejahtera buat semua yang masih sudi dan setia mengunjungi blog Pasar Malam ini dan saya doakan agar anda sentiasa beroleh rahmat dan hidayah dari Allah sepanjang bulan Ramadan ini..


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Pahlawan buat wira-wira negara yang yang telah mengorbankan jiwa dan raga untuk mempertahankan negara ini dan demi Bangsa , Agama dan Negara...

Pagi tadi luluh dan sedeyyyy sangat hati ini bila melihat upacara sambutan yang di adakan di dataran Merdeka semperna sambutan Hari Pahlawan yang di atur penuh rapi dan sangat menyayat hati bila mengenangkan bagaimana perjuangan anggota tentera , polis serta pasukan keselamatan pada zaman penjajah dan selepas merdeka yang mereka terpaksa korban segalanya demi mempertahankan sebuah Negara yang menjadi tanah tumpah darah kita bangsa Melayu..

Ucapan-ucapan veteran seperti Kanang Anak langkau amat memukau hati saya dan selaku bekas anggota tentera saya juga terpaku dengan apa yang pernah di alami oleh Dato' Kanang yang tidak pernah kami alami sepanjang perkhidmatan dulu...dan era keganasan Komunis amat menyayat hati...walaupun saya sendiri pernah mengalami Operasi Hutan namun tidak lah sehebat Dato' Kanang yang sentiasa di hujani peluru dan jerangkap samar...

Saya sudahi posting kali ini dengan TABIK SPRINGGGGGG buat semua warga Tentera di era 90an ke bawah kerana mereka inilah sebenarnya WIRA yang tidak pernah di dendang....semoga Allah mencucuri rahmat kepada yang telah tiada....AL-FATIHAH....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA PADA HARGA DISKAUN BAGI PESARA TENTERA SEKARANG..

Jul 20, 2012

Salam Ramadhan 1433 Hijrah/2012

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...dikesempatan yang ada dan terlalu singkat ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia dan penuh Barakah kepada Ibu saya Puan Zainambu bt Md Amin dan Isteri tercinta Siti Aisyah Bt Safee Muhammad serta anak-anak saya yang amat saya kasihi...Zul Farah Syazmine, Zulikramullah, Shafikah, Mohd Haziq dan Basyirah .....semoga puasa tahun ini penuh ye huhuhu...

Dan tak lupa juga kepada seluruh pengikut setia Blog The Silent Pasar Malam Billionaire dan pelanggan-pelanggan yang telah membeli ebook ini ..semoga semua nya beroleh rahmat dari Allah di bulan yang mulia ini dan doakan ledakkan Bazaar Ramadan kita semua tahun ini Insyallah ..Amennnn


DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM ANDA DENGAN SEGERA DI SINI

Jul 15, 2012

Demam Bazaar Ramadan Bandar Baru Perda

Salam dan selamat sejahtera, mohon maaf banyak-banyak kepada anda semua kerana rasanya dah hampir 3 minggu saya tidak membuat sebarang posting dalam blog Pasar Malam ini dan pastinya ramai yang tertanya-tanya kemana geranganya saya menghilangkan diri ...

Sebenarnya dah hampir 3 minggu jugak lah saya langsung tak on laptop , cuma hanya menggunakan Tablet sahaja untuk menerima sebarang maklumat terkini di sebabkan kesibaukkan yang agak melampau , almaklum lah membuat persiapan Bazaar Ramadan...Hari ini saya masih lagi ingin berbicara soal Bazaar Ramadan yang semakin hampir dan betapa agak meriahnya Bazaar Ramadan Di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam , Seberang Perai, Pulau Pinang...huhhhh panjangnya he he hehe...

Tahun ini nampak gayanya Bazaar Ramadan yang mendapat sambutan dari segi perbutan tapak sememangnya di Bandar Perda tetapi adakah ianya memberi pulangan hasil penjualan nanti yang amat memberangsangkan atau sekadar indah khabar dari rupa seperti tahun tahun yang lalu, inilah yang bakal di alami oleh peniaga Bazaar Ramadan Perda nanti kerana pada tahun ini rata-rata peniaga yang berebut mengambil tapak bukanya dari komuniti peniaga tahun-tahun yang lalu tetapi kebanyakkannya dari luar yang mendengar khabar betapa hebatnya Bazaar Ramadan Bandar Perda dari cakap-cakap orang ...

Kehebatan Up Town Perda juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan Bazaar Ramadan Perda menjadi terkenal di setiap pelusuk Pulau Pinang dan tidak keterlaluan kalau saya katakan sehingga ke Kuala Lumpur pun ramai yang mengetahui kehebatan Up Town Perda...namun bagaimana pula dengan kehebatan Bazaar Ramadan Perda..adakah di kenali sebagaimana Up Town dan adakah segalanya seindah yang di khabarkan...

Pada tahun ini sebanyak 200 tapak telah di sediakan oleh Pihak Penganjur iaitu Skretariat Masjid Daerah Seberang perai Utara....dan merupaka satu-satunya Bazaar Ramadan yang berlokasikan di dalam kawasan Masjid....walaupun begitu pihak pengurusan telah pun meletak pengawas-pengawas bagi mengawasi pengunjung yang berpakaian kurang sopan....dan mereka yang berpakaian kurang sopan tidak di benarkan memasuki kawasan perniaagaan ini..

Segala kemudahan prasarana di sediakan secukupnya oleh pihak penganjur dan peniaga di ingatkan agar menjaga kebersihan kawasan perniaagaan dan juga kebersihan penyediaan makanan.

Pengundian tapak telah pun selesai di jalankan pada hari sabtu (14 Julai 2012) jam 10 pagi dan semuanya berlalu dengan lancar tanpa ada sebarang percanggahan pendapat.

Saya akan memberi feed back ataupun testimoni berkaitan jualan Bazaar Ramadan tahun ini setelah sebulan berlangsungnya perniagaan yang menjadi rebutan hangat di Pulau Pinang ini....Bagi mereka-mereka yang masih baru dan yang baru nak mulakan perniagaan Bazaar Ramadan jangan rasa malu atau segan silu untuk mendapatkan ebook yang pebuh maklumat di EBOOK TIP PERNIAGAAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN dengan Klik link di bawah:>>>>>>> EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE 

DAPATKAN EBOOK PERNIAGAAN BAZAAR RAMADAN ANDA DI SINI DENGAN SEGERA . STOK TERHAD