Petikan Dari Utusan Malaysia bertarikh 08 Mac 2012
Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, saya doakan anda sihat walafiat hendaknya.
Semalam saya ada membaca akhbar Utusan Malaysia edisi ahad dan ianya amat menarik sekali dan saya terpanggil untuk menulisnya disini sebagai maklumat dan panduan kepada anda yang mungkin secara tidak sedar telah melakukan perkara-perkara ini di facebook yang menyebabkan pembaca dari kalangan sahabat anda menjadi meluat ....
1) PENGKRITIK BEBAS
Apa sahaja yang tidak di sukainya jadi bahan kritikan di facebook. Silap ejaan dalam memorandum pejabat pun di beritahu melalui facebook. Belum lagi soal tak naik gaji atau memohon MC, ada juga yang siap upload gambar lagi sebagai bukti. Persoalanya dia kritik orang bukan main lagi tapi bila kena kritik balik, melenting dan bidas kata kebebasan suara telah di sekat..sila gunakan kebebasan berfikir sebelum tunaikan kebebasan bersuara...
2 KISAH PERCUTIAN KELUARGA
Memang sangat kaya dapat bawa satu keluarga bersama ibu dan ayah dan ibu ayah mertua bercuti ke Bandung, Indonesia. Kita membacanya tidak cemburu, cuma terkilan tidak sempat hendak pesan dia beli baju tiruan di sana.
3. PROGRAM MAKAN-MINUM
Apa saja yang di makan atau minum, gambarnya di siarkan dalam facebook. Kalau makanan tu eksotik seperti daging landak, memang menarik perhatian. Setakat nasi kerabu, itu selalu dan tak perlu.
4. PENCERAMAH AGAMA
Mereka ini bukan penceramah bertauliah atau ada rancangan pun untuk memohon lesen berceramah....
Kita akan jumpa lagi ye...bersambung....
No comments :
Post a Comment