nuffnang1

.:)

Apr 2, 2012

Mengumpat VS Fitnah

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, dan semoga hari ini memberi kebahagiaan sepanjang hari untuk anda sekeluarga dan begitu juga dengan keuntungan dalam perniagaan Pasar Malam anda.

Pagi tadi saya sempat mengikuti rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia dan tajuk yang di berikan amat menarik dengan undangan seorang pakar yang memang hebat bagi mengulas tajuk tersebut .

Maka saya terpanggil untuk membicarakanya di ruangan ini , mungkin mengumpat ni dah jadi satu lumrah atau tabiat dalam semua masyarakat tak mengira apa jua bangsa dan keturunan seseorang itu samada secara sedar atau tidak sedar...




Pengertian mengumpat adalah sesuatu cerita benar yang terjadi pada seseorang dan perkara itu di katakan orang tetapi jika perkara tersebut tidak benar maka yang jadinya adalah fitnah.

Hukum mengumpat mengikut Islam adalah berdosa besar dan setiap apa yang kita perkatakan segala dosa-dosa seseorang yang kita umpat itu akan kita tanggung sehinggalah kita memohon maaf kepada orang yang kita umpatkan itu, tetapi sekiranya ia berunsur fitnah maka hukumya adalah seperti membunuh seseorang ...lebih berat lagi...itu mengikut hukum Islam tetapi kalau kena saman lagi la teruk seban boleh kena saman sampai juta-juta ...anda nak ke cam tu heehehhe????

Mengumpat di zaman moden ni berlaku dengan pelbagai cara sama ada dengan bahasa isyarat, menggunakan jari jemari ( facebook, twiter dan blog )...dan yang paling kerap adalah melalui mulut la.

Perkara ini termasuk juga dalam akhbar yang menggunakan perkataan Gossip bagi artis dan propaganda bagi hal politik, namun seperti apa yang di huraikan oleh pakar dalam Selamat pagi 1 malaysia adalah ..hukumya tetap bergantung pada apa yang di bicarakan.

Seandainya seseorang Isteri yang di pukul oleh suami dan tidak ada tempat mengadu maka dia mengadu kepada kawan terdekat dan mereka membuat laporan polis demi kebaikan maka itu di benarkan oleh Islam, begitu juga dengan kes jika seseorang yang bakal bernikah dengan seorang lelaki tetapi ada yang tampil menceritakan siapa lelaki yang bakal anak mereka kahwini itu sebenarnya adalag seorang penjenayah atau penjahat maka hukumnya di benarkan...saya bukanlah ustaz tetapi saya hanya memetik kata-kata pakar yang di jemput itu.

Sebenarnya kita peniaga pasar malam juga boleh mengambil ikhtibar dari soal ini yang mungkin secara tidak sedar kita sering mengata atau mengumpat seseorang semasa kita duduk berborak sesama kita, saya tak nafikan ramai peniaga pasar malam bila masuknya azan mahgrib , ramai berpusu-pusu ke surau menunaikan solat tetapi sedarkah yang segala amalan dan pahala yang kita lakukan itu semuanya pergi kepada orang yang kita umpatkan itu.

Mungkin ada yang setuju dan tidak dengan coretan saya ini, tetapi terpulang kepada diri masing-masing kerana saya tidak bermaksud melukakan hati sesiapa pun..sebab saya banyak perhatikan ramai di kalangan kita yang rajin bertandang ke gerai kawan-kawan...mereka ini sanggup berjalan dari hujung ke hujung tapak pasar malam semata-mata untuk berborak...adalah lebih baik kalau sekadar berborak di kalangan jiran kiri dan kanan dan atau lebih baik lagi kita mendiamkan diri dan tumpu sahaja pada perniagaan kita sendiri..itu lebih afdal. Biarkanlah apa orang nak sembang dan yang penting kita dan menanggung beban dosa orang lain dek kebodohan kita sendiri..

Dari itu renung-renungkan dan selamat beramal....

ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM TETAPI ANDA TIADA ILMU DAN KURANG YAKIN, DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN INFORMASI DISINI

No comments :