nuffnang1

.:)

May 28, 2012

Ribut Dan Ujian Allah

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang sentiasa mengikuti perkembangan perniagaan pasar malam dengan penuh tekun dan sabar.


                                         KECEDERAAN RINGAN PENIAGA CHAR KOEW TEOW
Semoga apa sahaja dugaan dan ujian dari Allah di harap anda sabar dan redha dengan apa sahaja yang berlaku. Kerana dengan redha sahaja lah hati kita akan tenang dan tenteram.

Kisah pada entry kali ini saya ambil ikhtibar kejadian pada 27 Mei 2012 bersamaan hari ahad di pasar malam Mengkuang , yang mana pada malam tersebut seluruh peniaga pasar malam telah di uji dengan dugaan yang rasa saya hebat jugak.

Di sebelah petang perniagaan agak perlahan kerana tidak ramai pelanggan yang datang dan kebanyakkan pendatang asing juga tidak nampak kelibat rupa mereka, saya menjadi sedikit hairan kerana biasanya seawal petang pada jam 6 petang kelibat pendatang asing akan ramai bertandang ke pasar malam, cuaca ketika itu memang cukup baik tanpa menampakkan sebarang tanda-tanda hujan akan turun.

Masuk jam 7 petang sebelum Maghrib maka keadaan pasar malam mulai berubah dengan di penuhi ramai pengunjung termasuklah pendatang asing ini yang rata-rata dari Nepal dan Vietnam, mereka-mereka inilah yang telah melonjak dan melariskan perniagaan penjaja di pasar malam Mengkuang berbanding dari Bangladesh. Warga Bangladesh dari dahulu tidak banyak membeli makanan yang telah siap di masak kerana mereka lebih suka memasak sendiri dan jarang sangat membeli makanan yang tersedia . Mungkin kerana sifat jimat cermat mereka dari dahulu sudah tidak dapat di ubah lagi dan rasanya sikap mereka akan berterusan selamanya. Berbeza sekali dengan warga Nepal, Myanmar dan Vietnam yang suka duduk lepak beramai-ramai dan makan di pasar malam, walaupun hebih dengan suara mereka tetapi merekalah yang telah meningkatkan ekonomi peniaga pasar malam Mengkuang.



SETELAH SIAP BERKEMAS LEPAS HUJAN

Keadaan sekitar jam 7.20 malam mulai kelam-kabut dengan kebanjiran pelanggan yang berlumba-lumba untuk membuat tempahan samada di bungkus atau makan di meja yang telah di sediakan sehinggakan saya tidak sempat berbual dengan adik saya yang baru sampai dari Shah Alam. Masuk jam 8 malam suasana semakin bising dengan hirok pikuk pelanggan dan anak buah saya yang silih berganti memberi menu pesanan dari pelanggan...dalam hati saya amat gembira kerana suasana petang yang suram kembali "BUZY" cam biasa dan rasanya boleh "HATRIK" lagi malam ini, namun kita tidak mampu melawan takdir Allah kerana secara tiba-tiba hujan turun namun sekadar renyai-renyai, so apa lagi pelanggan yang sedia ada semakin kelam kabut makan dengan pantas agar tidak di basahi hujan.

Hujan hanya turun sekitar 5 ke 10 minit sahaja dan kemudian terus berhenti, dalam jam 8.25 malam, pasar malam mulai terasa  sunyi sepi setelah pelanggan mulai hilang seorang demi seorang namun masih ada yang datang membeli untuk di bungkus, dengan tidak di sangka-sangka angin mulai bertiup kencang dengan hujan dengan cukup lebat memaksa kami terpaksa berhempas pulas memegang payung dan juga khemah kerana masih ada pelanggan di dalam khemah tersebut, jiran sebelah saya yang menjual Char Koew Teow hampir terbang payung kerana tidak sempat memegang payung dan menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.

Dalam keadaan kelam-kabut tersebut saya tidak sempat mengambil gambar atau video kerana lansung tidak terfikir, apa yang bermain di benak fikiran hanyalah untuk menyelamatkan barangan saya dan juga anak buah yang seramai 5 orang. Dalam itu mulut saya tidak berhenti-henti mengucap 2 kalimah syaadah dan berzikir........memohon perlindungan dari Allah SWT. Dalam hujan dan ribut yang kuat tiba-tiba Azan Isyak mula berkumandang dan kedengaran sayup-sayup... dengan izin dan kuasa Allah hujan dan angin kencang mulai reda secara perlahan-lahan . Jangkaan saya ribut dan hujan melanda lebih kurang 20 minit namun kekuatan angin yang luar biasa menyebabkan kami hampir lumpuh....


                                       AYAM GORENG YANG BERBAKI TIDAK SEMPAT DI JUAL

Setelah suasana kembali normal saya mula mengarahkan anak buah saya berkemas dan masa itu dalam jam 9.20 malam, walaupun barang jualan masih ada namun segala bihun dan kelengkapan telah di masuki air, apa pun saya amat-amat bersyukur dan memanjatkan nikmat kepada Allah kerana barangan saya dan anak buah tidak mengalami apa-apa kerosakan dan kecederaan, Amin amin ya rabbilamin...............

EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI , DAPATKAN SEGERA UNTUK JANA PENDAPATAN YANG HEBAT  

No comments :