nuffnang1

.:)

Apr 8, 2012

Pasar Malam Mengkuang Titi

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Saya doakan agar anda semua sihat walafiat hendaknya...

Pasar malam di tempat anda pastinya mempunyai keunikkan tersendiri dan mempunyai keistemewaan serta ciri-ciri yang menyebabkan anda tidak sabar untuk berkunjung kesitu setiap kunjung tibanya hari yang di adakan pasar malam tersebut.

Begitu juga dengan kawasan Seberang Perai ini....dalam menulis ni ..terganggu plak dengan siaran Nona TV3, kisah Pelajar pintar Amalina Che Bakri yang kini sedang menuntut di Edinburgh , London dalam bidang perubatan... ekslusif di ambil Nona pada hari ini adalah sebagai menepis tohmahan masyarakat Malaysia yang telah melemparkan fitnah terhadap beliau...

So pada mereka yang telah melontarkan fitnah..bertaubatlah anda dan sila lah berjumpa dengan Amalina untuk memohon maaf kerana selagi anda tidak memohon maaf maka selagi itulah setiap amalan kebaikan dan kebajikan anda tidak di terima Allah dan juga segala amalan kebaikan anda hanya akan di berikan kepada Amalina.....begitulah juga pada hari penghisaban manusia nanti dan jangan terkejut jika anda di lontarkan ke Neraka jahanam dek fitnah yang pernah anda sebarkan....

Ok , kita kembali semula bercerita tentang keunikkan pasar malam Mengkuang yang sentiasa di kunjungi oleh orang ramai yang tidak mengira kaum, bangsa dan agama....



Kenapa saya nyatakan pasar malam Mengkuang, Seberang perai ini begitu unik....pastinya anda tertanya-tanya bukan??? segalanya di sebabkan lambakkan pendatang dengan izin dari Bangladesh, Myanmar dan Filipina yang rata-rata pasti membanjiri pasar malam ini setiap hari minggu (ahad). Lazimnya kalau dulu kita sering mengatakan golongan pendatang dari negara-negara ini kedekut dan datang ke Malaysia hanya nak buat duit, tetapi itu mungkin 5 tahun yang lalu dan sekarang ini tidak lagi kerana mereka ini yang melepak kat pasar malam Mengkuang dan melariskan jualan peniaga-peniaga seperti kami.

Kalau dulu saya tak pernah nampak mereka ini duduk makan menikmati juadaha jualan makanan di pasar malam tetapi sekarang ini mereka telah mula belajar menikmati masakan Malaysia dan apa yang menarik di sini adalah pada sekitar jam 6 petang hingga 7 malam pasti penuh dengan warga Nepal menikmati juadah berupa Bihunsup dan Laksa....

Dengan berubahnya selera mereka ini maka telah memberi rezeki tambahan kepada peniaga Bihunsup dan Laksa .....

ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM, DAPATKAN EBOOK PANDUAN YANG HEBAT INI DISINI ......
Post a Comment