nuffnang1

.:)

Mar 28, 2012

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Bukanya Anugerah Industri Muzik

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga anda berada didalam keadaan sihat walfiat. Selamat bertemu kembali setelah agak lama kita tidak bertemu di ruangan blog Pasar malam yang penuh dengan informasi...




Mungkin tajuk entri di atas timbul disebabkan bahan bacaan yang saya baca di akhbar baru-baru ini mengutarakan sikap segelintir peminjam AIM yang tidak bersikap telus di jujur dalam soal membuat bayaran semula kepada apa yang telah mereka perolehi dengan meminjam dari sumber ini.

Ramai yang meminjam dengan alasan ingin mengembangkan perniagaan mereka namun hakikatnya hanya mereka sendiri yang tahu apa akan di gunakan oleh mereka dengan wang tersebut....

Ada yang membeli kereta, membeli perabot, membayar hutang, membuat kenduri kawin untuk anak-anak dan pelbagai macam lagi yang di laporkan oleh media.

Ramai juga peminjam AIM ini datangnya dari kalangan kami peniaga Pasar Malam yang juga mempunyai alasan tersendiri bila menghantar borang pinjaman dan memanglah saya tidak berhak mencampuri urusan mereka dalam soal pembayaran tapi kalau dah tak bayar sudah pastinya akan menjejaskan kepada peminjam yang benar-benar memerlukanya..

Kemudahan yang telah di sediakan di salahkan gunakan. walaupun kita tahu AIM dan TEKUN di ujudkan bagi membantu peniaga kecil seperti kami dalam mengorak langkah mencari modal kerana Kerajaan sedar amat sukar golongan kami memohon pembiayaan dari Institusi Kewangan (BANK).

Ada juga saya pernah mendengar seorang kawan yang juga berniaga di pasar malam menceritakan kepada saya niat beliau meminjam adalah untuk membeli perkakas perniagaanya dan saya menyokong cadangan beliau...tetapi apa yang menyedihkan setelah pinjaman di luluskan....barang baru tak nampak pun ...tapi duit dah habis....ni yang saya tak gemorrrrr sangat....

So...nasihat saya kepada peminjam-peminjam tak kira dalam apa segi perniagaan yang di jalankan sekali pun..tolonglah bayar semula ...kalau tak boleh banyak, sedikit-sedikit pun jadi lah, yang pentingnya bayar jugak.

Ingatlah hukum bagi orang yang tidak membayar hutang.." SETIAP AMALANNYA SAMADA KEBAIKAN DAN BERSOLAT TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH SELAGI TIDAK DI LANGSAIKAN HUTANG. DAN JIKA DIA MATI DALAM KEADAAN MASIH BERHUTANG MAKA ROHNYA AKAN BERTERBANGAN DI LANGIT SEHINGGA KE HARI KIAMAT "...

Jadi saya ingin menasihatkan sesama kita sebagai umat Islam...ingatlah ...walaupun anda sering bersolat semasa berniaga dan orang mengatakan anda tak pernah tinggal solat namun Allah lebih mengetahui dan sebenarnya anda juga mengetahuinya yang hidup anda tidak pernah senang dan tenang...

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.....

ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM, TETAPI TIADA ILMU..DAPATKAN EBOOK SAYA SECARA DISKAUN DI SINI SEKARANG DENGAN TAWARAN PERCUMA RESIPI BIHUNSUP GEAR BOX

No comments :