nuffnang1

.:)

May 10, 2012

Akaun VS Ledger Bahagian ke 2

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, maafkan saya kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyambung siri ke2 dalam mengendalikan akaun pasar malam anda, saya tidak dapat membuat posting setiap hari kerana blog ini bukanlah blog hiburan atau politik yang banyak bahan-bahan untuk di gossip dan di pro-pragandakan ....

Baiklah kita teruskan dengan pembelajaran ilmu mengendalikan akaun pasar malam yang saya rasakan terlalu mudah dan tidak lah " COMPLEX" macam akaun runcit atau perniagaan impot dan ekspot.

Saya hanya akan menceritakan kepada anda yang telah pun mempunyai perniagaan dan bukannya bagi yang akan menceburi dan baru merancang kerana panduan ini amat perlu bagi mereka-mereka yang tidak pernah mempunyai kira-kira untung rugi selama berniaga di pasar malam....

Bagi yang mempunyai perniagaan makanan adalah yang paling mudah membuat kira-kira ini kerana kebanyakannya mengeluarkan modal harian dan bukanya modala mingguan atau bulanan.

Sebagai contoh saya ambil daripada perniagaan bihunsup yang mengeluarkan modal harian...

Perhatikan seperti di bawah ini:

  1. DAGING                                            -   RM 300
  2. SAYURAN                                         -   RM 20
  3. GAS                                                    -  RM  24
  4. BAHAN MENTAH                            -   RM 70
  5. MINUMAN                                         -  RM 90
  6. GAJI PEKERJA                                -  RM 160
              TOTAL                                              - RM 664

      Pengertianya adalah jumlah di atas adalah modal anda pada hari tersebut , namun modal harian sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian tempat atau lokasi perniagaan anda yang anda sendiri sudah arif dengan jumlah berapa ramai pengunjung kepada anda....


             JUMLAH JUALAN                              - RM1200
             MODAL                                                - RM664
             KEUNTUNGAN                                  - RM536

    Berikut di atas adalah jualan anda pada hari tersebut dan di tolak dengan modal ..maka keuntungan anda adalah RM536....


    Tetapi perlu diingat kan terpulanglah kepada anda samada anda ingin mempunyai modal beku atau modal cair ( Boleh ajukan soalan jika anda tidak faham maksud saya tersebut )...dan gaji anda berada dalam keuntungan tersebut serta terpulang pada anda untuk meletakkan berapa gaji anda sehari dan wang simpanan lebihan dari keuntungan...maka dengan ini anda akan tahu tentang untung rugi perniagaan anda pada hari tersebut....

Saya harap dengan penerangan serba ringkas ini maka akan akan dapat manafaatkan informasi yang tidak seberapa ini, insyallah...

PERNIAGAAN PASAR MALAMDAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PANDUAN ANDA MEMULAKAN
   
Post a Comment